Dayyan's Lover : 73

5.9K 189 7
                                    

"Assalamualaikum." Ucap Dayyan sembari melangkah masuk ke dalam rumah dengan kaki kanan.

Dia menutup pintu utama rumah dan meliarkan matanya melihat sekeliling ruang tamu. Isterinya tiada.

Biasanya isteri dia akan sambut dia pulang. Tapi, ini. Tiada. Mana pula isteri kesayangan dia pergi?

Dayyan naik mendaki tangga. Dipijak setiap takah anak tangga dengan berhati-hati. Setelah itu, dia berjalan meluru ke arah bilik tidur mereka.

Buka sahaja pintu, dapat Dayyan lihat isterinya yang sedang lena di atas katil. Awalnya isteri dia tidur. Padahal baru pukul 9 malam. Jarang sekali isteri dia tidur awal.

Dia pula sudah dihurung rasa bersalah kerana tadi dia mengatakan yang dia sekejap sahaja ke office. Tapi, tak tahu pula boleh sampai ke malam.

Perlahan Dayyan menapak mendekati Dhia. Dekat sahaja, terus dia melabuhkan punggung di sebelah Dhia dan diusap kepala Dhia dengan penuh sayang. Selepas itu, bibirnya dilabuhkan di tepi kepala Dhia.

Setelah itu, dia bangun dari duduknya dan berjalan mendekati tuala mandi lalu meluru masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Selepas hampir 15 minit, Dayyan menyudahkan acara mandiannya dan keluar hanya memakai tuala separas pinggang. Keluar sahaja dari bilik air, Dayyan terkejut melihat Dhia yang sudah duduk di atas katil.

"Ya Allah, sayang. Terkejut hubby." Diurut perlahan dadanya.

"Hubby baru balik ke?" Soal Dhia masih mamai.

"Ha'ah. Kenapa bangun ni?" Jawab Dayyan sambil kakinya dihayunkan mendekati Dhia.

"Terbangun sebab dengar bunyi air."

"Sorry sebab hubby, sayang bangun." Ucap Dayyan selepas melabuhkan punggung di sebelah Dhia dan Dhia menggelengkan kepala tanda tidak mengapa.

"Pukul berapa dah?" Soal Dhia.

"Pukul 9:17." Jawab Dayyan sambil tangannya membetulkan rambut Dhia yang agak serabut sedikit.

"Oh. Sorry hubby sebab tak sambut hubby balik tadi. Dhia penat. Rasa letih je." Kata Dhia perlahan. Dia menoleh memandang Dayyan dan tersenyum nipis.

"Sayang buat apa hari ni? Kan hubby kata jangan buat kerja sampai letih sangat." Tutur Dayyan lembut. Diusap ubun-ubun kepala Dhia.

"Takda buat apa pun. Cuma basuh baju je. Itu pun tak sidai lagi." Adu Dhia dan mencebikkan bibir.

"Nanti hubby sidai. Sayang rehat okay? Sambung tidur balik. Hubby nak pergi pakai baju dulu." Ujar Dayyan dan mengucup dahi Dhia.

Dhia mengangguk dan mengikut segala arahan Dayyan. Dia membaringkan semula badannya ke atas tilam. Dayyan pula menarik duvet sehingga ke paras dada untuk menyelesakan Dhia.

Selepas itu, Dayyan masuk ke dalam closet untuk menukar pakaian yang lebih selesa. Dayyan hanya memakai short pants dan baju t-shirt warna hitam.

Sesudah itu, dia keluar dari bilik dan turun ke bawah bagi menyidai baju yang telah dicuci Dhia. Kesian pula dia tengok isteri dia kepenatan sebegitu.

•••••

Tersedar Dhia selepas mendengar bunyi alarm dari handphone. Dia mencelikkan matanya dan dikerlipkan beberapa kali bagi menghilangkan kabur.

Dhia mencapai handphone nya yang berada di atas meja kecil sebelah katil. Terus besar matanya dibuka.

Pukul 10 pagi!

Dhia menoleh ke sebelah. Ada Dayyan. Suaminya tak pergi kerja ke? Ah, biarlah. Dhia mula turun dari katil dan berjalan mencapai tuala mandi lalu masuk ke dalam bilik air.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now