Dayyan's Lover : 34

6.1K 180 5
                                    

Dilihat Dhia yang sedang mengemas pakaian Dayyan untuk masuk ke dalam luggage. Melepas keluhan Dayyan.

Dayyan bangun dari baringannya di atas katil dan berjalan merapat dengan Dhia.

Sampai sahaja dekat, terus Dayyan duduk di sebelah Dhia dan memeluk pinggang Dhia.

"Sayang betul ke tak nak ikut hubby?" Tanya Dayyan lagi.

Dari semalam Dayyan tak habis-habis memujuk Dhia untuk mengikutnya ke Singapore. Tapi, Dhia tetap dengan keputusannya.

"Betul, tak nak. Hubby pergi empat hari je kan lepastu nanti hubby balik juga." Jawab Dhia dengan tangannya masih ligat melipat baju-baju Dayyan.

"Baby..ikut hubby lah please?" Disengetkan sedikit kepalanya bagi memandang wajah Dhia.

"No, hubby."

"Okay. Tapi, baby kena janji dengan hubby, jaga diri baby, jaga kesihatan, jaga makan, selalu call hubby, selalu.." Belum sempat Dayyan menghabiskan kata-katanya, Dhia memintas dengan laju.

"Dhia tahu. Dah banyak kali hubby pesan. Dhia akan buat semua yang hubby pesan tu. Lagipun, Dhia kan akan stay dekat rumah umi dan abah selama hubby takde. Jadi jangan risau sangat, okay?"

"Macam mana hubby tak risau? Hubby tak pernah jauh dari baby tau. Ini baru kali pertama hubby nak jauh dari baby." Kata Dayyan.

"Ya, Dhia tahu. Tapi, jangan lah risau sangat. Dhia akan jaga diri Dhia untuk hubby. Ingat apa yang dia cakap?" Dayyan mengangguk lemah.

"Apa dia?"

"You always love me."

"So?"

"I love you." Kata mereka serentak dan tersenyum manis.

Dayyan mendekatkan wajah mereka berdua dan digeselkan hidung mereka bersama. Tersengih Dhia dengan tingkah manja Dayyan.

"Empat hari ni Dhia akan rindu hubby sentiasa. I'm gonna miss you." Ucap Dhia, lembut.

"Me too." Setelah itu, Dayyan melabuhkan bibirnya di bibir Dhia.

•••••

KLIA 2

"Hubby, hati-hati tau. Dah sampai sana nanti bagitahu Dhia. Jangan lupa." Pesan Dhia.

"Ya, baby. Hubby tak lupa. Mana boleh hubby lupa baby." Kata Dayyan sambil mengusap lembut pipi Dhia.

"Hubby makan tu tau. Penat Dhia masak untuk hubby pagi-pagi. Dhia buat special untuk hubby. Khas untuk hubby Dhia seorang ni je." Ujar Dhia, lembut.

"Thank you, baby. You always know how to make me smile without you trying so hard. I love you." Ucap Dayyan dengan senyuman manis.

"I love you too." Balas Dhia.

"Ehem. Amboi kapten." Tegur salah seorang pramugari cantik yang akan naik satu flight dengan Dayyan.

Berpusing kepala Dayyan dan Dhia melihat gerangan yang menegur tadi.

"Eh. Awak rupanya Laila."

"Ya, saya. Pagi-pagi kapten dah buat adegan romantik ya." Usik Laila dan memberi senyuman pada Dhia.

Dhia membalas senyuman Laila.

"Mesti. Empat hari saya tak jumpa isteri cantik saya ni nanti." Kata Dayyan dan memeluk pinggang Dhia lalu ditarik merapat dengan dirinya.

"Hmm..yalah. Saya faham. Oh, btw saya Laila. Salah seorang pramugari dari Loyalty Airlines." Laila memperkenalkan diri pada Dhia dengan mesra.

"Dhia."

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now