🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡
NOAH'S || complete
Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra.
Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...
Kereta Audi hitam Faiq selamat tiba di rumah. Mika pula terus balik ke rumahnya dan hantar Hanif pulang.
Faiq membuka tali pingganng keledarnya. Dia mengeliat kecil sebelum memandang lembut wajah Feya sedang tidur.
Faiq membuka perlahan kunci tali pinggang keledar itu dari tubuh Feya.
"Feya bangun. Maliqa," kejut Faiq. Namun, tiada balasan.
Enjin keretanya yang masih hidup itu dibiarkan. Dia keluar dari perut kereta dan menuju ke arah bonet. Perlahan Faiq mengeluarkan beg-beg bajunya dan Feya. Dia membawa masuk beg itu ke dalam rumah.
Faiq membuka pintu di sebelah Feya. Kepalanya dimasukkan ke dalam melihat Feya.
"Baby habib, bangun. Kita dah sampai," percubaan kedua yang gagal. Susah juga kejut Feya ni kalau dah lena dengan mimpi.
Faiq menyeluk tangan kanannya di leher Feya dan tangan kirinya di pelipat kaki Feya. Tubuh Feya dicempung dan di bawah ke dalam rumah. Masih tak bangun.
Faiq meletakkan Feya di sofa ruang tamu. Untung juga sofa itu besar sedikit ruangnya. Mudah nak baring.
Faiq kembali mengunci kereta dan menutup pintu rumahnya. Pagarnya juga sudah ditutup mengguna alat kawalan jauh. Faiq membiarkan Feya tidur. Dia membawa beg-beg itu naik ke bilik.
Faiq turun semula ke ruang tamu. Risau Feya sedar tapi dia tiada. Faiq duduk di kaki Feya. Feya masih tidur.
Perlahan tangan Faiq membuka tudung dan stokin Feya supaya tidurnya tidak di ganggu. Faiq meletakkannya di atas meja sebelahnya. Wajah Feya yang tidur itu ditatap lembut.
Faiq buka tshirtnya. Dia membaringkan tubuhnya di sebelah Feya. Tangannya melingkar di pinggang Feya. Kepalanya pula sudah berada di ceruk leher Feya.
Feya yang rasa terganggu itu merengek sedikit. Faiq mengabaikan. Dia penat memandu. Jadi, Feya menjadi sumber tenaganya kembali.
"Habib," panggil Feya. Matanya kabur-kabur melihat Faiq di sebelahnya.
"Hurm."
Feya memusingkan tubuhnya menghadap Faiq. Feya membalas pelukan Faiq. Semakin erat dia memeluk tubuh sado Faiq takut Faiq tergolek ke bawah. Dah lah baring atas sofa. Nasib je sofa lebar.
Kepala Faiq kini bersandar di dada Feya. Matanya sudah mahu ditutup. Tubuhnya yang rapat itu makin dieratkan Faiq. Feya menepuk perlahan balakang Faiq yang terdedah itu. Membiarkan Faiq lena. Dia tahu Faiq penat.
"Habib kenapa tak pakai baju?"
"Saja nak goda sayang," ujar Faiq selamba. Matanya sudah pun tertutup rapat. Tunggu masa je nak lena.
Feya ketawa kecil.
"Habib tak nak tidur dekat atas?"
Faiq geleng dalam pelukan itu.
Feya angguk. Dia membiarkan Faiq tidur di situ. Dalam pelukannya. Jantungnya sudah berdebar-debar tatkala tiada jarak antara mereka. Sempat Feya menghadiahkan ciuman di dahi Faiq.
Feya kembali menutup mata. Dia juga mahu tidur lepas lihat Faiq tidur.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.