Di dalam kereta, Dhia mulai rasa resah dan risau. Tangannya digosok untuk menghilangkan rasa tidak tenteramnya itu.
Sekarang mereka berdua, Dhia dan Dayyan dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Dayyan di Kedah.
Dayyan memandang sekilas isterinya yang tidak tentu arah itu. Menggeleng kecil kepalanya.
"Baby, are you okay?" Tanya Dayyan dan tangannya mencari tangan Dhia untuk dipegang.
"Tak okay. Dhia takut.." Meleret suara Dhia mengadu.
"Kenapa?"
"Kalau, family hubby tak suka Dhia macam mana? Tok nek benci Dhia macam mana? Nanti dekat sana Dhia takde kawan. Hubby jangan jauh-jauh dari Dhia tau?"
"Ya Allah..overthinking betul baby hubby ni. Takde apa. Don't worry. Hubby takkan jauh dari baby." Setelah itu, Dayyan menarik tangan Dhia yang berada dalam pegangannya lalu dikucup sayang.
"Hubby.." Panggil Dhia.
"Ya." Dayyan melihat sekilas wajah Dhia yang sudah tercebik itu.
Terukir senyuman kecil Dayyan melihat wajah comel isterinya. Diusap lembut pipi Dhia.
"Baby tidur lah dulu. Nanti dah sampai hubby kejutkan." Kata Dayyan dengan lembut.
"Boleh?" Lagipun Dhia memang ngantuk.
"Boleh, baby." Sejurus itu, Dhia menjatuhkan sedikit kerusinya ke belakang untuk baring dengan selesa.
Dayyan mengusap kepala Dhia yang berbalut dengan tudung bawal itu dengan lembut.
Dhia menutup matanya untuk lelap seketika sebelum sampai di kampung Dayyan. Penat dia asyik overthinking dari tadi.
•••••
Dayyan memarkirkan kereta Mercedes AMG C63 Coupe nya bila sudah sampai di halaman depan rumah kampung tok nek nya.
Dapat Dayyan lihat ada banyak kereta terparkir di depan rumah. Ni semua kereta pak cik-mak cik dan saudara maranya yang lain.
Dayyan beralih memandang Dhia yang sedang lena di sebelah. Ditenung sekejap wajah cantik isterinya yang bersih tanpa sebarang cela.
"Baby.." Kejut Dayyan sambil mengusap lembut pipi Dhia. Dhia diam tidak terusik langsung.
"Hey, baby. Wake up. Wakie wakie." Kejut Dayyan sekali lagi.
Kali ini, Dhia memberi respon. Matanya dibuka perlahan-lahan. Dhia menggosok matanya tapi, tangannya ditarik.
"Sakit nanti matanya." Kata Dayyan.
"Ehem. Sampai dah ke?" Dhia berdehem sekejap bagi membetulkan suaranya sebelum bersuara.
Dhia memandang kawasan luar. Di depannya ada rumah kampung kayu tapi besar. Walaupun rumah tu nampak macam moden tapi masih lagi kekal dengan tradisional. Cantik.
Di depan rumah pula banyak kereta yang terparking. Macam ramai je.
"Sampai dah. Jom?" Ajak Dayyan. Berura-ura Dayyan mahu keluar tapi, tangannya dipegang Dhia.
Terhenti pergerakan Dayyan dan berpusing melihat isterinya. Diangkat kedua keningnya tanda bertanya kenapa.
"Mesti ramai kan?" Tanya Dhia.
"Ramai lah. Semua balik tak silap hubby."
"Ya ke? Hubby.." Merengek manja Dhia.
"Don't worry. Hubby ada. Daddy dengan mama pun ada . Daniel dan Dara pun ada. Diaorang dah sampai tu. Jom lah." Dayyan sudah keluar dari kereta.
ANDA SEDANG MEMBACA
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...
![DAYYAN'S LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/333061970-64-k661872.jpg)