Menggeliat Dhia bangun dari tidurnya sambil mengucek hidungnya. Perlahan Dhia membuka matanya dan terpampang lah wajah kacak suaminya di depan mata.
"Bangun jom? Kejap lagi masuk waktu subuh. Kita solat sama-sama." Ajak Dayyan. Sempat dia memberi kucupan ringkas pada dahi Dhia.
"Okay." Tanpa bantah Dhia langsung bangun dan turun dari katil.
Dia berjalan menuju ke bilik air dengan mamai. Dayyan pula melihat tingkah isterinya dengan senyuman senget. Dhia lupa bawa tuala.
Selepas 15 minit Dhia siap membersihkan dirinya, Dhia masih lagi berteleku di dalam bilik air. Dia baru teringat yang dia lupa nak ambil tuala tadi.
"Macam mana aku nak keluar ni? Takkan aku nak keluar macam ni je? Bathrobe pun takde. Mana pula pergi? Kenapa tiba-tiba hilang? Takkan aku nak minta tolong dia?" Tanya Dhia diri sendiri dengan bertubi-tubi soalan.
Dhia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berfikir cara untuk keluar dari bilik air ini. Dhia pasti yang Dayyan masih berada di dalam bilik.
Dikuak pintu bilik air itu sedikit untuk mengintai jika Dayyan ada atau tidak.
"Ehem. Siap dah mandi?" Tanya Dayyan yang menyandarkan badannya di dinding.
"Oi mak kau!" Terkejut Dhia dibuatnya. Dhia mendengus geram.
"Eee..awak ni kenapa? Terkejut lah saya." Marah Dhia perlahan. Dayyan mengukirkan senyuman.
"Dah siap kan? Keluar. Aku pula nak mandi." Kata Dayyan. Saja dia nak mengusik. Dayyan tahu yang isterinya takkan berani keluar dengan keadaan tak pakai tuala.
"Be-belum siap." Jawab Dhia. Terangkat sebelah alis Dayyan.
"Ya ke? Bagi aku tengok." Berura-ura Dayyan mahu membuka pintu bilik air itu. Tapi, ditahan Dhia.
"No. Tak boleh." Larang Dhia dengan wajah yang cuak.
"Kenapa tak boleh?"
"Emm..sebab..sebab tak boleh lah."
"Dhia Marwa."
"Ya, Dayyan Amsyar." Mengecil mata Dayyan merenung Dhia yang tersengih.
"Ke kau lupa bawa tuala masuk sekali? Kau tengah bogel kan?" Tutur Dayyan sambil tersenyum-senyum.
Dhia mengunci mulutnya. Tak tahu nak cakap apa. Malu!
"Nak ni ke?" Tanya Dayyan yang menunjukkan tuala mandi di hadapan Dhia.
Baru sahaja Dhia mahu mengambil, dengan cepat Dayyan menariknya kembali. Menjauhkan tuala tersebut dari Dhia.
"Awak! Eee.." Geram je dia tengok Dayyan yang tersenyum-senyum itu.
"Nak tuala kena kiss aku dulu." Dayyan menyuakan pipi kirinya di hadapan wajah Dhia.
"Nanti saya kiss awak. Tapi, bagi saya tuala dulu." Kata Dhia lembut.
Dayyang menggeleng tidak mahu. Dia masih lagi menunggu untuk Dhia mencium pipinya.
"Cepat, baby. Lambat kau cium aku, lambat aku nak bagi tuala ni dekat kau dan lambat juga kita nak solat subuh sama." Ucap Dayyan sambil menepuk perlahan pipinya untuk Dhia cium.
"Dekat sikit. Saya tak boleh nak keluar ni." Akhirnya Dhia mengalah jua. Malas nak berdebat subuh-subuh ni.
Dayyan mendekatkan dirinya di pintu bilik air dan Dhia dengan pantas mengucup pipi Dayyan.
Tersenyum lebar Dayyan bila mendapat apa yang dia mahukan. Gembira hati dia.
"Nak tuala.." Meleret suara Dhia meminta tuala.
![](https://img.wattpad.com/cover/333061970-288-k661872.jpg)
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...