Seperti yang dijanjikan, Feya membawa mereka bertiga ke pantai. Tak jauh dari rumahnya. Jadi mereka hanya berjalan kaki.
Faiq mengenggam erat jari jemari Feya. Berjalan bersebelahan. Mika dan Hanif pula di belakang sambil menghirup udara segar. Kampung yang dekat dengan pantai ni memang best. Angin dia sejuk je.
Sampai saja di pantai, ada sekumpulan kanak-kanak sedang bermain. Ada juga remaja lingkungan sekolah menengah duduk di situ. Ada kumpulan lelaki, ada juga kumpulan perempuan.
Mika dan Hanif terus ke sisir pantai. Membasahkan kaki di dengan air ombak kecil itu. Feya dan Faiq berjalan mengikut gigi pantai itu. Feya tidak mahu basahkan kakinya kerana dia memakai stokin. Cuma Faiq saja yang membasahkan kakinya.
Feya memandang ke sekumpulan remaja perempuan itu. Rindu zaman dia kecil-kecil bersama kawan-kawannya dulu.
"Kak Zahra," laung seorang budak perempaun itu. Feya memandang semula ke arah mereka.
Tiga budak perempuan berlari mendapatkannya. Mereka memeluk tubuh kecil Feya. Faiq laju melepaskan genggamannya. Takut tangan dia kena budak perempuan tu. Feya membalas pelukan mereka.
Bila ditengok wajahnya, Feya kenal. Budak-budak yang dia ajar mengaji ketika dia duduk di sini dulu.
"Akak, bila balik? Rindu kita orang dengan akak" soal seorang budak perempuan.
"Semalam. Aisyah, Fatimah dengan Naura sihat?"
Mereka bertiga angguk laju. Senyuman di bibir di berikan.
Mereka bertiga melihat Faiq di belakang Feya yang sedang bermain air.
"Siapa tu Kak Zahra?" soal Fatimah.
"Suami akak."
"Hensem lah akak. Akak pergi lah dating. Kita orang nak sambung buat kerja sekolah," ujar Aisyah. Malu Feya dibuatnya. Faiq di belakang mendengar kata budak itu mengukir senyuman.
Feya angguk kepala. Sebelum mereka berlari semula ke arah pondok kecil itu, sempat mereka mencium pipi Feya.
Anak mata Feya menghantar mereka ke arah pondok sebelum memalingkan wajah ke arah Faiq.
"Habib, are you okay?"
Faiq angguk. Senyuman di bibir tidak lekang dari tadi. Jari jemari Feya kembali dalam genggamannya.
"Famous juga sayang dekat sini?"
"Tak adalah. Mereka dulu pernah belajar mengaji dengan Feya."
Faiq angguk kepala. Mereka sambung berjalan. Pantai yang terbentang luas ditenung lembut.
"Habib, Feya nak bagitahu sesuatu boleh?" pinta Feya.
Langkah mereka terhenti. Feya berdiri di hadaan Faiq. Kedua tangannya memegang kedua tangan Faiq. Anak mata hitam mereka bertembung lembut.
Faiq angguk. Feya menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya. Cuba cari kekuatan untuk meluahkannya.
"Bersaksikan air yang tenang milik Allah, Feya Zahra binti Firdaus kini telah jatuh cinta dengan Faiq Noah bin Noah Alias. Hati Feya sepenuhnya sudah terukir nama Faiq Noah dan tiada yang boleh masuk. Dah tak muat."
Feya memandang wajah Faiq dengan senyuman manis. Faiq juga terharu demgar luahan dari mulut Feya.
"Habib pula."
Feya angguk mengizinkan.
"Bersaksikan ciptaan Allah di sekeliling kita, hati Faiq Noah bin Noah Alias yang sentiasa Allah pegang telah pun disatukan dengan hati Feya Zahra binti Firdaus. Faiq Noah boleh jadi seorang yang pentingkan diri hanya untuk mendapatkan cinta Feya Zahra. Hanya Feya Zahra saja di dalam hati kecil Faiq Noah. Terima kasih pada Allah kerana telah satukan kita. I love you, my maliqa. No words can describe how much I love you. You are Noah's forever," luah Faiq.
![](https://img.wattpad.com/cover/341435712-288-k140588.jpg)
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...