BAB 21

5.4K 191 1
                                    

"Habib, Feya tak nak."

"Boleh lah cinta hati."

Laju Feya menggelengkan kepalanya.

"Nanti habib tak bawa balik kampung, jangan menangis hujung bucu katil eh," kata Faiq berbaur sedikit amaran. Main ugut-ugut pula.

"Awak, saya takut nak naik. Nanti jatuh macam mana?" Hilang sudah gelaran habibnya. Muka Feya sudah cemas kerana takut. Sebelum ni dia hanya bercita-cita je nak naik. Belum pasang niat lagi.

"Nampaknya malam ni habib tidur bilik lain lah," luluh suara Faiq. Faiq tarik muka. Wajahnya sudah tunduk mahu berlalu masuk ke dalam rumah.

"Habib jangan lah macam tu. Suka buat Feya rasa bersalah tau."

Terjungkit bibir Faiq. Dia tahu Feya tidak suka dirinya merajuk. Feya juga tak boleh berdiam diri kalau Faiq merajuk. Berdosa katanya. Untung dapat bini faham agama. Kan best.

"Okay, Feya naik. Tapi ada syarat," kata Feya.

Faiq lalu berdiri di hadapan Feya.

"Syarat apa tu baby?" wajahnya teruja. Feya akan ikut katanya. Itupun dengan ugutan tak balik kampung. Kampung Feya bukan kampung Faiq. Faiq yang over excited sebab dia tak ada kampung.

"Syaratnya habib tak boleh bawa laju-laju."

Faiq angguk. Dia memakaikan helmet ke atas kepala Feya. Khas untuk Feya. Sudah lama dia membelinya, cuma belum kesempatan nak memberi. Alang-alang nak keluar hari ni, kita berilah terus.

"Lepas ni, kalau kita jalan naik motorbike habib, biar habib sarungkan dan kunci helmet ni dekat kepala sayang."

Feya angguk.

Kali ni Faiq pula memakai helmet di kepalanya. Motorbike cbr250rr hitam itu ditunggang Faiq. Enjinnya dihidupkan. Perlahan Feya cuba naik ke atasnya. Bahu Faiq dipegang menjadi tahanan.

Feya berjaya naik. Faiq mula mengukir senyuman di dalam helmetnya itu.

"Sayang, peluk habib kuat-kuat tau," arah Faiq.

Perlahan tangan Feya cuba melingkari pinggang Faiq. Faiq sudah tersenyum bahagia.

Feya masih lagi was-was dengan Faiq. Kalau tiba-tiba bawa laju, mahu tak nya riwayat dia sampai situ je. Umi dengan abi tak jumpa lagi minggu ni.

"Habib gerak tau."

Feya angguk. Dia percaya Faiq.

Perlahan motorbike itu keluar dari perkarangan rumahnya. Feya yang awalnya menutup mata kembali buka semula selepas merasa angin meniup kain seluarnya.

Faiq membawa dengan kelajuan normal supaya Feya tak takut. Pertama kali bagi Feya.

Inilah saat yang dinanti-nantikan. Sudah lama dia mahu Feya naik motorbike ini dengan dia. Mahu sweet-sweet gitu atas motor.

Feya tersenyum gembira. Keinginan lamanya telah tercapai oleh suaminya sendiri. Walaupun dia tak pernah meminta, Faiq lebihnya menyuruh. Feya ikutkan saja. Tapi dalam hati gembira yang tak terkata.

'Terima kasih, habib.'

'

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
NOAH'S || CTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang