Dayyan's Lover : 44

4.8K 173 5
                                    

Pintu bilik Dhia diketuk oleh Puan Juliana. Qaisarah turut sama ada. Dia berdiri di sebelah mertuanya itu.

Apabila tiada sahutan, mereka berdua membuka pintu bilik Dhia. Ternyata tidak berkunci. Langkah diatur masuk ke dalam bilik.

Dilihat Dhia yang sedang baring membelakangi pintu bilik. Puan Juliana masuk terlebih dahulu sambil diikuti Qaisarah dari belakang.

"Adik.." Panggil Puan Juliana seraya melabuhkan punggung di atas katil.

Berpusing Dhia melihat umi dan kakak iparnya. Dhia bangun perlahan dan duduk sambil menyandarkan belakang badannya di kepala katil.

"Umi, kak long."

"Umi ingat adik tidur." Kata Puan Juliana sambil merenung wajah sugul anak bongsunya itu.

"Takde lah. Adik rehatkan mata je. Pening kepala. Tak larat. Dari tadi muntah." Beritahu Dhia perlahan.

Matanya terpejam kerana dia sungguh tak larat.

"Oh." Puan Juliana hanya meng'oh'kan sahaja. Dipandang wajah anak bongsunya dan menantunya bersilih ganti.

"Umi nak tanya. Kenapa adik layan Dayyan macam tu? Tak baik. Dia suami adik."

Terbuka mata Dhia selepas mendengar soalan yang diajukan Puan Juliana kepadanya. Dilepaskan keluhan.

"Adik kecewa, sakit hati, marah. Salah ke?" Tanya Dhia seakan tidak puas hati.

"Umi faham. Tapi, tak boleh lah sampai meninggikan suara pada suami. Dahtu adik cakap perkara-perkara yang buat hati suami terguris. Adik tahu kan hukumnya dosa?"

"Hati dia je lah. Habistu hati adik ni? Biar je sakit. Macam tu ke?" Balas Dhia dengan merengus geram.

"Takde lah sampai macam tu sekali. Adik nak marah, sakit hati, kecewa boleh. Tapi, jangan cakap macam tu pada suami. Dayyan datang sini sebab risaukan adik. Tapi, adik boleh layan dia dahtu adik halau dia. Umi kecewa sangat dengan adik. Abah pun kecewa dengan sikap adik. Umi dengan abah tak pernah ajar anak-anak kami jadi macam ni." Ujar Puan Juliana panjang lebar.

Qaisarah hanya diam dan mendengar di sebelah Puan Juliana sambil berdiri. Ditenung wajah mertuanya dan adik iparnya.

"Lagi satu, tentang kandungan adik. Dayyan dah tahu?" Menunduk kepala Dhia dan lambat-lambat digelengkan.

Terlepas keluhan dari celah bibir Puan Juliana. Kenapa lah dengan anak perempuan dia ni? Tak pernah Dhia bersikap begini.

"Kenapa tak bagitahu?" Soal Puan Juliana ingin tahu.

"Adik belum bersedia nak bagitahu dia."

"Belum bersedia? Habis tu bila rasa bersedianya? Minggu depan? Bulan depan? Tahun depan? Ke nak tunggu anak ni lahir dulu?" Bidas Puan Juliana. Sesekali anaknya ini perlu dia berkeras.

Diam sahaja Dhia dengan kepalanya semakin menunduk dan bermain dengan jemarinya.

"Suka hati adik lah. Adik dah besar. Pandai beza mana baik mana buruk. Umi keluar dulu." Sejurus itu, Puan Juliana terus membuka langkah keluar dari bilik tidur Dhia.

Sempat dikucup puncak kepala Dhia dan diusap lembut.

Qaisarah masih setia berdiri dan memerhati adik iparnya itu. Setelah itu, dilabuhkan punggung dan diambil sebelah tangan Dhia lalu diusap perlahan. Bagai memujuk.

"Umi marah Dhia ke kak long?" Tanya Dhia.

"Umi tak marah. Tapi, umi kecewa sangat. Kak long pun kecewa dengan Dhia." Muram wajah Dhia setelah mendengar hujahan dari Qaisarah.

DAYYAN'S LOVER [C]Where stories live. Discover now