Dhia melihat segala gerak-geri Dayyan. Tidak luput dari pandangannya. Dayyan ke kanan, mata Dhia turut ke kanan. Dayyan ke kiri, mata Dhia turut ke kiri.
Dayyan yang terasa seperti dirinya dipandang seseorang. Segera berpaling melihat ke arah Dhia.
"Sayang kenapa tengok hubby macam tu?" Tanya Dayyan penasaran.
"Takda apa. Cuma..hubby nampak hensem." Puji Dhia dengan menghadiahkan senyuman manis nya kepada Dayyan.
Memincing mata Dayyan merenung Dhia yang masih tersenyum itu. Dia menapak mendekati Dhia yang duduk di birai katil hospital.
Hari ini, Dhia dibenarkan untuk keluar. Disebabkan itu, Dayyan lagi mengemas barang-barang Dhia.
Dekat sahaja dengan Dhia. Terus Dayyan berdiri di hadapan Dhia dan tangannya naik mengusap wajah Dhia dengan lembut. Ditatap seluruh wajah Dhia dengan pandangan redup.
"Mesti Dhia tak cantik kan?" Terangkat kedua alis Dayyan. Tidak faham.
"Sebab lebam-lebam ni. Mesti lah Dhia dah tak cantik. Betul tak?" Duga Dhia sendiri.
"No. Isteri hubby tetap cantik. Lebam ni nanti boleh hilang. Jangan lah sayang risau." Kata Dayyan lembut untuk menenangkan hati Dhia.
"Dhia tak dapat bayangkan kalau Dhia dah tak dapat nak pegang hubby macam ni, nak peluk hubby erat-erat, nak cium hubby dekat pipi dan macam-macam lagi. Dhia takut, hubby. Takut sangat." Luah Dhia pada Dayyan. Mukanya berubah sedih. Tangan Dhia memegang tangan Dayyan dan dibawa ke bibir untuk dicium penuh kasih.
"Dhia nak..tangan ni sentiasa genggam tangan Dhia sampai syurga. I love you, hubby." Ucap Dhia selepas melepaskan ciuman di tangan Dayyan.
Terbit senyuman manis dan lebar Dayyan di kedua ulas bibirnya. Kepalanya ditundukkan sedikit untuk mencium ubun-ubun Dhia.
"Mesti, sayang. Tangan ni juga yang hubby nak genggam sampai syurga." Balas Dayyan dan mengucup dahi Dhia. Lama.
Tenang.
Dhia merasa tenang apabila dekat dengan Dayyan. Bukan hanya tenang bahkan merasa selamat setiap kali berdekatan dengan suaminya.
Ini lah pelindung dia. Ini lah pembimbing dia. Ini lah lelaki dia. Ini lah syurga dia. Ini lah suami dia.
Ya. Suami. Lelaki yang bernama Dayyan Amsyar ini adalah suami dia. Suami yang sah.
•••••
KLIA 2
Akhirnya sampai jua Dhia dan Dayyan di Kuala Lumpur. Dayyan menolak kerusi roda Dhia keluar dari bangunan besar KLIA ini.
Banyak mata-mata yang memandang ke arah mereka atau lebih tepat lagi ke arah Dayyan. Mana tidaknya. Yang memandang tu semua staff Dayyan.
Mereka semua tahu bos mereka ini sudah berkahwin. Tapi, tidak pernah pula mereka nampak isteri bos mereka. Baru kali ini, mereka nampak. Paling kalau mereka nampak pun hanya di internet. Bukan secara berhadapan begini.
Semua kagum dengan kecantikan Dhia walaupun wajah Dhia sudah ada lebam-lebam tapi tidak dapat dinafikan dan menutup kecantikan Dhia.
Keluar sahaja dari dalam, Dayyan berhenti dari menolak kerusi roda Dhia. Menunggu Daniel.
"Hubby." Panggil Dhia perlahan.
"Ya." Sahut Dayyan.
"Kenapa semua pandang Dhia dari tadi?" Terukir senyuman kecil Dayyan dan dia berjalan ke hadapan lalu duduk mencangkung. Tangannya diletakkan di atas paha Dhia.
![](https://img.wattpad.com/cover/333061970-288-k661872.jpg)
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomansaDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...