Dayyan's Lover : 24

10.4K 302 26
                                        

Dhia mencelikkan matanya dengan perlahan-lahan. Dhia mencapai handphone nya yang berada di atas meja kecil sebelah katil.

Terbangun duduk Dhia bila jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Pelik Dhia. Dayyan tak masuk lagi ke?

Dhia turun dari katil dan berjalan mengambil tuala mandi. Dhia berlalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan badannya dahulu sebelum dia keluar untuk masak makan malam.

Selepas 20 minit berada di dalam bilik air, Dhia keluar dan berlalu masuk ke dalam closet.

Siap sahaja memakai pyjama, Dhia berjalan mendekati pintu bilik untuk keluar. Buka sahaja pintu bilik, dapat Dhia lihat Dayyan yang sedang baring di atas lantai.

"Ya Allah. Ni dah kenapa tidur dekat sini?" Tanya Dhia sendiri.

Dhia duduk dan mengoncang sedikit badan Dayyan untuk bangun.

"Hubby.." Panggil Dhia.

Diam.

"Hubby..bangun." Sekali lagi Dhia cuba mengejutkan Dayyan.

Kali ini, Dayyan membuka matanya dengan perlahan-lahan. Di kucek sedikit matanya. Dayyan mengkerdipkan matanya beberapa kali.

"Hubby, bangun. Kenapa tidur sini?" Dayyan yang mendengar suara Dhia terus bangun duduk dan memusingkan badannya menghadap Dhia.

"Baby." Dayyan merenung Dhia yang masih beriak beku dengan dia.

"Baby, you still mad at me?" Tanya Dayyan dengan memegang tangan Dhia. Diusap lembut kekura tangan Dhia.

"Entah lah."

"Baby, hubby minta maaf. Hubby langsung tak tahu yang perempuan tu datang office hubby." Ujar Dayyan bersungguh menyakinkan Dhia.

"Malas lah Dhia nak dengar. Dhia nak turun, nak masak. Hubby pergi mandi." Arah Dhia dan sudah pun bangun dari duduknya di lantai.

Dayyan yang melihat Dhia yang sudah bangun itu, cepat-cepat Dayyan ikut berdiri juga.

"Baby, please. Hubby betul-betul minta maaf." Ucap Dayyan tanpa jemu meminta maaf pada isterinya.

"Hubby, Dhia nak turun. Nak masak makan malam. Kalau, hubby tak lapar. Dhia masuk bilik. Dhia nak rehat, nak tidur." Kata Dhia dengan tegas.

Mengeluh Dayyan bila dilihat Dhia seperti tidak terkesan langsung dengan pujukan dan kata maafnya. Dayyan mendekatkan wajahnya dengan telinga Dhia dan berkata.

"I'm really sorry. Tapi, hubby nak baby tahu yang hubby selalu cinta dan sayangkan baby. You are my one and only wife. Please jangan marah hubby lagi. Hubby rindu nak tengok baby senyum. Rindu nak dengar suara baby yang banyak cerita dengan hubby. I miss everything about you. I'm sorry, my love." Ujar Dayyan panjang lebar dan mencium kejap pipi isterinya sebelum Dayyan masuk ke dalam bilik.

Dhia memegang pipinya yang dicium Dayyan tadi. Masih terasa hangatnya. Dayyan pandai memujuk dan melembutkan hatinya yang keras tadi.

Malas Dhia nak berdiri lama di depan pintu bilik. Dhia langsung mengorak langkah turun menuju ke tingkat bawah untuk ke dapur.

Dhia membuka pintu peti ais dan dilihat bahan-bahan yang ada untuk dimasak. Dhia berfikir hendak masa apa. Dhia tak tahu nak masak apa.

Tiba-tiba, Dhia teringat makanan kegemaran Dayyan. Mama ada beritahu dia yang Dayyan suka makan ayam masak lemak cili api.

Dhia mengeluarkan semua bahan untuk memasak lauk tersebut. Diletakkan semua bahan di atas kaunter dapur.

Selepas itu, Dhia mengeluarkan ayam dari bahagian beku dan direndam ayam itu di dalam air untuk mencairkannya. Setelah itu, Dhia mula memotong segala bahan sebelum memulakan langkah yang seterusnya.

DAYYAN'S LOVER [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang