Special Chapter : Puasa & Raya 3

3.2K 164 1
                                    

Setelah lima belas hari puasa, bermacam kerenah suami dan anak-anaknya yang perlu Dhia hadap. Memang Dhia banyak bersabar untuk menghadapi suami dan anak-anaknya.

Kini, mereka sekeluarga di rumah keluarga Dhia untuk berbuka bersama. Ada juga keluarga Dayyan.

Dhia yang sedang membuat air hanya memasang riak pasrah saat diganggu oleh Mikail. Ini kalau dia tak kenangkan tengah bulan ramadhan yang harus memperbanyakkan kesabaran di dalam diri. Memang dia dah smackdown si Mikail ni.

"Ulala.. yuhuu yuhuuuu.." Disenggol lengan Dhia, dicuit pipi dan dagu Dhia serta ditarik hujung rambut Dhia.

Dhia memejam matanya dan menarik nafas perlahan lalu hembus perlahan. Dia cuba menenangkan dirinya. Jangan terpedaya dengan gangguan 'syaitan'. Jangan marah kerana 'syaitan' yang terlepas ini.

Setelah itu, Dhia membuka matanya dan terus disuguhkan dengan wajah tampan Mikail yang sedang tersenyum manis kepadanya.

"Kau pahal?" Tanya Dhia.

"Ceh. Sombong amat lu." Toya wajah Dhia. Dia menyudahkan kerjanya. Baru lah dia berdiri menghadap Mikail.

"Kau nak apa, ngah? Nak kena pukul?" Mikail beriak jengkel. Dia memandang adiknya atas dan bawah.

"Aku dah lama tak jumpa kau. Aku rindu. Kau tak rindu aku ke? Sampai hati kalau kau kata tak rindu aku. Kau memang adik durjana." Ujar Mikail seraya membantu Dhia mengangkat dulang yang berisi jug air ke ruang makan.

"Memang tak rindu pun. Nak buat apa aku rindu tenuk macam kau? Takda faedah." Balas Dhia selamba.

"Aku dah agak.. kau memang. Aku majuk dengan kau 5 minit. Huaaa.. umi.. tengok Dhia ni umi. Dia tak rindu angah pun." Adu Mikail pada Puan Juliana sambil memotong jalan Dhia.

Menggeleng kepala Dhia dengan sikap abangnya yang seorang ini. Dah jadi bapak orang pun perangai tak berubah. Ingat jadi lah matang. Rupanya tak. Semakin menjadi-jadi perangai budak dia. Ada yang aku sekeh kepalanya karang.

"Apa kena dengan kamu ni, Mika? Penat lah umi. Suara kamu je dari dapur sampai ke ruang tamu boleh dengar." Bebel Puan Juliana yang sedang menghidangkan makanan.

Hana yang melihat suaminya merengek seperti itu sudah menggelengkan kepalanya. Dia faham sangat dengan perangai tak betul Mikail ini.

"Kak Hana, macam mana akak handle si toyol ni?" Soal Dhia selamba.

Mikail yang mendengar Dhia memanggilnya toyol laju kepala dia menoleh memandang adiknya. Rasa tak percaya yang adik dia panggil dia toyol.

"Entah lah, Dhia. Aku pun pelik." Jawab Hana selamba.

"Kau panggil aku toyol?" Soal Mikail sembari menunjuk dirinya.

"Kira okay lah tu toyol. Dari gorgon. Kau nak?" Melengkung ke bawah bibir Mikail.

"Aku punya lah hensem. Kau sama kan aku dengan toyol tak pun gorgon. Kau memang cari pasal dik.. nak gaduh? Meh ar." Dalam sesaat saja, kepala Mikail disekeh dari belakang.

Tapi bukan Dhia pelakunya. Tapi Muiz, abang sulung mereka.

"Kau tak malu dengan anak kau ke?" Tanya Muiz serius.

Mikail menggosok belakang kepalanya. Boleh tahan sakit juga kepala dia lepas kena sekeh tadi.

Tersengih beruk Mikail di hadapan abangnya. Dia menunduk dan menyalam tangan Muiz lalu dicium.

"Aku pergi depan dulu, long. Assalamualaikum. Ada jodoh, kita jumpa lagi. Tumpang lalu." Dengan gaya hormat, Mikail berjalan ke ruang tamu sambil melepasi abang dan adiknya.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now