Termenung Dhia di kaunter kafe. Adra yang melihatkan Dhia yang sedang dalam dunianya sendiri. Perlahan-lahan Adra berjalan mendekati Dhia.
Dekat sahaja dengan Dhia. Terus dikejutkan Dhia dengan menyergah kawannya itu.
"Woi, Dhia!"
"Oi mak kau meletup sebab makan banyak sangat." Melatah Dhia tanpa sengaja.
Pelanggan-pelanggan yang ada di kafe memandang mereka dan ketawa selepas mendengar Dhia yang melatah tadi.
Dhia memusingkan badannya menghadap Adra yang masih senang mengetawakannya.
"Kau ni kan..ha ambil, ambil, ambil." Dicubit-cubit lengan Adra sepuas hati.
Mengaduh sakit Adra dan berlari untuk mengelak dari terus dicubit oleh mak ketam seorang ini.
Tengah mereka bermain saling kejar-mengejar. Tiba-tiba, Adra melanggar seseorang yang baru sahaja masuk ke dalam kafe.
"Aduh." Mengaduh sakit lelaki itu.
Adra sudah kelam kabut mendapatkan lelaki itu dan memohon maaf.
"Minta maaf, encik. Saya tak perasaan encik nak masuk.." Adra terdiam lepas mengetahui gerangan yang dilanggarnya barusan.
"Aakif?" Terbit senyuman di bibir Aakif memandang Adra yang kecil comel molek ni hah.
"Ya, saya cik montel." Sahut Aakif dan memanggil Adra dengan panggilan yang Adra tidak suka.
"Cik montel awak panggil saya? Awak tu dah lah macam tiang lampu." Kata Adra dengan geram.
"Tiang lampu pun tiang lampu lah. Yang penting saya ni tiang lampu yang hensem. Tak gitu Cik Adra Khadijah?" Ujar Aakif sambil mencuit puncak hidung Adra
"Hei. Haram lah nak cuit-cuit. Ya Allah berdosa sudah saya. Balik ni saya kena samak pastu mandi air dari 7 masjid." Bebel Adra.
Terlopong mulut Aakif mendengar kata-kata Adra. Wah..ni melebih.
"Awak ingat saya anjing?" Geram pula Aakif tengok Adra.
"Ada saya cakap?"
"Tu tadi yang sampai nak kena samak tu."
"Tapi, saya tak kata awak anjing. Awak yang cakap sendiri. Kiranya awak mengaku lah yang diri awak ni anjing?"
"Adra.." Baru sahaja Aakif mahu mendekati Adra. Dhia memanggil Aakif.
"Abang Kif."
"Eh Dhia. Hai." Sapa Aakif kembali dengan ceria.
"Lately ni rajin ya abang Kif datang kafe kitaorang. Padahal kafe Dhia dengan office abang Kif kan jauh. Dalam 30 minit juga lah nak sampai sini." Perli Dhia sambil mencuit lengan Adra.
"Ya ke jauh? Kenapa abang Kif rasa macam dekat eh?"
"Dekat dengan kafe atau dekat dengan hati orang tu?" Sakat Dhia dengan sesekali matanya melihat Adra yang diam di sebelahnya.
Bukannya Dhia tidak tahu yang Aakif ada menyimpan perasaan terhadap sahabat baiknya ini. Aakif pernah meminta tolong dia. Tapi, Dayyan menghalang. Katanya biar Aakif mengorat sendiri.
"Kita cuba datang dekat ke kafe orang tu dulu lah dan dalam masa yang sama cuba mendekat dan masuk ke dalam hati orang tu." Kata Aakif dengan penuh semangat.
"Bagus-bagus. Kipidap." Dhia memberi semangat pada Aakif.
Tiba-tiba, telefon Dhia berdering. Dhia melihat gerangan yang membuat panggilan terhadapnya. Rupanya Dayyan.
"Encik tunang call lah tu." Tutur Adra perlahan.
"Aku dah tunang. Kau takde tunang kan? Kau suruh abang Kif call kau. Untung-untung boleh abang Kif angkat jadi tunang terus." Sejurus itu, Dhia terus menjauh dari Adra dan Aakif.
ANDA SEDANG MEMBACA
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...
![DAYYAN'S LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/333061970-64-k661872.jpg)