Dayyan's Lover : 29

9.3K 272 9
                                        

Menggeliat Dhia bangun dari tidurnya. Dicelikkan mata dan dikerdipkan mata beberapa kali.

Dhia liat dia sekarang berada di dalam bilik dan baring di atas katil. Dhia bangun duduk. Disandarkan badannya di kepala katil.

Dicari keberadaan suaminya. Dhia turun dari katil dan membuka pintu bilik air. Dayyan tiada. Dhia pergi ke closet. Tiada juga. Menggaru kepala Dhia.

"Dia ke yang angkat aku?" Monolog Dhia sendiri.

Setelah itu, Dhia mencapai tuala mandinya dan berlalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Lagipun, dah pukul 9 pagi.

Selesai sahaja dari acara mandiannya, Dhia keluar dari bilik air dan masuk ke dalam closet. Dhia mengambil dress sepaha berwarna pastel ungu lalu dipakai.

Dhia menyikat rambutnya dan dikemaskan sedikit. Setelah itu, Dhia melangkah keluar dari bilik dan berjalan turun ke bawah. Dipijak satu-persatu takah anak tangga dengan berhati-hati.

Dhia mendengar ada bunyi seperti orang memasak di dapur. Perlahan Dhia membuka langkah menuju ke arah dapur. Dilihat Dayyan sedang menggoreng sesuatu di dalam kuali.

Terbit senyuman manis di bibir Dhia. Dhia berjalan mendekati suaminya dan memeluk Dayyan dari belakang. Pipinya dilekapkan di belakang badan Dayyan.

Dayyan hanya memakai singlet warna hitam dan sweatpants. Terhenti tangan Dayyan. Terkejut dia tiba-tiba ada yang memeluknya.

"Baby dah bangun?" Tanya Dayyan. Dapat Dayyan rasa Dhia mengangguk.

"Hubby masak apa tu?" Tanya Dhia sambil menjengketkan kakinya mengintai apa yang dimasak Dayyan.

Dagunya direhatkan di atas bahu Dayyan. Dilihat dalam kuali Dayyan sedang memasak nasi goreng.

"Hubby buat nasi goreng je. Takpa kan?" Soal Dayyan sambil sekilas memandang Dhia.

"Boleh. Sorry tau hubby. Sepatutnya Dhia yang buat breakfast tapi ni hubby pula." Ucap Dhia ikhlas.

"Takpa. Hubby faham isteri hubby ni penat." Tersenyum manis Dhia mendengar ucapan Dayyan. Dicium sekejap pipi Dayyan.

"Thank you sebab jadi hubby yang baik untuk Dhia. Dhia sayang hubby." Ucap Dhia ikhlas.

"Sama-sama. Dah. Hubby dah siap masak." Kata Dayyan.

"Siap dah? Yeayyy." Bersorak Dhia gembira.

"Baby duduk sana. Nanti hubby datang." Arah Dayyan. Dhia langsung pergi ke meja makan dan duduk menunggu Dayyan.

Tak lama selepas itu, Dayyan datang bersama dengan satu bekas mangkuk sederhana besar dan diletakkan di hadapan Dhia.

Dhia mendekatkan wajahnya dengan mangkuk tersebut dan mencium bau aroma dari nasi goreng yang dimasak oleh Dayyan.

"Dari bau macam sedap." Kata Dhia.

"Haa nampak. Dari bau je dah tahu sedap. Belum makan lagi. Ini kalau dah makan memang lepas ni baby ketagih. Percaya cakap hubby." Tutur Dayyan dengan poyo.

"Okay..Dhia cuba dulu eh? Kita tengok ketagih ke tak." Dhia mengangkat kedua keningnya dua kali.

Dhia mengambil sudunya dan diambil sedikit nasi goreng yang berada di dalam mangkuk itu lalu disuap masuk ke dalam mulut. Dhia memejam mata untuk merasai satu sudu nasi goreng Dayyan.

"Sedap kan? Hubby dah tahu. Huhu!" Kata Dayyan dengan riang. Siap tepuk tangan lagi.

"Tawar sikit je. Tapi, lulus. Pandai hubby Dhia masak." Ucap Dhia ikhlas sambil tangannya mengusap lembut pipi Dayyan.

DAYYAN'S LOVER [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang