Dikuak sedikit pintu bilik kerja Dayyan dan Dhia mengintai suaminya di sebalik pintu. Selepas sahaja mereka pulang dari mall, Dayyan mendapat panggilan dari Faris tentang kerja.
Dhia melihat suaminya yang tekun merenung skrin laptop. Langsung tidak menyedari keberadaan dia di situ.
Perlahan Dhia melangkah masuk dan ditutup pintu bilik itu tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Dia melangkah mendekati Dayyan yang ralit dengan laptop.
'Serius betul muka. Tapi, hot.' Kata hati Dhia. Sempat juga dia puji Dayyan.
Dhia menarik kerusi dan melabuhkan punggung. Dayyan mengangkat kepala dan melihat isterinya yang sudah pun duduk.
"What?" Tanya Dayyan apabila Dhia hanya merenung dirinya.
"Hot." Sepatah balasan Dhia dan membuat dahi Dayyan berkerut tidak faham.
"Apa yang hot?" Tanya Dayyan ingin tahu.
"Hubby hot." Ucap Dhia dengan nada suara menggoda.
Dayyan terus menyandarkan badannya di kerusi sambil merenung wajah Dhia yang berseri. Malam-malam pun cantik.
"Kenapa pandang Dhia? Oh, Dhia tahu. Dhia cantik. Itu yang hubby pandang je." Dhia memuji diri sendiri dengan bangga.
Terbit senyuman nipis di bibir Dayyan. Dia akui. Memang isterinya cantik sangat.
Tak lama selepas itu, Dhia bangun dari duduknya dan menapak mendekati Dayyan. Dayyan melihat Dhia dari atas sampai bawah.
Dhia hanya memakai satin robe warna cream paras lutut dan menampakkan betis gebunya. Dhia tersenyum dengan menggoda. Sampai sahaja dekat dengan Dayyan, Dhia menarik kerusi Dayyan dan dipusingkan menghadap dirinya.
Setelah itu, Dhia duduk di atas paha Dayyan dan melilit tangannya di batang leher Dayyan. Apabila dekat begini, dapat Dayyan bau haruman mandian Dhia. Bau lavender. Wangi.
"Dhia rindu sentuhan hubby. Dhia rindu belaian hubby. Hubby tak rindu nak Dhia layan hubby?" Luah Dhia sekali bertanya.
Jari-jemarinya dimainkan di collarbone Dayyan. Dhia memandang rahang tajam Dayyan yang bergerak-gerak. Dhia tahu pasti suaminya menahan rasa.
"Baby nak apa ni?" Garau suara Dayyan. Dia melihat sahaja kelakuan isterinya.
"Nak.." Dhia menjeda seketika sebelum menyambung kembali ayatnya. Dia mendekatkan bibirnya di telinga Dayyan.
"Hubby." Dhia berbisik di telinga Dayyan seraya menggigit denagn sensual.
Dayyan menelan air liurnya yang terasa payah dan mengemam rapat bibirnya. Asal malam ni isteri dia menggoda sangat? Seksi pula tu. Ini yang buat tembok tahanan dia goyah.
"Hubby ada banyak kerja ni. Kalau, baby penat pergi masuk bilik tidur dulu." Dayyan menolak tubuh Dhia sambil mencipta ruang antara mereka.
"Are you sure, hubby? Offer ni datang sekali je tau." Dhia merenung dalam wajah Dayyan. Dia tahu. Tembok pertahanan Dayyan dah goyah.
"I have a lot of work to do. So, please my lady. You may go and back to our bedroom." Tutur Dayyan perlahan dengan mengarah Dhia.
Tapi, Dhia tidak tunduk dan ikut arahan Dayyan barusan. Dia bangun dari labuhannya di paha Dayyan dan menarik tali satin robe lalu ditanggalkan satin robe tersebut dari tubuhnya.
Tidak berkelip mata Dayyan melihat isterinya yang memakai lingerie warna merah. Sangat seksi. Lagi terasa kesat dan payau untuk dia menelan air liur.
"I know you want, hubby. Just come and get it because you won't be able to stand it." Kata Dhia sambil meletakkan kedua tangannya di kiri dan kanan Dayyan.
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomansaDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...