Malamnya mereka sekeluarga tengah menonton drama di ruang tamu yang ditayangkan di televisyen.
Tiba-tiba, suara Encik Mokhtar bertanya memecahkan kesunyian di antara mereka.
"Adik nak kerja mana lepas ni? Dah ada plan?"
"Dah abah. Adik ingat nak buka kafe sendiri dengan Adra. Adra kan pandai buat bunga. Jadi, kitaorang nak gabungkan sekali. Kenapa abah?" Soal Dhia semula.
"Oh..mana lah tahu adik nak kerja dekat syarikat family." Kata Encik Mokhtar.
"Tak nak lah satu tempat kerja dengan angah. Nanti angah asyik kacau adik je. Malas. Paling teruk dia buli adik nanti." Dhia menjeling Mikail.
"Eh eh kau. Aku pula kena. Kau dari tadi kan dik cari pasal. Nak gaduh ke?" Mikail sudah mula buka kuda-kuda. Gaya macam nak bersilat.
"Weh Kail. Kau duduk. Nama dah macam mata kail." Kutuk Muiz depan-depan.
"Eee..hari ni semua anti dengan angah. Malas lah. Masuk bilik dulu. Assalamualaikum." Merajuk Mikail. Dia terus memanjat tangga untuk naik menuju ke bilik tidurnya.
Yang lain hanya memerhati sahaja. Dhia sudah tergelak kecil melihat perangai budak-budak Mikail.
"Ada konsep ke untuk kafe adik dengan Adra?" Soal Puan Juliana.
"Ada. Kitaorang ingat nak buat kafe ala-ala aesthetic." Beritahu Dhia dengan teruja.
"Esok adik nak keluar dengan Adra kejap. Kitaorang nak discuss pasal ni." Sambung Dhia lagi.
"Baru balik dari Perth. Esok terus nak bincang?" Tutur Muiz.
Dhia mengangguk.
"Laju korang dua kan?"
"Harus."
"Hati-hati esok keluar dengan Adra. Masa adik takde dekat sini. Umi ajak dia lah selalu teman umi pergi ke sana ke sini." Kata Puan Juliana.
"Iya? Adra tak cakap apa pun dengan adik." Terkejut Dhia mendengar tentang perkara ini.
"Dia lupa lah tu."
Terangguk-angguk kepala Dhia tanda memahami. Tak lama itu, Dhia bangun dari labuhannya.
"Umi, abah, along. Adik masuk bilik dulu. Ngantuk lah." Dhia menyalam tangan kedua orang tuanya dan abang sulungnya itu.
Selepas itu, Dhia terus menapak mendaki satu-persatu takah tangga dengan berhati-hati untuk menuju ke bilik tidurnya.
•••••
Di dalam bilik tidur, Dhia lagi duduk-duduk santai di atas katilnya. Sedang dia mengscroll instagram.
Tiba-tiba, keluar gambar Dayyan di time line explore dia. Dhia menekan nama profile instagram Dayyan. Dhia mengusyar instagram Dayyan.
"Makin hensem. Muka nampak makin matang. Tapi..asal takde satu pun gambar dia dengan mana-mana perempuan eh? Single lagi ke? Ke..private relay? Atau ldr? Mana satu? Entah lah." Menduga Dhia.
Membebel Dhia seorang sendiri. Dia hanya tengok sahaja. Like atau comment itu tidak.
Kalau dia buat, memang habis lah dia. Tamat riwayat hidup dia. Punya lah susah dia larikan diri selama 4 tahun. Tiba-tiba boleh jadi kacau bilau gara-gara instagram.
Selepas puas usyar, Dhia menutup instagram dan mengscroll twitter pula.
Bila dirasakan tiada yang seronok. Dhia mematikan telefon bimbitnya dan diletak ke tepi.
"Huh. Bosannya. Takde apa yang seronok. Nak tidur tapi jet lag. Ish!"
Dhia melepaskan keluhan kasar. Dia tetap berbaring di atas katil sambil memandang siling.
ANDA SEDANG MEMBACA
DAYYAN'S LOVER [C]
RomansaDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...
![DAYYAN'S LOVER [C]](https://img.wattpad.com/cover/333061970-64-k661872.jpg)