"Sayang." Panggil Dayyan. Dhia menoleh memandang Dayyan. Dalam masa yang sama, dia melihat tok nek yang berdiri di sebelah Dayyan.
Terdiam Dhia. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi seperti apa. Kalau dulu dia mungkin ingin tok nek menerima dia. Tapi, sekarang..dia langsung tidak merasa apa-apa.
Hati dia dah terlalu sakit dengan setiap perbuatan tok nek terhadap diri dia dulu. Dihina. Dicaci. Dimaki. Ditampar. Macam-macam lagi.
"Dhia.." Tok nek memanggil Dhia seraya maju berjalan mendekati Dhia.
Tetapi, Dhia mengundur ke belakang. Dia menggeleng perlahan kepalanya tanda tidak mahu tok nek dekat dengan dia.
"Dhia, tok nek minta maaf." Ucap tok nek yang terhenti langkahnya apabila melihat Dhia mengundur tadi.
Diam.
Dhia hanya melihat ke arah tok nek. Susah untuk dia percaya. Tapi, dia dah lama maafkan tok nek. Tidak pernah sekali dia berdendam.
"Dhia.." Panggil tok nek.
"Dhia dah lama maafkan tok nek." Kata Dhia mendatar. Tiada nada dalam bicaranya.
Dayyan diam memerhati tingkah tok nek dan isterinya. Dia tahu dan dia faham kenapa Dhia tidak mahu didekati tok nek.
"Tok nek sebenarnya nak apa datang sini?" Soal Dayyan tanpa basa-basi.
Dia pasti. Mesti ada sesuatu yang membuatkan tok nek datang ke rumahnya. Tok nek kan penuh dengan muslihat dan agenda.
Tok nek melepaskan keluhan. Dia duduk di sofa single. Mukanya jelas terpampang riak sedih. Dayyan dan Dhia turut mengambil tempat di sofa panjang. Pelik mereka melihat kelakuan tok nek sekarang.
"Fari." Sebut tok nek.
Semakin berkerut dahi Dayyan dan Dhia kerana tidak memahami. Kenapa tiba-tiba sebut nama Fariha?
"Fari kena rogol." Kata tok nek sambil menoleh memandang pasangan yang berada di hadapannya.
Jelas.
Ringkas.
Padat.
Terkedu Dayyan dan Dhia dibuatnya. Rogol?
"Bila?" Tanya Dayyan. Dhia hanya diam di sisa Dayyan.
"Lima hari lepas. Dia keluar waktu malam katanya nak jumpa dengan kawan. Kawan dia minta tolong. Tapi, lain jadinya bila kawan dia sendiri yang rogol dia. Sekarang keadaan Fari sangat terpuruk. Dia kurung diri dalam bilik. Tak nak keluar. Tak nak makan. Maksu dan Paksu kamu risau sangat. Tok nek pun risau." Terang tok nek panjang lebar.
Selepas itu, tok nek memandang Dayyan dan Dhia bersilih ganti sebelum kembali bersuara meluahkan apa yang ingin dia minta.
"Boleh tok nek minta sesuatu pada kamu, Amsyar?" Soal tok nek dengan pandangan penuh berharap.
Dhia mulai rasa tidak sedap hati. Lagi-lagi memandang wajah tok nek seakan ada sesuatu yang ingin tok nek mahu. Apa lagi ini berkaitan dengan Fariha. Dia tahu. Mesti ada yang tok nek mahukan. Kalau tidak, takda nya tok nek sudi untuk datang ke rumah ini.
"Apa dia?" Jawab Dayyan dengan memulangkan soalan.
"Kamu kahwin dengan Fariha." Pinta tok nek tanpa segan silu.
Terkedu Dayyan. Dhia pula hanya beriak biasa. Dia sudah agak tentang perkara ini.
"Tok nek gila ke? Datang sini bawa kisah sedih Fari. Lepas tu minta Am kahwin dengan Fari? Jantan yang dah rogol dia tu mana?" Naik seoktaf nada suara Dayyan.
"Tolong lah, Am. Kamu tak kesian ke dengan Fari? Sekarang ini, kamu je harapan untuk tolong Fari. Tutup aib keluarga ni Am."
"Dengan minta Am jadi kambing hitam? Are you out of your mind?!"
"Dhia..tok nek merayu dengan kamu." Tok nek berpaling pula pada Dhia.
Tapi, wajah Dhia hanya kosong. Jelas tidak beriak.
"Dhia.." Seru tok nek.
"Dhia tak izinkan. Suruh lelaki yang dah rogol Fari tu untuk tanggungjawab. Bukan minta suami Dhia untuk tanggungjawab dengan perkara yang dia tak buat." Tegas suara Dhia berkata pada tok nek.
