Riuh mulut Damia apabila melihat papa nya yang berjalan ke arahnya sambil membawa aiskrim.
Hari ini mereka sekeluarga keluar meluangkan waktu bersama sambil-sambil mencari barang raya dan perlengkapan raya. Tinggal lagi berapa hari sahaja akan menjelang hari raya.
Jadi, sekarang ada lah waktu untuk mereka mencari baju raya, kuih raya, handbag raya, kasut raya, langsir raya dan bermacam lagi yang berkenaan dengan "raya".
Bukan setakat diri ni saja yang nak beraya. Tapi rumah pun nak beraya. Sebab itu lah Dhia sudah membuat senarai yang ditulis di nota handphone nya. Senarai segala barang yang perlu dibeli.
Hari ini, Dhia mahu mengikis semua duit suaminya. Halah.. setakat beli barang raya saja. Tak luak pun duit laki dia itu. Berlambak lagi. Boleh mandi dalam duit. Berendam dengan duit.
Ceh.. berlagak.
"Nak.. nak aikyim." (Nak aiskrim) Bertepuk tangan Damia mahukan aiskrimnya. Bukan main seronok dia.
Kepalanya pun ikut tergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan. Dapat aiskrim baskin robbin kegemaran dia.
"Nah." Dayyan menghulurkan aiskrim yang dipegang kepada Damia. Laju Damia menyambut pemberian papa nya.
Menggeleng kepala Dhia melihat telatah anak daranya yang seorang ini. Pantang nampak aiskrim. Mesti nak. Suka sangat dengan aiskrim. Entah ikut perangai siapa pun tak tahu lah.
Tapi nasib baik lah Damia ni bila makan aiskrim tak comot. Sangat lah kemas dan hemat.
"Sayang nak pergi mana lagi? Ada banyak barang lagi barang nak kena beli?" Soal Dayyan seraya melabuhkan duduknya di sebelah Dhia.
Dilihat anak bujangnya yang sudah duduk sambil bersandar pada Dhia di tepi. Mereka lagi duduk di kerusi yang disediakan di mall besar tersebut. Letih. Dari tadi berjalan. Ini yang duduk.
"Emm.. sekejap. Dhia tengok senarai dulu." Jawab Dhia selari mengambil handphone di dalam handbag dan dibuka nota lalu dilihat senarai barang.
Berkerut dahi Dayyan. Sejak bila isteri dia ni buat senarai? Kenapa dia tak tahu?
"Bila sayang buat senarai ni?" Tanya Dayyan. Tahun sebelum-sebelum ni, Dhia tak pernah buat senarai. Tahun ni pula dia buat senarai.
"Tiga hari lepas, hubby. Dhia tak nak ada satu barang pun tercicir. Hubby ingat tak sebelum ni? Yang Dhia pernah lupa beli langsir lah, bekas kuih raya lah, sarung kusyen raya, tudung raya Dhia pun Dhia boleh lupa beli. Sebab itu Dhia buat senarai supaya takda yang terlupa lagi. Ada faham?" Omel Dhia panjang lebar seakan memberi penjelasan supaya suaminya faham.
Terangguk-angguk kepala Dayyan mendegar bicara isterinya. Patut lah isteri dia ni buat senarai. Hm..
Tapi yang teruk tu masa tudung raya Dhia lah. Kalut habis Dayyan. Pagi-pagi raya pergi cari kedai tudung yang mana buka untuk beli tudung buat isteri dia ni. Dhia sampai menangis sebab tudung dia takda.
"Tahun ni kita warna apa sayang? Kita tak plan lagi kan tahun ni pakai baju warna apa?" Soal Dayyan sambil membetulkan sedikit tudung Dhia.
"Navy blue." Tutur Darwish menyelit di perbualan kedua orang tuanya.
Menoleh kepala Dayyan dan Dhia memandang anak bujang mereka sebelum Dayyan dan Dhia memandang sesama sendiri.
"So this year we will wearing a navy blue color for first day raya. Okay?"
"Okay, sayang." Dayyan membuat jari thumb-up dan ditunjukkan di hadapan sang isteri.
Mereka berdua setuju dengan warna yang dipilih Darwish. Lagipun warna itu memang sangat menarik. Dan mereka sekeluarga belum pernah lagi memakai warna tersebut.
Lagi satu, sebab dikatakan warna navy blue adalah merupakan warna hot untuk raya tahun ini. So, why not..?
•••••
Puas berjalan satu hari di mall. Akhirnya mereka balik ke rumah juga. Penat Dayyan, Darwish dan Damia mengikut Dhia ke sana dan ke sini.
Letih.
