2 tahun selepas
Terkenyit-kenyit mata Dhia saat mendengar bunyi alarm yang berbunyi. Dibuka matanya dan diambil handphone yang terletak di meja kecil sebelah katil.
Selepas itu, ditutup bunyi alarm tersebut. Dilihat waktu. Sudah pukul 4 pagi. Dia harus segera bangun untuk menyiapkan makanan untuk sahur.
Baru saja Dhia hendak membuka selimut yang diguna. Perlakuannya terhenti tatkala badannya ditarik Dayyan dan dipeluk dengan erat. Dhia melepaskan keluhan berat.
"Dah pukul 4, hubby. Bangun lah. Dhia kena masak untuk sahur ni. Nanti takda nak makan apa." Kata Dhia seraya berpusing menghadap suaminya.
Diusap pipi Dayyan dengan lembut. Selepas itu, dikucup sekejap hidung mancung suaminya. Hensem lah suami Dhia ni. Geram.
"Kejap lah sayang. Hubby penat lah. Bagi hubby peluk sayang sekejappp je." Pinta Dayyan dengan masih memejamkan matanya.
"Okay. 5 minutes only." Akur Dhia. Kesian dia tengok suaminya. Dah lah semalam balik lewat. Banyak sangat kerja sampai mereka semalam terpaksa tak boleh nak berbuka sama.
Dhia baring menghadap suaminya. Tangan kanan dia naik membelai rambut Dayyan yang menutup wajah tampan sang suami. Disebak ke belakang.
Muka suami kita hensem, kenapa kena tutup? Ish rambut ni. Gunting karang.
"Time's up. Let me go." Kata Dhia seraya melepaskan pelukan Dayyan di pinggangnya.
Mencebik bibir Dayyan. Matanya dibuka sedikit untuk melihat wajah cantik sang isteri. Dhia yang melihat riak sebik suaminya hanya tersenyum lucu. Comel betul suami dia ni.
Sejak-sejak dah jadi bapak anak dua orang ni. Perangai Dayyan semakin manja. Nak saja Dhia campak. Tapi tak boleh. Kesayangan Dhia ni. Kalau dia campak, nanti siapa nak peluk dia selalu kalau bukan Dayyan? Lepastu, siapa nak manja dengan dia selalu kalau bukan Dayyan juga?
Haa.. jawab lah siapa kalau bukan Dayyan? Sudah tentu lah takda jawapan. Sebab jawapannya hanya satu. Iaitu Dayyan. Semua Dayyan.
"Tak payah nak buat muka macam tu, hubby. Cepat bangun. Dhia nak turun, nak masak makanan sahur untuk kita. Hubby nanti tolong kejutkan anak-anak. I love you. Muah." Arah Dhia selari memberi flying kiss kepada suami kacaknya ini.
Dayyan semakin berumur, semakin bertambah 'kegantengannya'. Haha.
Tergugat Dhia dibuatnya. Kadang-kadang Dhia ada juga overthinking. Mana tahu suami dia ni ramai perempuan nak goda. Yalah, Dayyan ni hensem. Walaupun umur sudah 36 tahun. Tetap saja kacak. Tak luntur kekacakan seorang Dayyan Amsyar.
Dayyan yang mendapat flying kiss dari si isteri terus dibuat gaya tangkap dan dibawa ke hatinya. Konon-konon kiss tadi bertebangan di udara.
Tergelak perlahan Dhia dengan sikap Dayyan. Sekilas dia menggelengkan kepalanya. Ada-ada saja perangai suaminya ini.
•••••
Dhia membawa telur yang sudah siap digoreng ke dalam pinggan. Baru saja dia hendak memusingkan badannya. Tiba-tiba, Dhia dipeluk dari arah belakang.
Tak usah Dhia hendak gelabah beruk. Sebab dari bau wangian ini pun Dhia sudah tahu siapa gerangan yang memeluknya ini.
"I love you." Ucap Dayyan selari mencium pipi Dhia. Gemas dia tengok isterinya ini.
"I love you too." Balas Dhia sambil menyandarkan kepalanya di bahu Dayyan.
Tersenyum Dayyan melihat tingkah isterinya ini. Cantiknya. Patut lah hari-hari jatuh cinta. Dhia ni walaupun anak dah dua orang. Tetap saja seksi. Tergoda Dayyan. Takut Dayyan nak puasa. Sebab isterinya terlalu menggodahhh..
ANDA SEDANG MEMBACA
DAYYAN'S LOVER [C]
Storie d'amoreDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...
![DAYYAN'S LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/333061970-64-k661872.jpg)