Selesai sahaja solat subuh berjemaah bersama, Dhia terus turun ke tingkat bawah untuk membuat sarapan.
Dhia berjalan menuju ke dapur dan dibuka peti ais untuk melihat apa yang ada. Kosong.
"Aku nak buat breakfast apa ni? Takde bahan." Gumam Dhia sendirian.
Dhia menutup semula pintu peti ais itu. Dicari-cari mungkin ada bahan yang boleh dia masak untuk breakfast.
Kosong!
"Haih. Kena ajak Dayyan pergi supermarket awal ni. Nanti tengah hari nak makan apa. Langsung takde apa ni dekat dapur. Peti ais pun kosong. Sedih gila."
Langsung Dhia naik memanjat tangga menuju ke arah bilik tidurnya. Dipijak satu-persatu takah anak tangga dengan berhati-hati.
Sampai sahaja di depan pintu bilik tidurnya, Dhia masuk ke dalam. Dapat Dhia lihat Dayyan sedang baring di atas katil sambil bermain dengan handphone nya.
Dhia naik ke atas katil dan baring menghempap Dayyan. Mengaduh sakit Dayyan bila secara tiba-tiba Dhia baring di atas badannya.
"Aduh. Ya Allah, baby. Sakit perut hubby." Kata Dayyan dengan muka berkerut kerana sakit.
Dhia yang mendengar Dayyan mengaduh sakit cepat-cepat dia bangun.
"Hubby, hubby. Dhia minta maaf sangat. Sakit sangat ke?" Tanya Dhia, risau.
"Sakit sangat, baby. Senak perut. Baby kenapa datang tiba-tiba ni?"
Tersengih Dhia sambil membuat jari peace. Selepas itu, digosok lembut perut Dayyan bagi mengurangkan rasa sakit.
"Dhia nak ajak hubby pergi supermarket. Barang dapur langsung takde. Kosong je. Dhia nak buat breakfast pun takde bahan. Telur sebiji pun takde." Beritahu Dhia.
"Tapi, boleh kan ajak elok-elok? Kenapa kena buat macam tadi?" Tegur Dayyan.
"Hubby marah Dhia?"
"Hubby tak marah. Hubby tegur je. Lepas ni jangan macam tu lagi." Dhia mengangguk.
Dayyan mengusap lembut rambut isterinya dan dikucup dahi Dhia.
"Tapi, awal lagi ni sayang."
"Kita keluar awal lah. Boleh breakfast dekat luar. Dhia rasa nak makan roti canai lah."
"Okay. Pergi siap." Arah Dayyan selepas mendengar Dhia mahu makan roti canai.
"Yes. Thank you!" Terjerit suka Dhia selepas Dayyan menyuruhnya untuk bersiap. Sempat dia mencium kedua belah pipi Dayyan sebelum berlari masuk ke dalam closet.
Menggeleng kepala Dayyan dengan tingkah isterinya itu.
Dayyan juga turut bangun untuk bersiap. Nanti kang dia kena bebel dengan Dhia macam semalam masa nak gerak balik ke rumah ni dari rumah mertuanya.
•••••
Dayyan melihat Dhia sedang sedap melantak roti canai yang baru sampai dihantar oleh orang mamak tadi di meja mereka.
Berkerut dahi Dayyan. Dhia ni kalau dah dapat makanan memang langsung tak pandang kiri kanan.
Tiba-tiba, mereka ditegur oleh dua orang. Lelaki dan perempuan. Berpaling kepala Dayyan dan Dhia melihat figura yang baru menegur mereka itu.
Ternyata Aakif dan Adra.
"Adra? Abang Kif?"
"Korang buat apa dekat sini?" Tanya Aakif.
"Picnic." Selamba Dhia membalas soalan Aakif.
Terkemam bibir Dayyan menahan dari ketawa. Dhia ni memang selamba betul.
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...