Sudah tiga hari Dhia diam sejak kejadian itu. Setiap kali Dayyan bersembang dengan dia, hanya sepatah sahaja dijawab.
Dayyan tak tahu nak buat macam mana lagi. Macam-macam dia dah buat selama tiga hari ini untuk menceriakan kembali isterinya. Tapi, Dhia tetap sama. Tidak berubah.
"Woi." Tegur Muiz apabila melihat sahabatnya itu diam dna termenung.
Ajak orang keluar tapi dia pula yang termenung dahtu diam je.
Tersentak Dayyan. Dayyan memandang Muiz dan diangkat kedua alisnya sebagai tanda tanya 'kenapa'.
"Kau ajak aku keluar. Lepastu kau termenung. Ada masalah ke?" Tebak Muiz.
"Hm. Dhia."
"Kenapa dengan Dhia?"
"Tiga hari dia diam je. Setiap kali aku ajak bercakap, dia cuma balas sepatah-sepatah je. Aku dah tak tahu nak buat apa." Beritahu Dayyan dan melepaskan keluhan.
"Kau ada buat something yang dia tak suka ke?" Soal Muiz ingin tahu. Dia merenung wajah adik ipar merangkap sahabat baiknya itu.
"Semua sebab tok nek aku."
"Tok nek kau buat apa?"
"Dia minta Dhia izinkan aku untuk kahwin dengan perempuan lain. Memang tak lah bini aku bagi. Aku sendiri pun tak nak. Gila betul. Haritu dah lah suruh bini aku minta cerai." Adu Dayyan dengan penuh geram.
"Tok nek kau ni memang bermasalah. Tak habis-habis lagi soal tu. Pelik aku." Geram Muiz mendengar. Mana tak geram nya bila adik dia juga jadi mangsa.
"Sekarang ni aku tak tahu nak buat apa." Keluh Dayyan.
"Kau buat sesuatu untuk pujuk Dhia."
"Sesuatu macam mana?"
"Sesuatu yang Dhia suka. Atau kau bawa dia pergi tempat-tempat yang best. I means like..holiday? Mana lah tahu boleh tenangkan diri dia dan dia pun boleh lupakan semua. Who knows, right?" Ujar Muiz dengan tenang.
Dia menyisip sedikit air kopi di dalam cawan. Sedap. Boleh tahan rasanya.
"Ha'ah. Dia ada cakap dengan aku yang dia nak pergi Sabah."
"Bawa dia pergi sana."
"Bijak otak kau ni. Tak macam adik kau si Mikail tu." Selamba Dayyan mengutuk Mikail. Dengar dek si Mikail tu. Mahu dia meriau satu kedai ni nanti.
•••••
"Baby! I'm home!" Jerit Dayyan memanggil Dhia setelah masuk ke dalam rumah.
Dicari-cari kelibat sang isteri. Tiada. Rumah pun sunyi sepi. Selalunya Dhia pasti akak sambut dia pulang kerja. Tak pun Dhia akan duduk tunggu dia di atas sofa sambil menonton tv.
Tapi, sekarang tiada. Tv pun tak terpasang. Dayyan membawa langkahnya memanjat tangga dan menuju bilik tidurnya.
Masuk sahaja ke dalam bilik, Dayyan melihat Dhia yang sedang elok terbaring di atas katil. Lega hati Dayyan. Ingatkan isterinya pergi lagi tinggalkan dia. Ternyata tidak.
Dayyan meletakkan briefcase nya di atas sofa yang berada di dalam bilik dan berjalan mendekati Dhia. Sampai sahaja dekat, punggungnya dilabuhkan di sebelah sang isteri.
Rambut Dhia yang terjuntai di bahagian hadapan wajah, Dayyan selitkan ke belakang telinga.
"I miss you, baby. I miss your smile, I miss your laugh, I miss you who talk a lot and I miss everything about you. Hubby sentiasa doakan yang terbaik untuk isteri hubby dan hubungan kita. I love you so much, my dearest wife." Ucap Dayyan sendirian sambil menatap wajah bersih Dhia yang sedang diulit mimpi.
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
Roman d'amourDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...