Dayyan's Lover : 28

5.7K 193 0
                                    

Dhia merenung Dayyan yang sedang berdiri di hadapan cermin yang tengah menata rambutnya. Malam ini, Dayyan nampak segak sangat.

Pakai baju Melayu warna navy blue. Macam mana lah semua perempuan tak boleh tangkap cintun dengan dia. Termasuk dirinya sendiri.

Terbit senyuman di bibir Dhia bila mengingati Dayyan masa waktu nikah mereka. Dayyan memakai baju Melayu warna off white. Sumpah hensem gila. Waktu tu memang dah roboh segala tembok yang Dhia bina untuk Dayyan.

"Baby. Why are you smiling?" Tanya Dayyan yang sudah duduk di hadapan Dhia. Dari tadi dia tengok Dhia senyum seorang diri. Isterinya ini orait tak orait?

"Bila hubby duduk depan Dhia?"

"Dari tadi lagi. Baby tu hah syok sangat termenung."

"Oh. Hehe." Sengih Dhia sambil menggaru kepalanya.

"Why are you smiling?" Dayyan mengulang semula soalannya.

"Takde apa." Dhia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Cakap. Sebelum hubby geletek." Ugut Dayyan dengan sudah bersedia untuk menggeletek Dhia.

"Eee..suka ugut nak geletek."

"Nak bagitahu ke tak nak?"

"Okay, fine. Dhia teringat masa hubby pakai baju Melayu waktu kita nikah. Hubby hensem sangat. Sama macam sekarang." Puji Dhia dengan menghadiahkan senyuman manis buat suaminya.

"Suami siapa?" Soal Dayyan ingin tahu.

"Suami Dhia." Jawab Dhia ceria.

"Siapa?"

"Saja kan?"

"Cepat lah. Siapa? Hubby tak dengar tadi."

"Suami..mak cik Bedah." Kata Dhia dan sudah tergelak besar.

Mengecil mata Dayyan melihat isterinya yang sedang ketawakan dirinya sekarang.

"Baby." Panggil Dayyan dengan suara garang.

Terdiam terus Dhia dari meneruskan tawanya. Dia merenung wajah Dayyan yang serius itu.

"Okay-okay. Suami Dhia. Hubby, suami Dhia. Hubby mana boleh jadi suami orang lain. Dhia tak nak kongsi hubby. Dhia sayang hubby. Sayang sangat-sangat." Kata Dhia dan memeluk Dayyan dengan erat.

Dikucup pipi kanan Dayyan lama. Siap tinggal bekas lipstick lagi. Terukir senyuman lebar Dayyan.

"Thank you, sayang hubby."

"Came-came." Balas Dhia, pelat.

•••••

Mereka satu keluarga duduk berkumpul di ruang tamu. Ada juga orang-orang kampung yang datang bagi memeriahkan lagi kenduri doa selamat dan doa kesyukuran.

Tok nek membuat kenduri tersebut kerana dapat membuat ibadah umrah tidak lama lagi.

Dhia duduk bersama dengan Faiqa dan Dara. Semuanya sudah siap membaca doa dan sebagainya. Sekarang masa untuk mereka makan dan menjamu selera tetamu.

"Dhia pergi dapur jap. Nak ambil air." Kata Dhia pada Dara dan Faiqa.

"Ha. Hati-hati." Pesan Faiqa. Mereka berdua menyambung makan dan Dhia bergerak ke dapur.

Farihah yang melihat Dhia berjalan menuju ke dapur, dia turut bangun dan mengikuti Dhia. Sampai di dapur, dapat Farihah lihat Dhia sedang mengambil air panas. Perlahan dia berjalan mendekati Dhia.

"Seronok kau kan?" Terhinjut kedua bahu Dhia bila ditegur secara tiba-tiba.

Dhia berpusing memandang Farihah yang menegurnya itu. Berkerut dahinya.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now