Dayyan's Lover : 64

7.4K 245 11
                                        

Termenung Dhia melihat pemandangan luar dari tingkap besar hotel yang didudukinya bersama dengan Dayyan.

Mereka sudah pun sampai di Pulau Pinang tengah malam semalam. Dayyan yang baru keluar dari bilik air, melihat isterinya yang sedang termenung melepaskan keluhan.

Dia berjalan merapati Dhia dan memeluk Dhia dari arah belakang. Dagunya diletakkan di atas kepala Dhia bila dirasakan yang isterinya ingin memusingkan kepala.

"Apa yang baby termenungkan?" Tanya Dayyan yang turut memandang pemandangan luar.

"Takda termenung lah. Saja tengok pemandangan luar ni. Cantik." Kata Dhia perlahan sambil tangannya mengusap kekura tangan Dayyan yang berada di pinggangnya.

"Hubby sentiasa doakan supaya semua kebahagiaan untuk isteri hubby. So, please don't be sad for too long."

"Dhia tak sedih lah. Dhia cuma..Dhia cuma terfikir kenapa tok nek tak suka sangat dengan Dhia. Dhia bukan buat perkara yang keji pun untuk tok nek benci Dhia. Dhia kahwin dengan hubby pun Dhia ikhlas walaupun pada awalnya macam ada sikit keterpaksaan. Tapi, hubby tak putus asa untuk buat Dhia terima hubby. Terima kasih sebab tak pernah mengalah dengan Dhia." Ujar Dhia panjang lebar dengan ikhlas.

Dayyan memusingkan Dhia untuk menghadap dirinya dan dia memegang kedua belah pipi Dhia untuk merenung dia tepat ke dalam mata.

"Hubby takkan pernah mengalah dan putus asa dengan hubungan kita. Hubby minta maaf sebab dulu hubby pernah reject sayang sekali dengan kata-kata kasar hubby untuk sayang dulu. Walaupun sayang dah maafkan, hubby tetap rasa bersalah. Hubby juga nak minta maaf sebab hubby tak mampu nak buat tok nek terima sayang. Tapi, hubby janji selagi hubby bernafas, hubby akan lindungi sayang. Sayang percayakan hubby kan?" Balas Dayyan yang tak kalah panjang lebarnya

"Dhia percayakan hubby." Sejurus itu, Dhia memeluk Dayyan seiring dengan air mata yang mengalir.

"Shh..jangan nangis sayang." Pujuk Dayyan sambil mengusap belakang badan Dhia. Bibirnya pula pasti dilabuhkan di ubun-ubun kepala Dhia. Dikucup penuh kasih.

•••••

Dhia mengikut sahaja langkah Dayyan yang berada di hadapannya. Ke mana sahaja Dayyan pergi, di situ lah dia. Tidak boleh nak ke mana.

Mana tidaknya, Dayyan pegang tangan dia macam tak nak lepas.

Sebelah tangan Dhia yang tidak dipegang Dayyan, Dhia buat untuk tutup sedikit wajahnya dari terkena cahaya matahari. Sekarang mereka berada di tapak projek.

"Baik, tuan. Kalau, dah takda apa lagi. Tuan boleh lah pergi makan. Lagipun dah tengah hari ni. Isteri tuan pun dari tadi menahan panas." Kata Encik Mahmud salah seorang kontraktor yang diupah Dayyan untuk menyiapkan kerja-kerja pembangunan itu.

Dayyan memalingkan kepalanya melihat Dhia di sebelah. Kesian isterinya. Sampai berkerut muka me hana panas terik sebab terkena cahaya matahari. Dahi Dhia pun dah berpeluh.

"Saya dengan isteri saya minta diri dulu. Ini korang semua pergi lah makan. Kerja-kerja ni semua tinggalkan sekejap. Lepas dah makan, boleh sambung." Tutur Dayyan.

Encik Mahmud menggangguk mengiyakan kata-kata Dayyan barusan. Setelah itu, Encik Mahmud terus pergi meninggalkan Dayyan dan Dhia. Sempat dia memberikan senyuman kecil pada Dhia dan Dhia turut membalas senyuman Encik Mahmud.

"Kesian isteri hubby. Sampai berpeluh dia ikut hubby. Sorry, baby." Ucap Dayyan serba salah sambil mengelap peluh Dhia yang merenik di dahi.

"Takda apa lah. Sikit je ni. Dhia strong. Setakat panas, apa lah sangat." Penuh lagak Dhia berbicara.

DAYYAN'S LOVER [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang