"Feya dah nak balik ni umi," kata Feya melalui corong telefon. Dia yang baru pulang dari kedai runcit membeli barang keperluan untuk rumahnya. Tangan kanannya memegang dua plastik penuh.
" Hati-hati. Baca selawat banyak-banyak," kata umi Feya. Uminya langsung memberi salam dan mematikan panggilan. Telefon di tangan di simpan ke dalam poket abayanya.
Dia memberanikan diri lalu ke lorong kecil yang disimbahi sedikit lampu jalan. Itu je jalan paling dekat menuju ke rumahnya. Mulut kecil Feya tidak berhenti membaca doa dan selawat. Semoga tiada apa-apa yang terjadi.
Laju kakinya berjalan melalui lorong kecil itu. Hatinya berdegup kencang. Seakan mahu tercabut dari saluran darah. Kepala ditundukkan sedikit melihat ke jalan tar itu.
"Hai adik manis," kata salah seorang lelaki yang berada di bawah sinar lampu. Feya tidak melayan. Dia meneruskan perjalan ke rumah.
"Sombong gila perempuan ni," kata kawannya lelaki itu. Terasa tangan kirinya di genggam erat. Langkah Feya terhenti lalu sedikit terundur. Air matanya mengalir membasahi pipi mulusnya. Feya sedaya upaya melepaskan genggaman lelaki itu. Namun apakan daya, tenaga wanita tidak sekuat lelaki itu.
"Lepaslah," Feya meronta-ronta minta dilepaskan. Sekumpulan lelaki itu hanya ketawa melihat Feya yang tidak senang duduk.
Tangan kanannya pula di genggam membuatkan plastik barangannya itu selamat jatuh mencium jalan. Semakin laju air matanya turun. Dia hanya mampu berdoa pada Allah semoga tidak diapa-apakan.
"Tolong lepaskan saya," kata Feya lagi. Dia cuba sehabis baik untuk melepaskan tangannya. Malah, lelaki itu makin kuat mengenggam pergelangan tangan Feya. Feya sedikit mendesis kesakitan apabila lelaki itu menguatkan genggamannya.
Tubuhnya ditolak jatuh ke atas jalan tar. Plastik yang di atas jalan itu di sepak ke arah lain. Kesemua barang sudah berterabur hancur berkecai. Feya hanya menyaksikan dengan air mata lebat. Tubuhnya yang sakit itu hanya terkaku melihat aksi lelaki-lelaki itu.
"Oi, kau lepaskan perempuan tu," satu suara menarik perhatian Feya termasuk lelaki-lelaki tadi.
Satu susuk tubuh berpakaian hitam dan kepala masih disarungkan helmet mendekati kawasan itu. Sekumpulan lelaki itu terus lari bersama motor-motor mereka. Lelaki helmet itu berlari mendapatkan Feya.
"Kau boleh bangun tak ni?" soal lelaki itu. Feya angguk kecil sebelum cuba untuk bangun. Malangnya, buku lalinya telah terseliuh akibat tolakan yang kuat tadi.
"Mari aku tolong kau."
Feya hanya diam lalu memaut lengan sasa lelaki itu. Langsung tidak melihat wajah lelaki itu. Dia memusingkan kepala melihat bajunya yang mendarat ke jalan. Koyak!
"Baju kau koyak. Ikat dulu baju aku ni," kata lelaki itu seraya menghulurkan jaketnya ke Feya. Feya mengambil lalu mengikat lengan jaket itu di bahagian perut.
"Terima kasih, encik."
'Aku ingat bisu perempuan ni. Menangis tak bersuara je dari tadi.'
Tanpa berfikir panjang, dia berlari mendapatkan plastik-plastik miliknya. Semua gula, tepung dan barang lainnya sudah pun pecah. Makin lebat air mata Feya turun.
'Umi mesti marah aku.'
"Mari aku hantar kau balik," kata lelaki itu. Dia agak sedih melihat melihat wanita itu menangis.
"Tak apa. Rumah saya dekat je. Terima kasih sebab selamatkan saya," jawab Feya.
"Kalau macam tu biar aku teman. Kalau kau tak selesa, aku teman dari jauh," kata lelaki itu. Feya hanya diam lalu berjalan ke arah lorong rumahnya.
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...