"Kamu tak kesian ke dengan Fari? Kenapa kejam sangat? Kalau dia mengandung macam mana?" Tanya tok nek dengan nada seperti sedang kecewa.
"Minta lelaki tu tanggungjawab. Kalau, Fari mengandung. Sekurang-kurangnya anak tu ada bapa kandung dia untuk jaga. Kalau lelaki tu tak nak, suruh Fari gugurkan. Lagipun tu kan anak haram. Tapi kalau Fari tak nak, Dhia boleh tolong untuk gugurkan. Guna cara sama macam mana dia buat Dhia gugur dan hilang anak Dhia." Monolog Dhia tanpa perasaan.
"Dhia.." Pantas Dhia memintas kata-kata tok nek.
"Dhia penat. When you're done talking, you can go out." Sejurus itu, Dhia terus menapak menaiki tangga untuk ke bilik tidur.
Ditinggalkan sahaja tok nek di situ yang sudah terpinga-pinga.
"Kamu tengok isteri kamu. Aku datang sini dengan niat baik. Dia layan aku macam sampah." Kata tok nek tidak puas hati.
"Memang patut pun Dhia layan tok nek macam tadi. Isteri Am bukan patung. Dia ada perasaan dan hati. Sekarang ni, tok nek boleh berambus keluar dari rumah Am. Tok nek cari lah siapa-siapa yang sanggup jadi kambing hitam. Dan mulai dari hari ni, anggap je yang tok nek takda cucu nama Dayyan Amsyar." Tutur Dayyan yang sudah tidak boleh berbaik lagi dengan tok nek.
Apa dia ingat aku ni robot?
"Sebab perempuan tu kamu sanggup buang tok nek?"
"Perempuan yang tok nek kata tu isteri Am. Tok nek dah habis cakap kan? Keluar. Jangan jejak kaki tok nek dekat rumah Am lagi." Dingin suara Dayyan menghalau tok nek.
•••••
Dhia membuang pandangan memandang ke luar tingkap dari dalam bilik. Terlepas keluhan panjang.
Tiba-tiba, ada satu tangan melingkar di pinggang ramping nya. Bahu kanan dia terasa berat.
"I'm sorry." Ucap Dayyan berbisik.
"It's okay. Bukan salah hubby." Balas Dhia sambil tangannya menindih tangan Dayyan.
"Mesti sayang kecewa kan?" Berkerut dahi Dhia. Dia merenggangkan pelukan sebelum berpusing memandang Dayyan.
"Kenapa Dhia nak kena kecewa?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Sebab dari awal kita kahwin, sampai sekarang tok nek tak terima sayang."
"Hubby dengar Dhia nak cakap ni." Dhia menjeda sekejap dan memegang kedua belah pipi Dayyan untuk memandang ke dalam matanya.
"Awal dulu Dhia kecewa. Dhia sedih. Dhia tertanya-tanya kenapa tok nek tak nak terima Dhia. Tapi, lama-lama. Dhia okay. Dhia redha. Dhia pun dah penat nak berharap supaya tok nek terima Dhia. Apa yang Dhia boleh buat sekarang ini cuma berdoa agar tok nek diberikan kesedaran dan terima Dhia. Walaupun tak terima Dhia sebagai cucu menantu. At least, terima Dhia masuk ke dalam keluarga ni." Terang Dhia.
Dia mengusap pipi Dayyan. Jelas Dayyan melihat mata Dhia yang redup. Kalau tadi dia melihat wajah isterinya kosong. Kini, dia melihat wajah isterinya yang seakan sedih.
"What is your heart made of?" Soal Dayyan tiba-tiba bertanya hati dia terbuat dari apa.
"Hm?" Pelik Dhia.
"Because you are very good. Even though they have done all kinds of bad things to you. But, you are still good. Don't even respond to what they do." Kata Dayyan dan bibirnya dibawa mencium dahi Dhia lama.
"Hmm.. so, aren't you proud of me?" Soal Dhia selepas Dayyan melepaskan kucupan di dahinya.
"Of course I'm proud of you, baby." Kata Dayyan dengan bangga. Dia mendabik dadanya.
Tergelak Dhia dengan melihat tingkah suaminya ini. Dayyan merenung Dhia yang sedang ketawa.
Suara ketawa Dhia sangat merdu di pendengarannya. Dia suka tengok Dhia ketawa. Kalau boleh, dia nak isterinya sentiasa ketawa dan bahagia.
Because she deserve it!
'Ya Allah. Aku mohon padaMu agar kau sentiasa memberi kebahagiaan kepada isteriku. Kerana dia layak untuk bahagia.' Berdoa Dayyan di dalam hati.
BERSAMBUNG
ANDA SEDANG MEMBACA
DAYYAN'S LOVER [C]
RomantizmDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...
![DAYYAN'S LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/333061970-64-k661872.jpg)