Dayyan's Lover : 30

11.2K 293 5
                                        

Dhia berdiri di hadapan almari merenung satu paper bag yang pernah diberi oleh Qaisarah, Hana dan Adra masa hari pernikahannya.

Menggigit bibir Dhia dan rasa ragu-ragu untuk mengambil paper bag itu.

"Nak ke tak nak eh? Tapi, kalau aku tak buat. Bila lagi aku nak buat?" Ucap Dhia sendirian.

Akhirnya dia ambil jua paper bag tersebut dan dilihat semula isi dalam paper bag itu. Membulat mata Dhia.

Ditarik isi dalam paper bag itu dan dipegang hujung-hujung saja tali baju itu.

"Warna merah?"

"Ini baju ke lapik meja?"

"Baik tak payah pakai apa-apa."

Terpejam erat mata Dhia melihat baju itu atau dipanggil sebagai lingerie.

Dhia menarik nafas dalam-dalam dan dihembus perlahan. Dilihat jam yang tergantung di dinding.

Tadi Dayyan ada mesej yang dia akan pulang awal dalam pukul 8. Sekarang dah pukul 6:30. Jadi, dia kena mandi wangi-wangi dan bersiap cantik-cantik untuk suaminya malam ini.

Dhia mempersiapkan segalanya dengan baik. Malam ini juga dia hendak meluahkan perasaannya pada Dayyan.

Dicapai tuala mandinya di gantungan dan terus masuk ke dalam bilik air bagi membersihkan diri.

Setelah hampir satu jam Dhia berada di dalam bilik air, akhirnya Dhia keluar juga. Dhia mengambil lingerie yang diletakkan di atas katil tadi dan masuk ke dalam closet.

Siap memakai lingerie tersebut, Dhia mengambil satu robe satin berwarna hitam yang separas pahanya lalu dipakai.

Dia dah biasa pakai robe macam tu depan Dayyan. Dah tentu lah nanti Dayyan takkan syak apa-apa.

Dhia menyikat rambutnya dan disembur minyak wangi. Tapi, sikit je. Nak lebih tunggu nanti.

Tak lama selepas itu, Dhia mendengar bunyi deruman enjin kereta Dayyan. Dayyan baru pulang.

Dhia mengintai di sebalik celah langsir di dalam bilik tidurnya. Dia nampak Dayyan baru melangkah keluar dari perut kereta dan berjalan menuju pintu utama rumah.

Dhia melihat penampilannya sekali lagi di cermin. Setelah dirasakan semuanya baik, Dhia keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah.

"Hubby." Panggil Dhia dengan ceria.

Dayyan yang baru saja masuk ke dalam rumah terus memandang ke arah suara yang memanggilnya itu.

Tersungging senyuman di bibirnya. Dayyan menutup pintu dan berjalan mendekati Dhia. Dekat sahaja terus dipeluk tubuh Dhia. Dayyan menghidu bauan yang datang dari Dhia.

"Wanginya baby." Kata Dayyan dengan wajahnya sudah ditenggelamkan dalam ceruk leher Dhia.

"Ye ke? Tadi rasa Dhia pakai sikit je perfume."

"Baby pakai perfume?"

"Ha'ah. Perfume tu kak Hana bagi pastu Dhia tak pernah pakai lagi. Itu yang cuba. Wangi sangat ke?"

"Wangi. Hubby suka bau dia." Tutur Dayyan dan mencium seluruh wajah Dhia.

"Hubby, hubby stop." Dhia menolak perlahan wajah Dayyan yang masih menciumnya itu.

"Pergi mandi. Dhia dah masak. Nanti kita makan sama-sama." Kata Dhia lembut.

"Sayang masak apa hari ni?" Tanya Dayyan sambil menatap wajah cantik isterinya. Tak jemu dia memandang.

"Dhia masak spaghetti and meatball je. Pastu Dhia ada buat blueberry cheese cake. Is that okay?"

"Okay sangat baby. Blueberry cheese cake tu favourite hubby tau."

DAYYAN'S LOVER [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang