Dayyan's Lover : 18

8.5K 261 11
                                    

Tersedar Dhia dari lenanya yang nyenyak malam tadi. Rasa seronok sangat tidur.

Dhia membuka matanya dan dapat Dhia lihat wajah Dayyan yang tenang. Dhia mengelus lembut wajah suaminya itu.

Ditenung dengan penuh hangat. Dilihat wajah Dayyan yang bersih dari sebarang jerawat atau kecacatan.

Ditilik wajah suaminya dari kening yang tebal, bulu mata yang panjang, hidung yang mancung, rahang yang tajam dan bibir yang aumm sangat.

Dhia membelai lembut bibir Dayyan. Warna pink dan nampak moist sangat.

Dayyan merasa tidurnya seperti diganggu sesuatu. Dhia yang nampak Dayyan yang mula bergerak ingin membuka matanya itu. Cepat-cepat dia menutup kembali matanya dan berpura-pura tidur.

Berpusing kepala Dayyan memandang Dhia yang masih tidur. Dikucup dahi Dhia dengan penuh sayang.

"Aku tahu kau dah bangun, baby." Kata Dayyan dengan suara khas bangun tidurnya.

Makin merapat mata Dhia. Malu sebab kantoi. Aduh.

"Hmm..if you still sleep then I might kiss you lah." Berura-ura Dayyan mahu mencium bibir Dhia.

Dhia yang mendengar hal itu langsung membuka matanya dan bingkas bangun untuk duduk.

Terletus tawa Dayyan melihat wajah cemberut Dhia dengan bibirnya yang muncung.

"Marah? Siapa yang pura-pura tidur? Kau ingat aku tak nampak mata kau yang bergerak-gerak tu? Nak tipu tapi tak pandai." Menggeleng kepala Dayyan. Bukannya dia tak perasan.

"Ke seronok sangat tidur sambil aku peluk?" Tanya Dayyan dengan menjungkitkan kedua kening ke atas beberapa kali.

"Perasan. Tak seronok langsung." Ketus Dhia tidak suka.

"Ya ke? Aku dengar kau tidur sampai berdengkur kot. Pinggang aku ni siap kau peluk ketat-ketat lagi. Macam tak nak bagi aku lari je. Dahtu baring atas badan aku lagi. Sakit badan aku." Ujar Dayyan panjang lebar dengan senyuman nakal.

"Mana ada. Perasan lah awak ni. Lagi satu saya tak tidur berdengkur."

"Are you sure? Tapi, kejap. Asal kau tidur bawah? Bukan kau tidur atas ke?" Soal Dayyan sambil matanya merenung dalam wajah gelabah Dhia.

'Mati aku. Apa aku nak jawab ni?' Getus hati Dhia.

"Sa-saya jatuh." Jawab Dhia.

"Jatuh? Macam mana boleh jatuh?"

"Ma-mana lah sa-saya tahu." Tipu Dhia dengan tergagapnya.

"Ke kau yang saja jatuhkan diri kau?" Dayyan menahan bibirnya dari terbentuk senyuman.

"Eee. Dah lah. Malas saya nak cakap dengan awak." Baru sahaja Dhia mahu berdiri. Tangannya ditarik sehingga Dhia terduduk kembali. Tapi, di atas paha Dayyan.

"Terima kasih. Sebab kau..tidur aku lena malam tadi. Thank you, baby." Ucap Dayyan sambil mengelus lembut pipi Dhia.

Selepas itu, diberi kucupan pada kedua belah pipi Dhia. Merona merah pipi Dhia tika itu.

"Sa-sama-sama. Saya nak mandi. Lepas."

"Kita mandi sama lah. Baru best. Boleh kita.." Meleret Dayyan sambil matanya merenung Dhia atas bawah.

Mendengar nada suara Dayyan yang berubah nakal itu langsung Dhia bangun dan berlari masuk ke dalam bilik air meninggalkan Dayyan yang sudah gelak besar.

Seram Dhia dengan Dayyan sekarang ni. Asal gatal sangat Dayyan sekarang ni? Sebelum ni takde pula macam ni.

Dhia rasa macam nak hempuk je Dayyan tadi. Nasib lah Dhia fikir yang Dayyan tu suami. Kalau tak, memang dah dapat dosa tadi Dhia.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now