Dayyan melihat Dhia yang berada di dapur kafe khusyuk membasuh pinggan kotor. Dia bangun dari duduknya dan bergerak menuju ke dapur.
Muiz dan Aakif pula hanya memerhati tingkah Dayyan. Setelah itu, mereka saling berpadangan antara satu sama lain.
"Suka ke perli aku tadi?" Tanya Dayyan yang sudah berdiri betul-betul di belakang Dhia.
Terhenti segala pergerakan kerja membasuh pinggan. Dhia terkaku mendengar suara Dayyan yang begitu rapat dengannya.
Dhia dapat rasa helaan nafas seseorang di belakangnya. Menelan air liur Dhia.
"Why are you quiet, baby? Tadi bukan main banyak lagi kau bercakap." Kata Dayyan dengan suara garau dan beratnya di sebelah telinga Dhia.
Dhia membasuh tangannya dahulu sebelum berpusing menghadap Dayyan.
Terkejut Dhia apabila jarak antara dia dan Dayyan terlalu rapat. Hanya seinci sahaja lagi mungkin tubuh hadapannya akan melekap dengan tubuh hadapan Dayyan.
Dhia menolak badan Dayyan supaya menjauh darinya. Tapi, apa kan daya. Tenaga Dhia tidak sekuat Dayyan. Langsung tak bergerak walau sedikit.
"Ja-jauh lah sikit, Dayyan. Na-nanti orang nam-nampak lah." Kata Dhia tergagap-gagap.
"Kenapa gagap?" Tanya Dayyan dengan matanya langsung tidak dikalihkan dari merenung seraut wajah cantik Dhia.
Dayyan rasa nak sentuh saja wajah Dhia. Tapi, dia masih waras. Belum halal lagi. Sabar, Dayyan.
"Ma-mana ada gagap. Ja-jauh lah, Dayyan." Nafi Dhia dengan takut-takut.
"Takut?"
"T-tak. Bu-buat a-apa saya n-nak takut?" Tanya Dhia berani walaupun gagap.
"Betul tak takut?" Soal Dayyan dengan mendekatkan wajahnya pada wajah Dhia.
Menyeget bibirnya melihat wajah takut Dhia. Comel!
Bibir Dhia dipandang dengan penuh rasa teruja. Dia rasa macam nak cium je bibir pink tu.
"Dayyan, awak tak malu ke?" Soal Dhia lancar.
"Malu untuk apa?"
"Kalau, awak tak boleh nak hormat saya. Tolong hormat saya sebagai seorang perempuan. Saya ada maruah." Kata Dhia geram.
Dayyan menatap wajah Dhia yang sudah memerah. Mungkin menahan rasa geram atau marah terhadapnya. Tapi, Dayyan kisah apa. Makin dia tengok Dhia cantik dalam keadaan macam ni.
"Marry me, Dhia Marwa. Please, marry me. Be my wife because you drive me crazy. I really love you so much. Don't ask me when I realize my feelings toward you and don't ask me the reason why I love you." Kata Dayyan berbisik di telinga Dhia.
Terkedu Dhia mendengar luahan jujur dari Dayyan. Tipu lah kalau dia kata yang dia tidak terasa dengan kata-kata Dayyan ini.
Hatinya terharu mendengar luahan cinta dari Dayyan. Memang ini yang Dhia nak dengar dari dulu. Tapi, dalam masa yang sama hatinya terasa sakit.
Dhia masih lagi teringat dengan kata-kata hinaan Dayyan buat dirinya empat tahun lepas.
"Hati saya sakit, Dayyan. Sakit sangat." Ucap Dhia.
"Bagi aku peluang Dhia untuk ubat hati kau. Bagi aku sembuhkan sakit hati kau dengan cinta aku. Please, Dhia." Merayu Dayyan bersungguh.
"Saya nak Dayyan bagi awak peluang. Tapi, saya tak mampu nak tanggung rasa sakit hati saya bila setiap kali saya tengok awak mesti saya akan teringat semua kata-kata awak untuk saya empat tahun lalu." Beritahu Dhia dengan suara yang sudah bertukar serak.
![](https://img.wattpad.com/cover/333061970-288-k661872.jpg)
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomantiekDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...