Dayyan's Lover : 45

6.5K 216 6
                                    

"Angah hantar kau je lah. Ada urgent meeting dekat office." Kata Mikail setelah dia memberhentikan keretanya di hadapan perkarangan rumah mewah tersebut.

"Ha, ya. Hati-hati." Terus Dhia membuka pintu dan keluar dari kereta Mikail.

Sempat Dhia melemparkan senyuman nipis buat pengawal yang berjaga di hadapan rumah mewah Dayyan.

Mikail yang melihat Dhia sudah berjalan agak jauh dari keretanya. Dia terus menurunkan gear dan mula bergerak memandu menuju ke pejabat.

Menarik nafas Dhia setelah sampai betul-betul di hadapan pintu utama rumah mereka. Dibuka pintu rumah tersebut. Ternyata tidak berkunci. Dhia melangkah masuk ke dalam disertakan dengan memberi salam.

"Assalamualaikum." Perlahan suara Dhia.

Setelah itu, ditutup kembali pintu rumah itu. Dhia meninjau ke dalam rumah. Meliar matanya melihat keadaan sekeliling. Dayyan tiada. Dalam bilik lah kot.

Dhia meletakkan tas tangannya di atas meja dan berjalan naik menuju bilik tidur mereka.

Sampai sahaja di hadapan pintu bilik, Dhia memegang tombol pintu dan dipusing lalu dibuka perlahan. Dhia melangkah masuk ke dalam. Dapat Dhia lihat suaminya sedang baring di atas katil sambil berselubung di dalam selimut.

Sejuk yang datangnya dari aircond menerpa permukaan kulit Dhia. Sejuk bukan main.

"Ni bilik ke apa? Sejuk betul. Dia ni demam ke tidak pasang aircond sampai sejuk macam ni." Bebel Dhia sendirian.

Perlahan Dhia berjalan merapati Dayyan yang sedang nyenyak tidur. Dekat sahaja dengan suaminya, Dhia melekapkan tapak tangannya di dahi Dayyan.

Dapat Dhia rasakan suhu badan Dayyan sangat panas dan Dayyan menggigil kesejukan.

Dayyan tersedar dari lena selepas menyedari adanya pergerakan. Baru sahaja Dhia mahu menarik tangannya dari terus berada di dahi Dayyan.

Dayyan lebih pantas memegang tangan Dhia dan dibawa ke dadanya. Terduduk Dhia di sebelah Dayyan.

"Baby..rindu." Kata Dayyan dengan mata masih terpejam.

Berkerut dahi Dhia mendengar bicara Dayyan. Rindu? Rindu siapa? Suami dia ni jangan main-main. Kang ada yang aku tekup pakai bantal ni. Biar tak bernafas terus.

"Dhia..hubby rindu. Balik, please." Dhia mendengar esakan. Dayyan menangis?

"Hub-hubby. Hubby, hey wake up." Dhia mengejutkan Dayyan sambil menepuk perlahan pipi kiri Dayyan.

Dayyan membuka matanya dan dikerdipkan beberapa kali sebelum melihat dengan jelas wajah Dhia di hadapan matanya.

"B-baby? This is you? Ni sayang hubby kan?" Tanya Dayyan. Dhia mengangguk.

Terus Dayyan bangun duduk dan menarik Dhia masuk ke dalam pelukannya. Erat dia memeluk isterinya. Seperti tak nak dilepaskan.

"Hub-hubby. Dhi-Dhia tak boleh bernafas." Tersekat-sekat Dhia berkata.

Baru lah Dayyan tersedar yang dia sudah memeluk Dhia dengan kuat.

"Sorry, baby. Sorry. Hubby tak sengaja." Ucap Dayyan sambil mencium tangan Dhia beberapa kali.

"Okay-okay. Dah-dah. Dhia tahu." Dhia menarik tangannya dari terus dipegang Dayyan.

"Ni saya nak tanya. Sejak bila awak demam ni?" Soal Dhia sambil mengelap peluh Dayyan yang mengalir di leher.

Punya lah duduk dalam bilik ber'aircond' boleh pula suami dia ni berpeluh. Orite tak orite?

Tersungging senyuman di ulas bibir Dayyan. Ternyata Dhia masih lagi mengambil berat.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now