Dayyan's Lover : 66

5.4K 186 5
                                    

Terhendap-hendap mereka berempat di tengah hutan dan di hadapan mereka ada sebuah rumah kosong yang boleh dikatakan agak uzur.

"Kau biar betul Mika ni tempatnya." Kata Aakif berbisik. Hanya mereka sahaja yang dapat dengar.

"Betul lah ni. Ini lah location yang Jack bagi dekat aku." Balas Mikail sama berbisik.

"Kalau dia tipu kau macam mana?" Duga Aakif.

"Aku sembelih si budak Jack tu."

Tak lama selepas itu, mereka mendengar suara Dhia dan Hanif seakan bertekak di dalam rumah tersebut sebelum suara tadi hilang dan senyap.

Mereka berempat memandang antara satu sama lain. Laju jantung Dayyan kerana risau akan keadaan isterinya.

Tanpa bicara lebih banyak lagi. Terus Dayyan meluru masuk ke dalam rumah itu. Tidak sempat Muiz, Mikail dan Aakif ingin menahan. Mereka mengekori sahaja lah langkah Dayyan yang sudah jauh ke depan.

Masuk sahaja ke dalam rumah kosong itu, mata Dayyan terus menangkap susuk tubuh Hanif yang sedang duduk. Hanif juga terkejut dengan kedatangan Dayyan dan yang lain.

"Mana isteri aku?" Tanya Dayyan dengan nada suara yang tertahan.

Hanif bangun dari duduknya dan tersenyum sinis pada Dayyan serta Mikail, Muiz dan Aakif.

"Isteri kau? Mana lah aku tahu." Hanif sengaja mahu bermain tarik tali dengan Dayyan.

"Ohhhh hai Mika. Macam mana 2 minggu aku hilang? Budak-budak kau dapat tak cari aku? Tak dapat? Kesiannnn. Mesti kau gelabah kan masa aku hilang? Tak sangka aku boleh hilang sekelip mata je dari budak-budak kau?" Sapa Hanif dengan menyinis pada Mikail.

Mikail mengepal kedua tangannya untuk menahan rasa amarah. Budak si Hanif ni memang cabar dia agaknya.

"Kau cari isteri kau? Satu malam isteri kau dengan aku..perghhh sedap. Nikmat sangat bini kau tu. Pandai dia layan aku." Provok Hanif dan ketawa melihat wajah bengang Dayyan.

Dayyan terus meluru mendapatkan Hanif. Dekat sahaja, terus dicekak kolar baju Hanif lalu Dayyan menumbuk wajah Hanif bertubi-tubi sampai dia rasa puas.

Pecah bibir Hanif dan pipi nya lebam berwarna keunguan. Muiz, Mikail dan Aakif hanya melihat sahaja perlakuan Dayyan tanpa ada niat untuk menghentikan.

"Kau memang sial. Sekali lagi aku tanya. MANA. ISTERI. AKU?!" Dayyan menekan setiap perkataannya.

Hanif gelak sinis sebelum matanya mencari mata Dayyan yang mencerlung tajam merenung Hanif.

"Bini kau dah pengsan dekat dalam." Kata Hanif perlahan dan tergelak sinis.

Dayyan yang mendengar isterinya pengsan. Wajah Hanif sekali lagi menjadi sasaran. Ditumbuknya. Perut Hanif pula disepak sehingga mengerekot Hanif di lantai.

"KAU BUAT APA SIAL DENGAN BINI AKU?!" Jerkah Dayyan dengan masih menumbuk dan menyepak Hanif.

Mikail yang melihat ada satu pintu kayu. Terus dia berjalan merapati pintu tersebut. Buka sahaja, dapat Mikail tengok yang adiknya sudah pun terbaring dengan kepala berdarah dan wajah adiknya penuh dengan lebam.

"Yan! Dhia!" Jerit Mikail memanggil Dayyan dan menyebut nama Dhia.

Muiz terus meluru mendekati Mikail. Terkejut dia melihat keadaan adik bongsunya.

Apabila mendengar namanya dipanggil Mikail dan mendengar nama isterinya. Dayyan terus berhenti dari menumbuk dan menyepak Hanif. Dia laju melangkah mendapatkan Dhia.

Aakif yang melihat Muiz, Mikail dan Dayyan yang sudah masuk di dalam bilik tersebut. Dia laju melangkah mendekati Hanif. Dipegang Hanif dan ditarik Hanif untuk berdiri. Tidak mahu Hanif melarikan diri.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now