Dayyan's Lover : 48

5.8K 216 8
                                    

'Tok tok tok'

Pintu rumah Dhia diketuk dari luar. Dhia yang berada di dapur mengintai sedikit kepalanya melihat ruang tengah.

"Siapa pula yang datang ni?" Monolog Dhia sendiri.

Dhia meletakkan cawan yang berisi air susu pisang yang dibuatkan Dayyan untuknya sebelum Dayyan berangkat ke office pagi tadi.

Dhia berjalan mendekati pintu utama dengan pantas apabila orang tersebut terus mengetuk dengan kuat macam nak roboh pintu itu dibuatnya.

"Ya, ya. Sabar. Kejap." Jerit Dhia meminta orang itu sabar.

Buka sahaja pintu, Dhia sedikit terkejut dengan kedatangan Fariha yang berdiri di hadapannya kini. Meliar mata Dhia melihat sekeliling. Tok nek takda ke? Biasanya dua orang ni macam belangkas.

"Kau cari siapa? Tok nek? Orang tua takda. Buat semak je nak ikut." Kata Fariha kasar.

"Kau memang tak nak bagi aku masuk eh?"

"Oh. Masuk.." Belum sempat Dhia menghabiskan ayatnya. Fariha sudah masuk terlebih dahulu.

"Cantik juga rumah ni. Asal lah abang Am tu tak pernah bagitahu ya yang dia ada rumah sebesar dan secantik ni? Senang hidup kau kan? Dah lah menumpang. Kesian abang Am dapat isteri macam kau ni." Kata Fariha selamba.

Dia langsung melabuhkan punggung di atas sofa sambil kakinya dinaikkan ke atas dan diletakkan di atas meja. Dhia hanya melihat kelakuan Fariha.

Malas nak melayan. Dhia menutup pintu dan terus berjalan masuk ke dapur. Dia keluar kembali ke ruang tamu dengan membawa cawan yang berisi susu pisang tadi.

Fariha merenung Dhia dengan rasa tidak puas hati. Dia mendengus kuat.

"Kau ni memang tak tahu nak jamu tetamu ke? Buat lah air untuk aku! Itu pun nak kena ajar ke?!" Jerkah Fariha.

"Buat apa aku nak jamu tetamu yang aku tak undang? Kalau kau nak air, tu dapur. Pergi ambil sendiri." Bidas Dhia dengan berani.

"Kurang ajar kau kan. Ini kalau abang Am tahu perangai bini dia macam ni. Silap-silap kau kena cerai. Tapi bagus juga kena cerai. Boleh aku jadi mem besar dalam rumah ni." Berangan Fariha.

Terjungkit senget bibir Dhia mendengar angan-angan besar Fariha yang takkan kesampaian sampai bila-bila.

"Apa-apa je lah, Fari." Acuh tak acuh Dhia menjawab.

Malas betul nak melayan. Baru hari ini dia ingat nak tengok horror movie. Tapi lepas datangnya Fariha. Terus tak jadi. Sebab Fariha sendiri pun dah macam hantu.

•••••

Loyalty Airlines

"Hai, Daria." Tegur Aakif ceria.

"Eh. Encik Aakif. Lama tak nampak? Mana hilang?" Tanya Daria bersahaja.

"Kenapa? Rindu saya ke? Awak jangan nak rindu-rindu saya. Nanti awek saya marah. Habis kepala saya hilang." Seloroh Aakif. Saja bergurau sebab dah lama tidak bergurau dengan Daria.

"Takda maknanya lah saya nak rindu. Cumanya encik Aakif dah lama tak datang sini kacau bos. Itu yang saya agak pelik sedikit." Ujar Daria tanpa memandang wajah Aakif.

"Bos awak tu kan busy. Lagi-lagi dah kahwin. Bertambah lah busy dia. Lagi satu awak nak tahu tak Daria?" Daria angguk.

"Sejak bos awak ni dah orang rumah. Dia lupa kawan-kawan dia. Sedih saya. Kadang-kadang tu saya merasa sendirian tiada teman. Saya takda tempat untuk meluah perasaan. Saya menangis sendiri pun takda siapa yang tahu." Luah Aakif dengan menyeka air mata palsunya.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now