Skrin telefon bimbitnya ditatap lama. Meskipun sudah bersiap memakai abaya hitam bersama bawal hitam, hatinya berat untuk pergi sendiri.
Perasan setelah kejadian itu lain daripada sebelum ini. Sebelum ni kalah berjumpa rasa biasa seperti seorang kawan. Kini, sudah seminggu tidak berjumpa dan terbit perasaan kekok itu.
Skrin telefonnya ditatap. Mesej dari Faiq pagi tadi membuat dirinya diam tidak berkata.
~~~
Selepas mengemas rumah, Feya duduk di sofa ruang tamu. Telefon bimbitnya dibuka sekejap. Mana tahu ada berita sensasi.
Ting!
Notifikasi Whatapps. Nama yang tertera pada skrin itu merupakan seorang yang Feya rindu.
Laju jari jemarinya membuka ruangan chat itu. Kiriman mesej dari jejaka itu di baca.
Faiq Noah
Pukul 5 jumpa aku dekat studio kau, please.
Mesej Faiq tidak dibalas. Feya hanya lihat begitu saja.
Kenapa studio Feya? Entahlah. Feyyaz memberi kunci pendua pada Faiq. Feya sudah tentu tahu. Feyyaz tidak akan memberikannya selagi Feya tidak mengizinkannya.
Hatinya seakan menidakkan langkah Feya ke sana. Tapi dia tetap kena pergi. Tempoh seminggu sudah pun cukup. Tiba masa untuk memberi jawapan.
~~~
Feya meminta izin umi dan abi ke sana ditemani Feyyaz.
Sampai saja, Feyyaz terlebih dahulu pamit ke kafe. Feya tahu Feyyaz tidak mahu sibuk kacau daun. Feya menguatkan diri masuk ke dalam studio.
Di atas rak kasut itu ada sepasang kasut lelaki. Maksudnya Faiq dah ada. Lega hati kecil Feya.
Tangannya lama memegang tombol pintu itu. Mencari kekuatan. Langkahnya masuk menerobosi pintu itu. Anak matanya mengerling ke kanan dan ke kiri. Susuk Faiq langsung tidak nampak.
Feya beranikan diri melangkah ke tengah studio. Studionya masih sama tidak diusik. Tapi apa Faiq buat dalam ni?
"Faiq?"
Tiada jawapan. Feya mengeluh kecil. Mana Faiq ni? Dia yang nak jumpa dia yang hilang.
"Feya," panggil suara itu dari belakang. Feya memusingkan tubuhkan melihat pemilik suara itu. Suara yang dia rindu setelah sekian seminggu tidak berjumpa.
"Feya, hari tu aku lamar kau guna surat. Hari ni izinkan aku melamar kau betul-betul."
Feya masih diam tidak bersuara. Anak matanya hanya lihat kelakuan Faiq.
Faiq berlari mengambil sesuatu di meja kecil belakangnya sebelum berdiri di hadapan Feya. Setelah itu, dia menurunkan kakinya melutut sebelah. Wajah Feya yang tinggi itu didonggak Faiq. Kotak ditangannya dibuka.
"Feya Zahra binti Firdaus. Sudikah kau menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak aku," ujar Faiq lancar.
Feya terkejut melihat Faiq sedang menghulurkan kotak itu ke arahnya. Sebuah cincin bersama sebutir berlian biru di dalamnya.
Faiq kembali berdiri. Tangannya masih menghulurkan kotak ke arah Feya yang diam terkejut. Feya memandang wajah Faiq. Dia tahu Faiq inginkan jawapan yang positif. Faiq juga menunggu jawapan dari Feya.
Feya diam sejenak. Entah apa yang bermain dalam fikirannya.
"Faiq Noah bin Dato Noah Alias. Terima kasih dan saya sudi," ujar Feya. Wajah Faiq itu dipandang seraya mengukir senyuman di wajah.
YOU ARE READING
NOAH'S || C
Random🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡ NOAH'S || complete Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra. Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...