Special Chapter : Puasa & Raya 2

5.2K 208 4
                                        

Dhia memanjangkan lehernya mencari tiga orang kesayangannya. Siapa lagi kalau bukan Dayyan, Darwish dan Damia. Mana pula suami dan anak-anak dia ni pergi?

Selepas sahaja mereka sahur dan solat subuh sama-sama tadi. Rasanya suami dan anak-anaknya tidur di ruang tamu. Dayyan lah. Dah siap-siap bentang toto dekat depan ruangan televisyen.

Katanya nak tengok movie. Tapi akhirnya movie yang tengok diaorang. Haih.

Tapi sekarang, mana pula perginya? Penat dah Dhia mencari dalam satu rumah. Tak jumpa.

Baru saja kakiny hendak menapak ke lantai ruangan bawah. Tiba-tiba, telinga dia terdengar suara dari bilik di hujung yang berada di tingkat dua.

Lantas Dhia menapak naik semula dan berjalan menghampiri bilik tersebut. Itu adalah bilik bacaan atau bilik belajar. Boleh dikira sebagai library. Pintu bilik itu tidak ditutup rapat. Masih ada celah untuk mengintai.

Dhia menolak sedikit daun pintu supaya dapat melihat dengan lebih jelas. Membesar mata Dhia tatkala pandangannya disapa dengan suami dan anak-anaknya yang comot. Habis muka, baju dan badan mereka penuh dengan water color.

"Hoi! Buat apa ni?!" Jerit Dhia. Terkejut tiga manusia yang berada di dalam bilik itu.

Ketiga-tiganya menelan air liur apabila melihat wajah Dhia yang hampir hendak bertukar seperti singa betina.

Dhia bercekak pinggang di hadapan Dayyan, Darwish dan Damia. Mukanya dibuat garang.

"Apa. Yang. Hubby. Dan. Anak-anak. Buat?" Tanya Dhia dengan menekan sebiji-biji setiap perkataan.

"Emm.." Dayyan menolak bahu Darwish. Darwish mendongak memandang papa nya. Dia mengangkat kedua keningnya seakan bertanya kenapa.

"Awish cakap lah." Kata Dayyan perlahan. Menggeleng laju Darwish tidak mahu.

"Awish."

"Tak nak."

"Awish."

"Tak nak lah papa."

Dhia yang melihat perdebatan antara dua beranak itu terus mendekati keduanya dan menarik telinga Dayyan dan Darwish.

"Aww! Aww!" Serentak kedua-duanya menjerit kesakitan.

"Mama/Sayang!" Serentak juga mereka memanggil Dhia.

Damia yang sedang duduk di atas karpet sambil melihat papa dan abangnya dalam kesakitan begitu dia terus bersorak gembira sambil menepuk tangan.

"Yey.. yeyyy.. akit.. ayek agi ma.." (sakit.. tarik lagi mama.) Bertepuk tangan Damia dengan wajah gembiranya.

"Sayang.. sakit. Nak tercabut telinga hubby ni." Kata Dayyan sambil membuat muka meminta simpati.

"Apa? Kurang kuat tarik nya?" Dhia menarik sedikit lagi.

"Sayang.." Merengek manja Dayyan. Darwish tumpang sekaki. Bapak dan anak sama saja. Dua-dua buat muka kesian.

Tanpa kata apa, Dhia melepaskan telinga mereka berdua. Cepat-cepat Dayyan mendapatkan isterinya sambil memegang telinga dia yang sakit. Digosok perlahan.

"Kenapa buat sepah ni?" Soal Dhia.

"Hubby cuma ajak anak-anak main je. Diaorang bosan." Beritahu Dayyan dengan lembut bagai memujuk kekasih hati dia ini.

"Tapi perlu ke sampai bersepah satu ruangan ni? Pastu dengan hubby dan anak-anak comot macam ni apa cerita pula? Ha?" Bertubi-tubi soalan Dhia tuju pada Dayyan.

Baru saja Dayyan hendak menjawab. Darwish terlebih dahulu menyampuk.

"Mama jangan lah marah papa. Abang dengan adik yang sepahkan. Kami bosan." Kata Darwish seraya memegang tangan mama nya dan dikucup kekura tangan Dhia.

DAYYAN'S LOVER [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang