Dayyan's Lover : 27

5.5K 193 2
                                    

Dhia berasa tidurnya diusik seseorang. Mencelik mata Dhia melihat gerangan yang sudah mengacau tidurnya.

Dikerdipkan matanya beberapa kali untuk menghilangkan pandangan kabur.

"Good morning, baby." Ucap Dayyan dengan mengelus lembut sisi wajah Dhia.

"Good morning, hubby." Dhia langsung memeluk tubuh Dayyan dan digeselkan beberapa kali hidungnya di leher Dayyan.

Terukir senyuman manis Dayyan dan turut sama memeluk Dhia dengan erat. Ditarik Dhia lebih rapat sehingga Dhia baring di atas badannya.

"Dah pukul berapa?" Tanya Dhia.

"Pukul 6."

"Oh."

"Bangun. Kita solat subuh." Ajak Dayyan dan bibirnya dilabuhkan di tepi kepala Dhia.

"Ehmpp.." Merengek manja Dhia sambil kepalanya digelengkan tiga kali.

"Tak nak?" Dhia angguk.

"Mana boleh. Jom." Ajak Dayyan lagi.

"Okay." Dhia terus bangun untuk duduk tapi, sempat dia mencium pipi Dayyan.

"Hubby, wangi." Tersengih Dhia merenung wajah Dayyan.

"Yalah. Thanks for the kiss, baby." Dayyan membalas mengucup dahi Dhia dengan lama.

"Semua dah bangun ke?" Tanya Dhia ingin mengetahui sama ada yang lain sudah bangun atau belum.

"Ada yang belum. Baby bangun dulu. Pergi mandi. Nanti kita semua nak solat berjemaah sama-sama." Beritahu Dayyan, lembut.

"Okay. Hubby dah mandi?"

"Hubby baru lepas mandi."

"Dhia batalkan wuduk hubby ke?"

"Hubby tak ambil wuduk lagi."

"Kenapa tak ambil lagi?"

"Sebab hubby tahu budak kecil ni kalau bangun mesti kena peluk hubby dulu. Kalau, tak nanti merengek-rengek tak dapat peluk hubby." Ujar Dayyan dengan suara mengusik.

"Eee..mana ada. Perasan."

"Ya ke? Habis tu tadi?"

"Yalah, yalah." Dhia mengalah dan kembali menindih Dayyan.

Terlepas tawa Dayyan dengan gelagat isterinya yang comel ini. Diusap lembut rambut Dhia dengan penuh kasih.

"Dah, baby. Sampai bila nak peluk hubby ni?"

"Sampai bila-bila." Jawab Dhia suka.

"Nanti kita lambat tok nek marah. Baby tak nak tok nek marahkan?" Soal Dayyan.

Laju Dhia mengangkat kepalanya memandang Dayyan. Tercebik bibirnya bila mengingatkan tentang tok nek.

"Okay.." Lemah suara Dhia.

Dayyan melihat isterinya yang mulai bangun dan turun dari katil. Diambil tuala mandinya dan ingin keluar dari bilik tidur. Tapi, ditahan Dayyan.

"Kenapa?" Tanya Dhia.

"Pakai tudung, baby." Dayyan memakaikan tudung sarung pada kepala Dhia.

"Oh, lupa. Sorry." Ucap Dhia.

"It's okay. Jom, hubby teman." Ajak Dayyan.

Mereka keluar dari bilik dan turun ke dapur untuk menuju ke arah bilik air. Dapat mereka lihat ada yang lain juga.

•••••

Selesai sahaja semuanya solat berjemaah sama, mereka menyalam antara satu sama lain. Dhia duduk di tengah di antara Dara dan Faiqa.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now