Dayyan's Lover : 12

9.4K 304 9
                                    

Sampai sahaja di perkarangan rumah keluarga Dhia. Dayyan memberhentikan dan memarkirkan keretanya.

Dia berpusing menghadap Dhia yang nyenyak tidur tanpa terganggu dengan sedikit pun keadaan sekeliling.

Perlahan bibirnya menarik membentuk sebuah senyuman. Tangannya naik mengikut bentuk wajah Dhia bagai ingin disentuh. Dipandang seraut wajah yang cantik itu.

Mata yang selalu jadi idamannya, hidung mancung, bibir nipis yang dihiasi dengan lipbalm dan ingin Dayyan sentuh, kening yang terbentuk cantik walaupun tanpa dilukis, bulu mata yang panjang dan lentik dan pipi mochi yang mahu Dayyan gomol.

Dayyang menggelengkan kepalanya. Cepat-cepat dia beristighfar menyedarkan dirinya.

Perlahan Dayyan mengejutkan Dhia dari lenanya yang terlalu nyenyak itu. Dayyan tak sampai hati sebenarnya nak kejutkan Dhia. Kalau, dia boleh angkat dah lama dia angkat.

"Baby.." Panggil Dayyan lembut.

Dhia masih tidak bergerak. Diam saja.

"Baby, wake up. Kita dah sampai ni dekat rumah keluarga kau. Tak nak bangun ke ni? Hey." Kejut Dayyan lagi.

Masih tidak terganggu.

Perlahan Dayyan keluar dari keretanya dan berjalan bergerak ke sebelah pemandu. Dia membuka pintu tempat Dhia.

Dimasukkan separuh badannya ke dalam untuk membuka tali pinggang keledar yang dipakai Dhia. Dhia mula terasa terganggu dengan pergerakan.

Dhia mula membuka mata dan dikelip beberapa kali sebelum matanya membulat besar. Terkejut Dhia melihat Dayyan yang begitu dekat dengannya.

Terus Dhia menolak Dayyan sehingga badan Dayyan terhentak di dashboard kereta.

"Uihhh..ya Allah. Kau kenapa ni?" Dayyan mengundurkan dirinya keluar dari kereta.

Digosok perlahan sebelah badannya yang terasa sakit itu.

"Awak tu yang nak buat apa? Awak cuba nak buat apa-apa ke dekat saya? Ambil kesempatan eh? Eee..lelaki memang sama je lah." Marah Dhia.

"Apa kau ni? Kesempatan apa? Kau tak nampak ke kita dah sampai depan rumah keluarga kau? Aku nak kejutkan kau."

Dhia melihat sekeliling. Memang benar. Mereka sudah berada di hadapan rumah keluarga Dhia.

"Kejut macam biasa tak boleh ke? Perlu ke macam tadi?"

"Aku dah kejutkan kau. Tapi, kau tidur mati. Dah lah berdengkur. Air liur meleleh. Geli aku." Kutuk Dayyan tanpa segan silu.

Ternganga Dhia mendengar kata-kata Dayyan. Cepat-cepat Dhia mencari cermin untuk melihat wajahnya. Betul ke ada air liur basi?

Tengok sahaja dirinya di cermin, tiada langsung kesan bekas air liur. Mengecil mata Dhia beralih merenung Dayyan. Besar kecil-besar kecil dia tengok Dayyan.

"Menipu lah dia ni. Lagi satu, saya tak pernah tidur berdengkur." Kata Dhia. Dia langsung keluar dari kereta Dayyan dan berjalan meninggalkan Dayyan yang sedang menahan tawanya.

Menggelabah teruk Dhia tadi bila dia kata yang Dhia tidur berdengkur dan keluar air liur basi. Lawak dia tengok wajah kabut Dhia.

Dayyan menutup pintu kereta dan berjalan mengekori Dhia dari belakang. Dhia berpusing bila dirasakan ada seseorang yang mengikutinya.

"Awak nak apa lagi? Pergi lah balik." Halau Dhia.

"Kau halau aku?"

"Ha'ah saya halau. Dah lah. Pergi lah balik sana."

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now