Malamnya, Mikail dan Aakif datang bertandang ke rumah Dayyan dan Dhia.
Mikail ingin melawat adik bongsunya itu. Katanya dah lama tak tengok adiknya itu. Dalam selalu bergaduh pun, Mikail sayang sangat dengan Dhia.
Dhia lah satu-satunya adik perempuan yang dia ada.
"Angah dengan abang Kif dari mana?" Tanya Dhia.
"Dari kafe tadi. Tolong Adra." Jawab Aakif.
"Mesti Adra penatkan? Kesian Adra. Lama dah Dhia tak pergi kafe."
"Adra faham lah. Tak payah risau. Ini Adra kirim salam. Dia buat salad buah ni untuk Dhia." Aakif meletakkan satu paper bag berwarna coklat di atas meja yang berisi dengan satu bekas salad buah.
"Iya ke? Wah, thank you." Teruja Dhia.
"Adik sihat ke?" Tanya Mikail.
"Alhamdulillah, sihat. Angah tak payah risau lah. Dayyan jaga adik elok punya." Dhia membuat thumbs-up pada Mikail.
"Tahu. Siap ambil cuti lagi semata-mata nak jaga kau je." Mikail bersyukur kerana adiknya dinikahi oleh seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab.
"Suami Dhia kan?" Dhia mengangkat kedua alisnya beberapa kali dengan gaya berlagak dan tersenyum senget.
Mikail menjulingkan matanya ke atas. Menyampah pula dia dengan adiknya ini.
"Nah. Minum lah." Dayyan datang dengan menatang dulang.
"Wah. Air oren. Jarang sekali ni seorang lelaki yang bernama Dayyan Amsyar membuat air. Kita kena rasa air buatan dia." Aakif sedia ingin menuang air ke dalam gelas.
"Itu je lah yang ada. Nak lebih-lebih korang pergi mamak sana. Aku takda masa nak layan korang." Kata Dayyan persis seperti menghalau.
Dia mengambil tempat di sebelah Dhia dan memeluk bahu Dhia. Sempat dia membetulkan tudung Dhia yang terkeluar rambut sedikit.
Aakif membuat muka jelek. Matanya di juling kan ke atas. Menyampah dengan Dayyan.
Setelah agak lama mereka berbual, Dhia meminta diri untuk naik ke bilik kerana kantuknya sudah menjegah. Lagi pula, memang sudah waktu tidurnya juga.
"Dhia naik atas dulu. Mengantuk. Bye, angah. Bye, abang Kif. Assalamualaikum." Ucap Dhia.
"Hubby teman." Baru sahaja Dayyan mahu bangun. Dhia menghalang.
"Takpa. Dhia naik sendiri."
"Betul ni?" Tanya Dayyan ingin kepastian.
"Ya."
"Hati-hati naik tangga, sayang." Pesan Dayyan sambil matanya tidak lepas memandang setiap langkah isterinya menaiki tangga.
Mikail memerhati tingkah Dayyan. Terukir senyuman kecil di bibirnya.
"Sayang betul kau dengan adik aku." Kata Mikail.
Berpaling kepala Dayyan memandang Mikail. Hampir bercantum kedua keningnya.
"Hah?"
"Aku kata sayang betul kau dengan adik aku." Mikail mengulang kembali kata-katanya.
"Korang sendiri tahu aku susah nak jatuh sayang dengan perempuan. Lepas apa yang dah jadi empat tahun lepas, cukup buat aku menyesal. Aku dah tak nak sia-siakan perempuan yang ikhlas perasaannya pada aku." Beritahu Dayyan perlahan.
"Jaga adik aku baik-baik. Sekali lagi kau buat dia, memang pecah muka kau." Mikail memberi amaran.
Terletus tawa Dayyan mendengar amaran yang diberi Mikail. Dalam masa yang sama juga, dia tahu yang Mikail ini sangat sayang pada Dhia.
![](https://img.wattpad.com/cover/333061970-288-k661872.jpg)
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomantikDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...