Diperhati sahaja isterinya yang berdiri berjauhan dengan dia. Berkerut dahi Dayyan. Kenapa pula dengan isteri aku ni? Tadi dah lah macam takut-takut nak masuk.
Lagipun, sekarang ini hanya tinggal mereka berdua sahaja dalam bilik ini. Tan Sri Iskandar, Puan Sri Aisyah, Daniel dan Dara sudah pulang.
"Kenapa berdiri jauh sangat dari hubby ni?" Tanya Dayyan dengan nada suara lembut.
"H-hah?" Blur Dhia.
Tersungging senyuman kecil di bibir Dayyan. Comel pula dia tengok isterinya ini.
"Kenapa jauh sangat? Meh lah sini. Hubby nak peluk. Hubby rindu lah." Kata Dayyan sambil tangannya memanggil supaya Dhia datang mendekat.
Tercebik bibir Dhia bila mendengar yang Dayyan rindu akan dirinya. Dia pun rindu kan suaminya ini.
Tapi, kaki dia masih statik di tempat yang sama. Langsung tidak bergerak. Bukan dia tak nak dekat. Tapi, takut kalau Dayyan nampak kesan merah dari bekas tamparan tok nek tadi.
Terlepas keluhan berat dari celah bibir Dayyan.
"Tak sayang hubby lah tu. Takpa lah. Dari baby berdiri situ baik baby balik je." Kata Dayyan dengan memeluk tubuh dan sudah membuang pandangan ke arah tingkap melihat keadaan luar.
Dhia yang mendengarkan suaminya berkata begitu sudah merasa bersalah. Apa lagi tengok wajah Dayyan berubah sedih.
Perlahan Dhia berjalan mendekati suaminya. Pandai-pandai lah nanti dia jawab pasal pipi dia ni.
"Hub-hubby. Hubby ma-marah Dhia ke?" Tanya Dhia perlahan.
"Kenapa dekat? Pergi lah jauh lagi. Tadi hubby panggil bukan nak datang pun. Lepastu sampai hati baby kan? Hubby ingat celik je mata dapat tengok muka baby. Tapi, tak. Muka si gedik tu yang hubby tengok." Ujar Dayyan dengan suara agak dingin.
Tangan Dhia naik menggapai tangan kanan Dayyan dan dikucup kekura tangan Dayyan.
"Dhia minta maaf. Dhia minta ampun. Sebab Dhia, hubby ada dekat sini. Sepatutnya Dhia tahu yang hubby ada alergik dengan kacang dan udang. Tapi, Dhia langsung tak tahu. Dhia isteri tak berguna kan? Mesti hubby kecewa dengan Dhia." Lirih suara Dhia berkata.
Matanya juga sudah bergenang dengan air mata. Bila-bila masa je boleh tumpah ni. Kepalanya ditundukkan mengelak dari membuat eye contact dan supaya Dayyan tidak perasan akan pipinya.
Dayyan yang mendengarkan itu sudah berpaling menghadap isterinya. Ditarik Dhia untuk duduk di atas katil bersama dengannya.
"Hey, hey. Kenapa cakap macam ni? Baby isteri yang baik untuk hubby. Hubby ada dekat sini bukan salah baby. Hubby yang tak bagitahu tentang alergik hubby dekat baby. Hubby tak kecewa pun. Dhia Marwa adalah seorang isteri yang sentiasa mengutamakan suaminya. Ingat tu." Tutur Dayyan lembut bagai memujuk.
Dikepit dagu Dhia dengan ibu jari dan jari telunjuknya lali diangkat wajah Dhia untuk memandangnya.
Apabila mata mereka bersabung. Bibir Dhia langsung tersebik dan air matanya mulai tumpah mengalir di pipi.
Makin gamat risau Dayyan melihatkan isterinya sudah menangis. Ditarik tubuh Dhia masuk ke dalam pelukan hangatnya.
"Shh, shh." Digosok perlahan belakang badan Dhia dengan lembut apabila mendengar esakan tangisan Dhia.
Dikucup juga tepi kepala Dhia dengan penuh sayang, kasih dan cinta.
Bila dirasakan Dhia sudah semakin reda dengan tangisannya. Dayyan merenggangkan pelukan mereka. Dayyan merenung wajah Dhia dengan pandangan hangat.
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
Roman d'amourDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...