BAB 53

2.8K 149 6
                                    

"Habib, hari ni Feya datang lagi dengan Naira. Tapi Naira dekat luar dengan Mika," tutur Feya. Genggamannya erat pada jari jemari Faiq.

"Habib bangunlah. Dah lama Feya tunggu. Habib tak sayang Feya lagi ke? Habib tak sayang Naira ke? Habib tak nak jaga Naira dengan Feya lagi ke? Habib jahat. Habib tipu Feya. Feya benci habib. Bangunlah sayang. Feya perlukan pelukan dan ciuman hangat dari sayang. Syurga Feya kena kuat. Macam mana bidadari nak kuat kalau syurganya begini.

Syurganya meninggalkan bidadari sendirian di sini. Feya rindu nak dengar panggilan maliqa, baby habib, sayang dan semua yang keluar dari mulut habib. Habib tahu, Naira dah nak setahun dah. Hari ni Naira nampak comel sebab baju yang Mika beli tu comel. Pandai je Mika beli baju tu.

Cinta hati Feya, tolonglah bangun. Setiap hari mulut Feya tak penat doa untuk sayang Feya bangun. Setiap hari bibir Feya tak henti sebut nama Faiq Noah supaya kuat dekat sini. Bangun sayang. I need you. Only Allah knows how miserable my life is without you. Please wake up, my love. I always love you," luah Feya.

Feya bangunkan dirinya dan mengucup dahi Faiq. Lalu diruap lembut rambut lelaki itu. Penuh dengan kasih sayang, Feya merenung wajah Faiq.

Feya duduk semula di kerusi sisi katil itu. Lalu mengucup kekura Faiq.

Bunyi pintu bilik itu dibuka. Mika sedang mendukung Naira. Naira kini bertukar tangan dari Mika ke Feya. Mika berdiri di hadapan Feya di sisi kiri Faiq.

"Faiq kata, dia nak sangat tengok anak dia pakai baju tu. Sebab tu saya belikan untuk Naira. Feya tak marah kan?" tutur Mika perlahan.

"Tak. Lagipun comel. Naira nampak gembira."

Feya mendudukkan Naira di sisi kaki Faiq. Naira hanya melihat sekujur tubuh yang terbaring dengan bantuan alat pernafasan itu. Si kecil itu langsung tidak tahu siapa kerana umurnya baru menginjak setahun.

"Naira, ni babah awak. Naira kan tak sabar nak jumpa babah. Sini pegang tangan babah," kata Feya. Tangan kecil Naira itu dicantumkan dengan tangan Faiq yang lemah itu.

"Ba..."

"Ba...bah."

Mika yang dengar itu terlopong tidak percaya. Biasalah, perkataan pertama dari kanak-kanak kecil itu mengejutkan jejak itu.

"Ya, sayang. Ni babah Naira Zafirah."

Tangan mereka bertiga tercantum cantik. Tika tangan mereka bersama, terasa jari jemari Faiq bergerak sedikit. Feya terus melepaskan tangan Faiq dengan mengejut. Tangan Naira juga di bawa jauh. Mahukan kepastian. Saat sudah jauh, benar jari jemari Faiq bergerak sedikit.

"Mika, jari Faiq gerak. Tekan butang tu panggil doktor. Allahuakbar," kata Feya cemas. Mika dengan pantas tekan butang kecemasan itu. Mereka menunggu doktor masuk.

Feya bangun dari duduknya dan mendukung Naira jauh dari Faiq. Mika menyuruh Feya keluar namun Feya tidak mahu. Dia mahu lihat keadaan Faiq depan matanya.

'Feya tahu cinta hati Feya kuat. Tolong bangun habib sayang. Demi Feya dan Naira. I love you, sayang.'

Berpusu-pusu jururawat dan doktor masuk ke dalam bilik Faiq. Dengan paksaan dari doktor dan jururawat, mereka bertiga diminta keluar. Sebelum itu, sempat mata Feya mengerling ke dalam bilik itu melihat Faiq. Dada suaminya berombak kuat.

Pada masa itu, Feya mahu melutut lemah. Dirinya tidak kuat melihat Faiq menahan sakit waktu itu. Air matanya kian pecah. Naira dirampas lembut oleh Mika. Mika risau jikalau Naira terlepas dari pegangan Feya. Emosinya tidak stabil.

"Feya, bangun. Faiq okay, jangan risau. Awak kena banyak berdoa. Jangan meraung macam ni. Tak elok," pujuk Mika. Perlahan Feya bangun dan duduk di kerusi menunggu.

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now