BAB 52

2.6K 124 3
                                    

Terasa hangat pelukan di pinggang gadis itu. Lenanya sedikit terganggu apabila tangan itu selamat mengunci dirinya dalam pelukan itu.

Terasa nafas hangat di batang leher belakangnya. Sungguh badannya dengan jejaka itu rapat tiada jarak walau seinci. Gadis itu mula gelabah. Langsung tidak terfikir siapa di belakangnya.

Mata gadis itu melihat anak kecilnya itu sedang lena nyenyak. Masa berlalu begitu pantas. Si kecil itu sudah mahu menginjak setahun. Kakinya juga sudah pandai berjalan sedikit demi sedikit. Semakin besar semakin comel dipandang. Sempurna untuk si kecil itu. Cuma satu, kurang kasih sayang seorang ayah.

Gadis itu kembali sedar ketika pelukan itu dikemaskan erat di perutnya.

"Siapa ni?" soal Feya dalam kerisauan. Berkerut dahinya menanti jawapan. Selama ketiadaan suaminya di sisi, dia tidak pernah berkawan dengan lelaki lain selain Mika, Hanif dan Faris.

"Maliqa," garau suara itu menyeru panggilan itu.

Air mata Feya mula pecah. Gelaran yang hampir setahun tidak menyapa gegendang telinganya itu diseru. Betapa rindunya hati dia mendengar panggilan itu. Faiq lebih suka memanggilnya dengan nama itu berbanding perkataan lain. Kerana itu membawa maksud ratu.

"Habib. Rindu," Feya bersuara dalam tangis. Dia cuba kawal tangisannya supaya tidak ganggu lena Naira.

"Habib pun. Terima kasih sebab tunggu habib. Habib minta maaf," bergetar suaranya berkata.

"Naira comel. Macam maliqa. Habib nak je gomol pipi dia macam habib buat pipi sayang dulu," sambung Faiq lagi. Pipi Feya yang pernah menjadi kegilaan Faiq waktu Feya mengandungkan Naira. Feya tertawa kecil saat dengar omongan Faiq itu. Dia juga rindu dengan belaian Faiq.

"Mata Naira sama macam habib. Cantik," puji Feya. Dia mengusap lembut wajah si kecil itu.

"Walaupun mata Naira cantik, Feya tetap akan pandang mata yang buat Feya jatuh cinta. Mata habib tetap nombor satu di hati Feya. Habib, bangun ya. Untuk Feya dan Naira. Dia perlukan kasih sayang habib. Feya tak sanggup nak membesarkan dia seorang diri. Naira perlukan babah. Feya perlukan habib. We need you, cinta hati Feya," sambung Feya dengan nada perlahan. Matanya dipejam erat tahan tangis. Dia tahu jikalau dia melihat wajah Faiq, air matanya bakal melimpah keluar.

Faiq mengusap rambut Feya. Dikucup sekali ubun-ubun isterinya itu. Tiada kata boleh dideskripsikan kata rindu dari Faiq.

"Insya Allah. Habib cuma nak doa dan kekuatan dari sayang. Habib takkan tinggalkan sayang sebelum waktunya. Habib sayang maliqa dan Naira," jawab Faiq lembut. Wajah polos anaknya ditenung lembut.

"Maliqa, jaga diri untuk habib. Habib akan balik pada waktunya. Tunggu habib," ujar Faiq lagi. Kali ni lembut menyapa gegendang telinga Feya. Terasa hangat kucupan di pipi kirinya.

"Feya sentiasa tunggu habib."

Saat Feya membuka mata, hilang bayang Faiq dibelakangnya. Saat itu, habis berjurai air matanya jatuh membasahi wajahnya. Bibir bawahnya digigit kuat untuk tahan dia bersuara dalam tangis.

Dia tahu jika dia mula bersuara, Naira akan sedar. Si kecil Naira itu senang terbangun dari tidur.

"Sayang mama, kita doakan babah awak bangun ya. Mama rindu sangat dengan babah," ujar Feya perlahan sambil menepuk kecil perut Naira.

Pedih hatinya kerana membesarkan Naira tanpa seorang suami di sisi. Impian mereka yang di bina bersama dulu belum menjadi kenyataan. Dia risau. Risau jikalau Faiq tidak mengenal dirinya seperti sebelum ini.

Cukuplah setahun dia menahan rindu dan derita dalam waktu yang sama sementara menunggu kekasih hatinya sedar dari koma. Mungkin belum takdir suaminya mahu sedar.

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now