🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡
NOAH'S || complete
Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra.
Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...
Hari ni mereka sarapan pagi berlima. Sejak dari malam kenduri, Mawar masih belum mengeluarkan sepatah kata. Bila disoal cuma angguk dan geleng menjadi jawapan.
Keluarga Feya faham, jadi mereka tidak mahu memaksa Mawar selagi dia belum bersedia.
Seusai sarapan pagi, Encik Firdaus pergi ke pejabat. Feyyaz pula sudah bergerak ke kelas tambahan.
Seperti biasa, rutin Feya Zahra menonton kartun kegemarannya. Spongebob Squarepants. Entah dah berapa episod dok diulang-ulang. Umi pula pergi rumah makcik belakang. Anaknya baru lepas bersalin.
Mawar melabuhkan punggung di sebelah Feya. Feya senyum melihat Mawar di sebelahnya. Mawar membalas dengan senyum nipis. Sungguh dia malu dengan keluarga Feya kerana terlalu baik dengannya.
"Feya, kenapa semua dekat sini baik sangat dengan aku? Aku macam tak layak dapat kebaikan dari keluarga kau?" soal Mawar lembut. Wajah Feya dilihat.
Mawar hidup tunggang-langgang dan rosak masih lagi ada yang mahu membantu. Kalau orang lain oaati sudah membuangnya di tepi jalan. Tiada yang mahu menjaganya.
"Mawar, dunia ni bukan tempat untuk kita judge orang. Kita manusia bukan Tuhan. Kami baik kerana Allah. Selagi Allah izinkan kami hidup dan berpijak di bumi miliknya, selagi tu lah kami akan membantu orang yang susah."
Dengar jawapan keluar dari mulut Feya, Mawar rasa lega. Tak pernah tepikir tentang itu. Dia akui dirinya serba serbi buruk. Solat tak cukup. Mengaji tak pandai. Pendek kata, kurang didikan agama.
Mawar berusaha keluar dari hidupnya yang semakin memburukkan kehidupannya. Namun semua itu dihalang oleh ibunya.
"Mawar, minggu depan Athirah dah nak nikah. Mawar ikut Feya hantar Athirah, ya?" ajak Feya.
Hampir seminggu Mawar tidak keluar rumah. Seakan-akan mimpi buruknya mengejar diri Mawar. Feya cuba membantu Mawar. Tapi semuanya kehendak Mawar. Kalau dia mahu berubah, dia pasti akan ikut.
Mereka saling menatapi antara satu sama lain. Mawar berasa lega ketika melihat wajah Feya. Ada sesuatu yang membuatnya lega bila berada di samping Feya. Bukan Feya saja, malah ahli keluarganya.
Mawar angguk sekali. Senyuman lebar diukir di bibir Feya. Feya kembali menonton kartunnya.
Feya turut teruja untuk ke rumah Faiq. Selama mereka berkawan, dia belum lagi ke rumah lelaki itu. Asyik Faiq je rumahnya. Kawan?
Mawar turut menonton tv itu. Kalau tukar rasanya ada ciri-ciri kena tempah batu nisan awal tak? Jadi Mawar ikutkan saja.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Flowky Cafe. Feya dan Mawar singgah minum selepas pulang dari studio. Feya melepaskan rindunya dengan lukisan-lukisan dan kenangan bersama dua sahabat baiknya. Mawar hanya ikut.
Feya dan Mawar duduk di bahagian hadapan. Lepak sekejap. Tadi penat melukis.
Ting!
Pintu kafe dibuka. Feya yang duduk berhadapan dengan pintu itu senyum melihat susuk tubuh yang baru masuk kafe. Senyumannya di balas.