Perkahwinan yang dibina atas aturan keluarga dan tanpa ada sekelumit perasaan pada diri masing-masing telah menimbulkan satu perkahwinan yang cukup derita buat wanita bergelar Tengku Izara Aurora. Sepanjang dua tahun bergelar isteri kepada Raja Ammar Ghibran tak pernah sekali dia merasa bahagia. Apa yang dia rasa hanya lah cacian, makian, hinaan dan pukulan yang tidak henti.
Bagi Raja Ghibran pula. Perkahwinan ini tidak sepatutnya terjadi. Perkahwinan ini adalah satu kesalahan. Apa lagi dikahwinkan dengan wanita bernama Tengku Izara Aurora. Perempuan yang tidak pernah dia bayangkan. Bukan tidak cantik. Dia akui, Tengku Izara sangat cantik. Bahkan lagi cantik dari perempuan-perempuan yang dia jumpa dekat luar sana. Tapi, dia sendiri tak tahu kenapa dia tak boleh menerima Tengku Izara sebagai isterinya.
Runtun hati Tengku Izara apabila melihat sendiri suaminya membawa pulang perempuan ke rumah mereka dan membuat hubungan terlarang tersebut. Bila ditegah, badan Tengku Izara akan menjadi sasaran. Habis lebam satu badan.
Sehingga lah terjadi satu kejadian di mana Tengku Izara membuat keputusan untuk pergi dan bawa diri jauh dari Raja Ghibran.
Akankah hubungan rumah tangga Raja Ghibran dan Tengku Izara dapat diselamatkan? Akankah Raja Ghibran berubah selepas pemergian isterinya itu?
Kalau korang rajin, pergi lah baca😜👍🏻
Jangan lupa juga vote and comment🤪
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...