Dhia meneliti penampilannya di depan cermin besar yang ada di dalam biliknya. Dia baru lepas siap dimake up kan tadi.
Perlahan bibir Dhia menarik membentuk senyuman. Cantik sangat dia hari ini.
"Dhia." Panggil Adra dan Hana yang baru masuk ke dalam bilik tidur Dhia.
Dhia berpusing memandang Adra dan Hana. Dhia membalas senyuman mereka berdua. Manis sahaja senyumannya.
"Cantiknya kau, Dhia..geram lah aku tengok kau ni. Confirm malam ni Dayyan tak senang nak tidur. Sebab tidur dekat sebelah bidadari cantik." Seloroh Adra.
Tangan Adra dipukul kuat oleh Dhia. Ada ke patut cakap macam tu.
"Aku tumbuk kau, Adra."
"Dah-dah. Jom turun. Semua dah tunggu tu. Kita dah nak gerak pergi masjid ni." Kata Hana menghentikan perbalahan antara Dhia dan Adra.
Kalau, dibiarkan melarat nanti. Memang tak pergi lah masjid tu kejap lagi.
Hana dan Adra menolong Dhia untuk membawa barang-barang Dhia. Mereka bertiga turun dari tangga dan mereka menjadi pusat perhatian semua yang ada di ruang tamu.
Terlebih lagi Dhia Marwa. Orangnya sentiasa cantik.
"Siap dah?" Tanya Encik Mokhtar.
"Dah, abah." Jawab Dhia perlahan.
"Kalau, semua dah siap jom lah kita gerak sekarang." Ajak Encik Mokhtar pada ahli keluarga yang lain.
Dhia masuk ke dalam kereta Alphard berwarna hitam bersama dengan Encik Mokhtar dan Puan Juliana.
Mikail pula membawa Hana. Adra naik bersama dengan Muiz dan Qaisarah. Muiz membawa kereta Lamborghini Urus nya.
Gementar Dhia rasakan sekarang. Hatinya mula berdebar sakan. Dia beristighfar sepanjang jalan hendak ke masjid untuk menenangkan hati dan dirinya.
•••••
Sampai sahaja di masjid, mereka semua memarkirkan kereta masing-masing di tempat yang disediakan.
Dhia menarik nafas dalam-dalam dan dihembus perlahan.
"Jom adik?" Ajak Puan Juliana.
"Hmm." Dhia mulai turun dari kereta dan membetulkan dahulu penampilannya sebelum berjalan masuk ke dalam masjid.
Pihak belah pengantin lelaki semua sudah sampai 10 minit awal dari pihak belah pengantin perempuan.
Masuk sahaja di dalam masjid, Dhia diiringi Hana dan Adra di kanan dan kirinya. Dapat Dhia lihat Dayyan sudah duduk di hadapan tok kadi. Ada juga Aakif dan Daniel.
Dhia melabuhkan punggung di tempat yang disediakan untuknya duduk. Puan Juliana duduk di sebelah Dhia.
Sempat Dhia menyalam tangan Puan Sri Aisyah dan Dara sebentar tadi.
Encik Mokhtar berjalan mendekati Dayyan dan duduk berhadapan dengan Dayyan. Muiz dan Mikail duduk di belakang Dayyan. Mereka berdua menyapa Aakif dan Daniel di situ.
Encik Mokhtar dan Tan Sri Iskandar membalas renungan dan senyuman sebelum Encik Mokhtar menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Dayyan.
"Kita dah boleh mula. Tapi sebelum itu, cuba pengantin lelaki tengok pasangannya sama ada itu betul ke yang bakal dijadikan isteri nanti?" Kata tok kadi. Dayyan berpaling melihat Dhia.
Terpegun dia seketika dengan kecantikan Dhia. Cantik sangat. Tak lama itu, Dayyan memandang kembali tok kadi itu dan menganggukkan kepala.
"Boleh lah bapaknya." Tok kadi mempersilakan Encik Mokhtar untuk menikahkan anak perempuannya dengan menjadi wali sendiri.
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomantikDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...