Puan Juliana setia mengetuk pintu bilik anak bongsunya itu. Sejak dari Dhia datang sampai sekarang Dhia hanya berkurung di dalam bilik.
Tidak makan atau apa. Muram sahaja wajahnya. Tak ceria seperti selalu.
Langsung tidak keluar. Bila ditanya pada Mikail. Mikail sendiri pun tidak tahu. Hanya menjawab 'adik dengan Dayyan ada masalah'. Itu saja. Masalah apa pun dia tidak tahu.
"Dhia..buka pintu ni sayang. Umi ni." Pujuk Puan Juliana meminta supaya Dhia membuka pintu.
Di sebelah Puan Juliana ada Encik Mokhtar dan Mikail. Mereka risau dengan keadaan Dhia.
"Dhia.." Panggil Puan Juliana lagi. Tapi, tiada langsung sahutan dari dalam. Diam sahaja.
"Angah pergi ambil kunci pendua." Arah Encik Mokhtar.
Tanpa banyak bunyi. Mikail terus berlalu dari situ untuk mengambil kunci pendua seperti yang disuruh Encik Mokhtar.
"Nah abah." Mikail menghulurkan kunci pendua tersebut pada Encik Mokhtar setelah dia mengambil dari tingkat bawah.
Encik Mokhtar mencapai dan membuka pintu bilik Dhia. Setelah itu, dikuak besar pintu itu dan mereka masuk ke dalam.
Masuk sahaja dapat dilihat Dhia sudah terbaring pengsan di hadapan bilik air. Terkejut Encik Mokhtar, Puan Juliana dan Mikail.
"Adik!" Jerit mereka bertiga serentak.
Laju kaki mereka menapak mendekati tubuh Dhia yang terbaring di atas lantai. Puan Juliana mengangkat kepala Dhia dan diletakkan di atas pahanya.
"Ya Allah, bangun anak umi." Puan Juliana menepuk pipi Dhia perlahan untuk menyedarkan Dhia.
Tapi, tiada respon. Semakin risau mereka.
"Angah angkat adik. Kita bawa pergi hospital." Encik Mokhtar mengarah Mikail.
Mikail yang mendengar arahan Encik Mokhtar langsung mengangkat tubuh Dhia dan berlalu keluar dari bilik.
Sempat Puan Juliana mencapai satu tudung sarung Dhia yang tergantung untuk menutup rambut Dhia nanti.
•••••
Encik Mokhtar, Puan Juliana dan Mikail setia menunggu dan melihat seorang doktor wanita itu yang sedang membuat pemeriksaan terhadap Dhia.
Dhia pula dari tadi tidak sedarkan diri. Risau tak terkata mereka sekarang ini.
Tak lama selepas itu, doktor wanita tersebut berhenti dari memeriksa Dhia dan berpaling menghadap Encik Mokhtar, Puan Juliana dan Mikail.
Terukir senyuman di bibir doktor wanita itu.
"Macam mana doktor dengan anak saya?" Tanya Puan Juliana.
"Alhamdulillah. Takde yang serius. Kandungan Puan Dhia pun dalam keadaan yang baik." Beritahu doktor itu.
Terkejut Encik Mokhtar, Puan Juliana dan Mikail mendengarkan itu. Kandungan?
"Kandungan? Dhia mengandung?" Tanya Encik Mokhtar.
"Ya. Puan Dhia mengandung."
"Dah berapa lama?" Kali ini, Mikail pula menyoal.
"Ikut pemeriksaan saya tadi dah 3 minggu."
"Alhamdulillah, ya Allah." Ucap Encik Mokhtar dan Puan Juliana. Syukur anaknya dan juga bakal cucu mereka tiada apa-apa.
Gembira tak terkata bila dapat tahu yang anak bongsu mereka sekarang sedang mengandung.
"Tapi, kenapa anak saya tak sedar lagi?"
"Puan Dhia hanya penat dan stres. Itu yang menyebabkan Puan Dhia pengsan dan sehingga sekarang masih belum sedarkan diri. Dan kalau boleh jangan bagi dia buat kerja berat dan beri tekanan sebab kandungannya masih awal dan lemah. Takut bagi kesan pada kandungannya." Pesan doktor wanita itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/333061970-288-k661872.jpg)
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...