Dayyan's Lover : 6

9.5K 303 10
                                    

Sudah 3 bulan Dhia tidak melihat Dayyan. Malam masa majlis persandingan Muiz dan Qaisarah itu lah terakhir kali dia melihat Dayyan.

Itu pun sekejap. Selepas itu, Dhia dah tak nampak lagi. Pertengkaran mereka hari itu membuat Dhia mengeluh bila teringat.

Flashback

Bila sudah dirasakan jauh dari Dayyan. Perlahan setitis demi setitis air matanya turun mengalir di pipi mulus nya itu.

Dhia masih tak kuat untuk menghadap Dayyan. Dia akui yang dia masih lagi menyimpan perasaan pada Dayyan.

Bodohnya dia bila dia langsung tidak dapat untuk melupakan Dayyan walaupun sesaat. Semakin Dhia cuba untuk lupakan Dayyan. Semakin kuat ingatan tentang Dayyan dalam fikirannya.

"Kenapa aku susah sangat nak lupakan kau? Kenapa aku kena jatuh cinta dengan kau? Kenapa? Kenapa Dayyan, awak mesti kena seksa perasaan saya? Kenapa sekarang awak tiba-tiba minta saya untuk ada perasaan ni semula pada awak sedangkan saya tak pernah buang perasaan saya ni pada awak?"

Tersedu-sedu Dhia menangis sendiri. Dia menutup mulutnya dari dapat didengari oleh yang lain.

Tadi itu, segala kata dia buat Dayyan hanya lah palsu semata. Dia cuba untuk kuat bila berhadapan dengan Dayyan.

Tapi, dia tak mampu dan dia tak kuat. Dhia belum bersedia sepenuhnya.

End Flashback

Bahu Dhia ditolak sedikit dari belakang. Tersentak Dhia dibuatnya. Dhia memusingkan kepalanya untuk memandang orang yang menolak bahunya tadi.

Berubah terus wajah Dhia menjadi ceria. Ternyata Hana.

"Kak Hana!" Terus Dhia bangun dari duduknya dan menerpa ke arah Hana.

Dipeluk tubuh Hana dengan sangat erat.

"Dhia, Dhia. Kak Hana tak boleh nak bernafas ni." Kata Hana bagi menyedarkan Dhia.

"Ya Allah. Kak Hana, sorry.." Ucap Dhia dengan rasa bersalah. Pelukan tersebut terus dileraikan.

"Dhia ni memang kak Hana. Dia punya peluk tu macam tak jumpa setahun." Sampuk Adra tiba-tiba. Entah datang dari mana pun tak tahu.

"Eleh kau. Sibuk je." Tergelak kecil Hana.

"Ni ke kafe korang berdua? Cantik. Kak Hana nak minta maaf sebab tak dapat datang masa korang dua launching kafe ni." Pinta Hana ikhlas.

"Takde apa lah kak. Sekarang ni kan akak dah datang. Lagipun kitaorang tahu yang kak Hana ada masalah." Tutur Dhia lembut.

Adra sudah mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Dhia tadi.

Mereka berdua terus mempelawa Hana untuk duduk. Dhia dan Adra langsung melayan Hana.

Habis semua makanan dan minuman dihidangkan buat Hana. Yang pasti semuanya sedap-sedap. Hana juga turut dibelanja.

Rasa bersalah Hana jadinya. Dia nak bayar tapi, Dhia dan Adra tidak membenarkan.

                               •••••

Jakarta, Indonesia

Sekarang ini Dayyan lagi berada di di negara jiran iaitu Indonesia. Sudah 3 hari dia berada di Indonesia kerana pekerjaannya sebagai seorang pilot.

Dayyan bukan sahaja menggantikan posisi CEO daddynya. Tapi, dia juga seorang pilot di syarikat penerbangan keluarganya sendiri.

Dayyan lagi berdiri di balkoni hotel tanpa memakai baju. Hanya memakai long pants saja.

Dia melihat handphone nya yang memaparkan gambar Dhia yang dijadikan wallpaper handphone.

Mengeluh Dayyan. Sudah 3 bulan dia tidak bertemu dengan Dhia sejak kes di hotel hari tu. Dia sendiri pun tidak tahu harus buat apa lagi.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now