Dayyan's Lover : 31

6.7K 197 1
                                    

"Assalamualaikum!" Dhia memberi salam apabila melangkah masuk ke dalam rumah keluarganya.

Dayyan di belakang sudah menggelengkan kepala melihat tingkah isterinya. Tadi di rumah Muiz ada menelefon beritahu yang dia ada di rumah umi dan abah.

Lagipun Qaisarah, kakak ipar Dhia sudah selamat bersalin baby boy bulan lepas. Qaisarah tidak berpantang di rumah keluarganya atau keluarga mertuanya. Muiz yang menjaga dia semasa pantang.

Diupah orang juga untuk menjaga Qaisarah. Yang penting isterinya tidak berpantang di rumah keluarga. Semua diberikan yang terbaik untuk isterinya.

"Waalaikumussalam. Hoi! Budak tiga suku!" Tegur Mikail pada Dhia.

Terhenti langkah Dhia mendengar panggilan Mikail untuknya. Mengecil mata Dhia melihat wajah Mikail yang selamba itu.

"Kau balik sini sebab rindu aku kan? Aku tahu dah. Meh peluk aku dulu." Kata Mikail sambil mendepakan tangannya sedia untuk dipeluk Dhia.

"Jijik. Siapa nak rindu kau? Adik balik nak tengok baby along." Tutur Dhia dan terus menolak badan Mikail ke tepi.

Mikail yang ditolak sudah hilang keseimbangan dan terus jatuh menyembah lantai. Dayyan yang melihat itu sudah tergelak.

Menggeleng kepala Dayyan melihat wajah menyinga Mikail yang merenungnya. Dayyan masih lagi ketawa.

Setelah puas menggelakkan Mikail. Dayyan berlalu pergi dari situ dan terus mencari keberadaan isterinya.

"Kurang asam betul. Dia gelakkan aku." Kata Mikail. Geram dia dengan perangai adiknya.

•••••

Dhia menerjah masuk ke ruang tamu di mana ahli keluarganya yang lain ada. Dapat Dhia lihat ada umi, abah, Muiz dan Qaisarah yang sedang duduk menonton televisyen.

"Assalamualaikum." Dhia memberi salam sekali lagi. Semua yang mendengar ada yang memberi salam, terus kepala mereka menoleh memandang Dhia dan Dayyan yang baru sahaja masuk.

"Waalaikumussalam." Jawab mereka serentak.

"Sampai dah? Baru bagitahu, sekarang dah sampai?" Tanya Muiz. Pantas!

"Biasahhh!" Ucap Dhia dan berjalan mendekati umi dan abah untuk bersalam.

Setelah itu, baru Dhia bersalam dengan Muiz dan Qaisarah. Dilihat ada baby juga di situ. Tersenyum manis Dhia melihatnya.

"Hai baby boy maksu.." Kata Dhia perlahan.

Ditoel-toel pipi si kecil tu. Dahtu sekejap lagi dicium-ciumnya. Geram!

Dayyan duduk di sofa selepas bersalam dengan umi, abah dan Muiz. Dia memandang isterinya yang gembira bermain dengan anak kawan baiknya a.k.a abang ipar.

"Siapa nama dia, kak long?" Tanya Dhia selepas puas mencium si kecil tu.

"Muammar Fakhri Bin Muiz Fahri." Jawab Qaisarah.

"Nak panggil apa?"

"Panggil je Ammar ke Fakhri ke. Yang mana adik rasa nak panggil." Kata Muiz yang sudah duduk di sebelah Qaisarah.

"Adik nak panggil.."

"Fakh." Sampuk Mikail yang baru masuk ruang tamu sambil menggosok punggungnya.

"Kau 'Fakh' kan anak aku?" Soal Muiz. Memicing matanya memandang adik dia yang seorang ini."

"Style apa. Kan Fakh?" Terus kepalanya ditolak dengan Muiz.

"Tengkorak kau style. Panggil elok-elok." Arah Muiz, garang.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now