Dari Damia celik mata sampai tidur dan celik mata lagi dan tidur lagi. Mereka tetap tidak selesai bershopping sehingga lah Damia menangis dan Darwish yang merengek dan mengadu kakinya sudah lenguh.
Mahu tak mahu, mereka harus balik. Dan jam pun sudah menunjukkan pukul 11 malam.
'Klik'
Berpaling kepala Dhia memandang ke arah pintu bilik apabila Dayyan baru saja melangkah masuk ke dalam selepas menidurkan Darwish. Damia pun sudah lena dibuai mimpi.
Terbongkang atas katil. Penat sangat gayanya tu. Haih. Semua mama kau punya pasal Damia.
"Mia tidur dah?" Tanya Dayyan selari berjalan mendekati isterinya yang sedang memakai losyen di tangan.
Dayyan berpaling melihat anak daranya. Tergeleng perlahan kepala Dayyan melihatkan gaya anaknya tidur. Lasak.
Dekat saja dengan si isteri, Dayyan langsung bercangkung di tepi Dhia sambil sebelah tangannya melingkari pinggang ramping Dhia dan sebelah lagi di atas paha Dhia. Dayyan merenung wajah isterinya dari tepi.
Tersungging senyuman di bibir Dayyan ketika melihat wajah anggun milik Dhia. Wajah ini yang dia lihat sepanjang hampir 8 tahun perkahwinan mereka. Dari bangun tidur sehingga lah sebelum tidur, wajah wanita ini yang selalu Dayyan tatap.
Tidak pernah sekali Dayyan merasa jemu. Kerana akan ada saja perangai Dhia yang selalu buat Dayyan rindu.
Dhia adalah seorang isteri yang sangat baik dan seorang ibu yang sangat penyayang terhadap anak-anak mereka. Sungguh tiada apa yang mampu dapat Dayyan balas segala pengorbanan Dhia untuk dirinya. Terlalu besar.
Menoleh kepala Dhia memandang suaminya yang masih setia merenungnya.
"Kenapa hubby ni? Pandang sayang macam tu. Seram lah." Tergelak kecil Dayyan mendengarkan kata-kata isterinya.
"Salah ke hubby nak pandang isteri hubby yang cantik ni?" Menggeleng Dhia.
"Dhia cantik eh?" Soal Dhia ingin tahu.
"Cantik. Isteri hubby sentiasa cantik. Sebab tu Mia pun cantik sebab mama dia cantik." Puji Dayyan sambil terus merenung wajah kekasih hati dia.
Dhia menatap wajah sang suami dan merenung ke dalam mata suaminya mencari keikhlasan di sebalik kata-kata pujian suaminya pada dirinya. Dan Dhia jumpa keikhlasan itu. Dayyan suka buat hati dia berbunga-bunga.
Kerana Dayyan bukan setakat memuji malah lelaki itu akan memandangnya dengan pandangan yang hangat. Cukup menenangkan diri Dhia.
Tersipu malu Dhia. Memerah pipinya ketika dipuji si suami dengan sebegitu.
"Sayang.." Meleret suara Dayyan memanggil sang isteri.
Dhia mengangkat kedua alisnya. Ini kalau dah suara macam ni, mesti ada nak sesuatu.
"Apa?" Ketus suara Dhia.
"Hubby rindu sayang lah." Ujar Dayyan selari jari telunjuk kanannya bermain di atas paha Dhia yang terdedah kerana Dhia memakai baju tidur yang berseluar pendek.
Dhia menepis tangan suaminya. Geli. Ini dah sampai sentuh-sentuh paha ni pahal? Mesti nak ehem. Hish. Tak bagi karang dosa. Bagi pula, Dhia juga yang penat.
"Dhia penat lah hubby." Dhia mencuba nasib.
Murung terus wajah Dayyan yang ceria tadi. Dia mengelipkan matanya beberapa kali di hadapan sang isteri agar Dhia jatuh dan cair.
Dhia yang melihat wajah sendu suaminya mula merasa bersalah. Kedua tangannya naik mengusap pipi Dayyan.
"Just 2 rounds. Is it enough for you?" Pantas Dayyan mengangguk. Tubuh si isteri diangkat gaya bridal style dan berjalan keluar menuju ke bilik tidur sebelah bilik tidur mereka.
Tak boleh dalam bilik tidur mereka berdua. Kerana ada Damia. Dhia pula jenis mulut bising. Tak boleh nak dikawal. Dayyan pun kalau boleh nak dengar suara manja isterinya bila 'dibelai' oleh dia.
Jadi.. selamat malam kawan-kawan.
BERSAMBUNG
ANDA SEDANG MEMBACA
DAYYAN'S LOVER [C]
RomansaDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...
![DAYYAN'S LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/333061970-64-k661872.jpg)