Dayyan's Lover : 37

4.8K 170 2
                                    

Menahan ketawa Dayyan melihat cara Dhia berjalan. Dari tadi mulutnya terkemut-kemut tahan dari terletus tawa.

Dhia menjeling Dayyan yang berada di belakangnya. Cara Dhia jalan dah macam orang sakit. Tertengkot-tengkot.

"Gelak-gelak. Dhia jadi macam ni sebab siapa?" Tanya Dhia, garang.

"Seb-sebab hubby."

"Lepastu gelak? Takde rasa kesian?"

"Kesian. Mesti lah kesian. Kesian baby hubby ni." Laju-laju Dayyan memeluk bahu Dhia.

"Hubby puas. Dhia tewas. Sakit tahu tak?"

"Sorry, sorry, sorry. Nak buat macam mana. Dah baby tu seksi sangat. Hubby tak tahan, hubby terkam lah." Jawab Dayyan selamba.

Mengecil mata Dhia merenung Dayyan. Dicubit perut Dayyan sedikit. Mendesis sakit Dayyan.

"Sakit, sayang." Dayyan mengusap perutnya.

Bisa betul cubitan dari seorang Dhia Marwa ni. Berkerut-kerut muka Dayyan.

"Padan muka. Ni yang hubby pakai baju macam ni kenapa? Tak masuk office ke?" Pelik Dhia tengok Dayyan yang hanya memakai short pants dan baju t-shirt hitam.

"Tak."

"Kenapa?"

"Baby hubby kan sakit. Jadi, hubby nak jagalah."

"Tak payah. Dhia boleh jaga diri sendiri. Kalau, hubby jaga lain jadinya. Hubby dah lah ada je otaknya. Lagi dilarang, lagi nak." Kata Dhia yang sudah berjalan menjauhi Dayyan.

"Mana ada. Hubby baik lah. Lagipun kata nak little baby cepat-cepat. Jadi hubby tengah bekerja keras lah ni." Seloroh Dayyan sambil mengekori Dhia dari belakang.

Dhia biarkan sahaja. Malas nak layan Dayyan. Nanti keluar perangai gatal dia. Penat Dhia semalaman melayan Dayyan.

"Sayang nak masak ke? Nak masak apa? Hubby tolong eh?" Dayyan menawar diri untuk membantu Dhia.

"Stop!" Dhia berpusing menghadap Dayyan.

"Tak payah tolong. Pergi depan sana." Arah Dhia.

"Bagi lah hubby tolong."

"Tak payah! Dhia nak masak cepat. Hubby dekat sini nanti tak jadi cepat."

"Kenapa pula? Kan elok kalau kerja tu dibuat bersama. Barulah boleh habis cepat." Ujar Dayyan dengan suaranya yang lembut sambil tersenyum nakal.

"Mhmm. Habis cepat sangat. Takde maknanya. Bukan cepat tapi lambat. Hubby punya tangan tu nanti buat kerja. Merayau sana, merayau sini. Rimas Dhia. Pergi depan, pergi depan, pergi depan." Dhia menolak badan Dayyan untuk keluar dari dapur.

"B-baby. Bagi lah hubby tolong." Merayu Dayyan bersungguh.

"A big no! Shuh." Halau Dhia.

Setelah itu, Dhia berlalu meninggalkan Dayyan yang duduk di sofa yang ada di ruang tamu.

Terpinga-pinga Dayyan di situ melihat pemergian Dhia yang meninggalkannya seorang diri.

"Baby, hubby bosan! Bagi lah hubby tolong!" Laung Dayyan.

Dhia diam.

"Baby! Hubby janji tak kacau!"

Diam lagi.

"Aduh..tak kena lah hari ni. Pujuk lembut-lembut pun tak lepas." Gumam Dayyan sendirian.

Dhia yang berada di dapur hanya mengendahkan jeritan suaminya itu. Tergelak kecil Dhia dengan tingkah Dayyan. Ada-ada je lah perangai.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now