Satu hari Dhia berkurung di dalam bilik. Langsung tidak keluar. Puas Dayyan mengetuk pintu bilik. Tapi, tidak dibuka oleh Dhia.
Waktu tengah hari pun Dhia langsung tidak makan. Puas Dayyan memujuk. Tapi, yang dia dapat hanya lah diamnya Dhia.
Dayyan duduk di sambil bersandar di dinding. Kepalanya memandang ke arah pintu kayu di sebelahnya itu.
'Bila lah baby nak buka pintu? Hubby rindu baby. Please, don't be afraid of me. I'm begging you, baby.' Gumam Dayyan di dalam hati.
Dilepaskan keluhan. Dayyan memandang ke hadapan dan memeluk tubuh. Tak lama selepas itu, matanya turut terpejam. Kantuknya sudah menjegah. Lagipun dah pukul 11 malam.
Pasti isterinya sudah tertidur. Kesejukan Dayyan rasakan. Dayyan terbaring di atas lantai dalam keadaan sejuk dan mengerekot seperti ulat.
Dhia yang berada di dalam bilik sudah merasa resah. Dia tidak dapat tidur. Selalunya dia tidur Dayyan akan peluk dan berselawat sambil mendodoikan dia.
Tapi, sekarang tidak. Risau Dhia bila Dayyan tidak masuk-masuk ke dalam bilik. Nak kata takda kunci pendua, rasanya ada. Bukannya Dhia ambil simpan dan tak bagi Dayyan masuk.
Dhia tak boleh tahan. Dia bangun jua dari baringannya dan berjalan menuju ke pintu bilik. Dikuak sahaja pintu tersebut, dapat Dhia lihat suaminya yang terbaring di atas lantai di hal dan bilik tidur mereka.
Hangat tubir mata Dhia. Perlahan Dhia menjatuhkan punggung untuk duduk di sebelah Dayyan. Bibirnya digigit bagi menahan dari berbunyi tangisan.
"Tsk." Menangis Dhia.
Dayyan tersedar apabila mendengar seperti ada orang yang sedang menangis. Dayyan membuka kelopak matanya dan melihat isterinya yang sudah sedia menangis.
Laju Dayyan bangun dan memegang kedua bahu Dhia.
"Hey, baby kenapa ni?" Tanya Dayyan risau. Dhia menggeleng.
"Cakap. Kenapa?" Dhia memandang ke dalam mata Dayyan. Tak lama itu, Dhia terus memeluk tubuh Dayyan dengan sangat erat.
"Dhia minta maaf. Hiks..Dhia berdosa sebab hiks..biarkan hubby hiks..tidur dekat atas lantai hiks.." Tersedu-sedu Dhia.
Rapat Dayyan memejamkan matanya bila mendengar suara hiba dan sebak sang isteri. Sakit dia rasakan.
Tangan Dayyan naik membalas pelukan Dhia dan diusap lembut belakang tubuh Dhia bagai memujuk.
"Shh, shh. Takda apa lah, sayang. Hubby okay je. Jangan minta maaf. Sayang takda salah dengan hubby." Pujuk Dayyan yang tak pernah jemu memujuk Dhia.
"Tapi Dhia berdosa. Hiks.." Menggogoi kuat Dhia di dalam pelukan Dayyan.
Dayyan faham dan mengerti bahawa emosi perempuan yang baru lepas keguguran ni berbeza. Tapi, Dayyan tetap memujuk dengan lembut. Tidak mahu isterinya terguris hati.
Setelah agak dirasakan lama, Dayyan mengintai wajah Dhia di sebalik dadanya. Dapat Dayyan rasakan nafas isterinya agak teratur. Sah, tidur.
Perlahan Dayyan mencempung tubuh Dhia dibawa masuk ke dalam bilik. Diletakkan dengan lembut Dhia di atas katil.
Apabila Dhia merengek, Dayyan menepuk paha Dhia bagai mendodoi. Dayyan duduk sambil bersandar di kepala katil. Dhia pula sudah meletakkan kepalanya di atas riba Dayyan.
Terbit senyuman yang terukir di bibir Dayyan. Tangannya membelai lembut kepala Dhia. Tak lama itu, Dayyan turut ikut sama lena.
•••••
Mikail memarkirkan keretanya di hadapan sebuah rumah kayu usang. Dia melihat keadaan sekeliling. Hany penuh dengan pokok-pokok dan hampir menjadi hutan.

YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...