Dhia melihat dirinya di dalam cermin. Dhia sedang berdiri di hadapan cermin. Penampilannya hari ini simple sahaja.
Baju abaya berwarna mint green dan dipadankan dengan tudung warna senada dengan baju. Make up juga simple je. Tidak terlalu tebal.
Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk dan dibuka dari luar. Dapat Dhia lihat Hana dan Adra masuk ke dalam.
Tersenyum manis mereka berdua melihatkan penampilan Dhia. Walaupun simple tapi cantik sangat.
"Cantiknya, Dhia." Puji Hana ikhlas. Adra pula menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.
"Terima kasih." Ucap Dhia.
"Dah siap ke ni?" Tanya Adra.
"Dah. Okay kan make up aku dengan baju aku? Tudung aku lagi." Soal Dhia. Risau dia kalau tak okay atau terover ke dia pakai hari ini.
"Dah terlebih okay weh. Kau ni pakai apa pun cantik." Kata Adra.
"Betul tu." Sokong Hana.
"Oh btw, Dhia..mak aku kirim salam. Dia minta maaf tak dapat nak datang hari ni. Ada saudara aku datang rumah hari ni." Adra menyampaikan salam emaknya buat Dhia.
"Waalaikumussalam. Takpa, aku faham. Lagipun baru tunang."
"Eh jom lah. Pihak lelaki dah sampai. Lama nanti diaorang tunggu dekat bawah." Beritahu Hana.
"Sampai dah? Aduhhh..seram pula rasa. Boleh Dhia nak pergi toilet kejap?" Soal Dhia. Mana lah tahu peluang dia.
"Tak payah nak mengada, Dhia. Jom." Hana menarik Dhia untuk keluar dari bilik.
Adra pula mengikuti langkah Dhia dan Hana dari belakang dengan senyap. Terukir senyuman kecil di bibirnya. Sempat pintu bilik Dhia ditutup.
Mereka bertiga langsung turun dari atas dengan memijak setiap satu takah anak tangga dengan berhati-hati. Dapat Dhia lihat ramai mata yang memandang ke arahnya.
Gementar dan berdebar Dhia. Menelan air liur Dhia dibuatnya.
Perlahan Dhia berjalan menuju ke arah pelamin. Sampai sahaja, Dhia duduk di atas pelamin yang telah dihias dengan cantik di ruang tamu itu.
Kemudian, kedua belah keluarga berbincang tentang majlis dan segala macamnya.
Habis sahaja berbincang seketika, Dhia didatangi seorang wanita paruh baya yang mungkin lebih kurang umurnya dengan umi.
Wanita itu duduk bersebelahan dengan Dhia. Dhia menghulurkan tangan kepada wanita itu dan wanita itu menyarungkan sebentuk cincin pada jari manis Dhia.
Tapi, kejap. Kenapa cincin ni macam tak asing? Macam dia pernah nampak cincin ni sebelum ni. Tapi, dekat mana? Mungkin dekat kedai-kedai emas kot.
Yalah, cincin macam ni banyak. Agaknya lah. Cincin yang bertakhta dengan 5 batu berlian berwarna putih. Selepas itu, wanita tersebut menyarungkan satu lagi cincin belah rotan.
Selesai sahaja, Dhia menyalam tangan wanita itu dan dikucup penuh rasa hormat. Angkat sahaja kepala Dhia, dahinya dikucup oleh wanita itu.
"Terima kasih sebab setuju dan sudi untuk jadi isteri kepada anak mama." Ucap wanita itu.
Dhia tersenyum mendengar kata-kata wanita tersebut. Tapi, wanita di hadapannya ini pun terasa familiar. Dekat mana dia pernah nampak? Tapi, Dhia hanya diamkan sahaja.
Mereka semua memulai kan sesi bergambar. Setelah itu, semua para tetamu dijemput untuk menjamu selera.
Tiba-tiba, Dhia dipanggil seseorang. Berpusing Dhia melihat gerangan yang memanggilnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...
![DAYYAN'S LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/333061970-64-k661872.jpg)