KLIA 2
Dhia menunggu dengan sabar untuk Dayyan keluar dari balai ketibaan. Tak sabar Dhia.
Empat hari tak jumpa dengan Dayyan membuatkan dia rindu sangat-sangat pada Dayyan.
Tak lama selepas itu, susuk tubuh Dayyan mulai kelihatan. Terus melebar senyuman Dhia melihat Dayyan.
"Hubby." Panggil Dhia sedikit kuat.
Dayyan berpusing menghadap Dhia yang memanggilnya. Terus terukir senyuman manis di bibir Dayyan. Dayyan berjalan mendekati Dhia.
Dekat sahaja terus Dayyan menarik Dhia masuk ke dalam dakapannya dan dicium puncak kepala Dhia berulang kali.
"I miss you, baby." Ucap Dayyan, berbisik.
"I miss you too." Balas Dhia dengan mata sudah berkaca.
"Don't crying." Dhia sudah tercebik bibirnya.
"Jom. Hubby tak boleh lebih-lebih dekat sini. Ramai tengok." Ajak Dayyan.
Dhia mengangguk dan mereka berjalan menuju ke kereta yang diparking Dhia di luar. Sepanjang mereka berjalan, Dayyan langsung tidak melepaskan pelukannya di pinggang Dhia.
Sampai sahaja di kereta, Dayyan memasukkan luggage di dalam bonet kereta dan masuk di bahagian pemandu.
Dhia sudah masuk terlebih dahulu ke dalam kereta.
"I miss you so much, baby." Dayyan mengulang lagi kata rindunya pada Dhia.
"I miss you too, hubby."
"So, how was your life during these four days?" Tanya Dayyan ingin tahu.
"Not bad. Dhia rindu hubby sangat-sangat. Empat hari ni rasa macam tak lengkap je hidup Dhia." Kata Dhia, perlahan.
"Alo cian isteri hubby. Jom lah kita balik. Kita lepaskan rindu puas-puas dekat rumah."
"Okay, jom."
Dayyan langsung menjatuhkan gear dan mula memandu kereta untuk pulang ke rumah mereka.
Sepanjang perjalanan mereka berdua hanya diam. Tapi, tangan mereka tidak terlepas. Dhia merenung sahaja wajah Dayyan yang sedang memandu itu.
"Kenapa hubby handsome sangat eh? Dhia rasa macam nak ikat hubby dekat dalam rumah je. Tak nak bagi hubby keluar."
"Kenapa nak ikat hubby pula?"
"Nanti kalau hubby keluar semua perempuan pandang hubby. Dhia tak suka lah." Jujur Dhia mengatakan apa yang tersimpan di dalam hati.
"Tapi hubby tetap pandang isteri hubby ni. Isteri hubby ni je yang tahu cara nak bahagiakan hubby. Baby tak buat apa-apa pun hubby dah senyum." Ujar Dayyan dan mencuit hujung pucuk hidung Dhia.
"Pandang Dhia seorang je tau?"
"Memang hubby pandang dia je pun. Dah takde perempuan lain hubby nak pandang. Pandang baby dapat pahala. Isteri hubby kan?" Dhia mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Dayyan.
"Comel lah baby ni. Tunggu sampai rumah nanti. Memang hubby gomol-gomol baby. Geram ni." Tutur Dayyan dengan matanya masih memandang jalan raya.
"Okay. Dhia tak sabar nak kena gomol." Ucap Dhia dengan nada nakal.
Terangguk-angguk kepala Dayyan dengan senyuman senget. Isteri dia memang nak kena ni.
•••••
Sampai sahaja di rumah, Dayyan memarkirkan keretanya di garaj. Dhia membuka tali pinggang yang membelit di badannya. Dayyan turut melakukan yang sama.
YOU ARE READING
DAYYAN'S LOVER [C]
RomanceDayyan Amsyar ❤️ Dhia Marwa Dayyan Amsyar. Sebut sahaja nama semua kenal. Lagi-lagi kaum perempuan. Siapa je yang tak kenal dan tak nak kenal kan? Suka clubbing, kaki perempuan, suka minum arak, mabuk dan sebagainya. Penat dah ayah dan mamanya membe...