🄺🄰🅁🅈🄰 🄿🄴🅁🅃🄰🄼🄰 by cik_farah♡
NOAH'S || complete
Hatinya hanya untuk gadis manis yang bernama Feya Zahra. Andai di minta harta seluas lautan bumi jadi taruhan, pilihan utama hanya Feya Zahra.
Tiada yang boleh menandingi gadis cantik molek...
Motor hitam itu laju meluncur di atas jalan raya. Jalan kosong yang disimbahi lampu jalan itu dihidupkan dengan deruan bunyi motor besar itu tanpa hala tuju.
180 km/h
Selaju itu motor besar itu dipandu. Bagi penunggangnya ianya kelajuan normal. Normal untuk cepat tinggalkan bumi. Dipersilakan jangan.
Motor itu perlahan berhenti di taman berdekatan kawasan perumahan. Enjin motor itu dimatikan dan kunci diletakkan di dalam poket seluar. Helmet hitam itu dicabut dan dipegang.
Buaian kosong itu menarik perhatiannya. Helmet di tangan turun letakkan di kaki. Punggung dilabuhkan di salah satu buaian di situ.
"Tak guna. Setiap masa, asyik aku je dengar cakap dia orang. Tapi, bilanya dia orang nak dengar cakap aku. Tak habis dengan nama perempuan tak cukup kain tu. Aku lenyapkan dia dari dunia ni baru tahu," kata Faiq. Tangannya yang bersarung hitam itu dikepal erat.
"Aku benci mama."
Matanya dipejamkan. Kepala dilentokkan ke tali buaian itu. Faiq diam sejenak menenangkan fikirannya.
Fikirannya kusut apabila dipaksa mengahwini Ilana oleh mamanya. Papanya yang tidak sokong itu terpaksa mengalah. Perempuan selalu menang kan?
Papa Faiq hanya diam melihat isterinya memaksa Faiq. Dah tak tahu nak buat macam mana? Entah apa pentingnya kahwin dengan orang yang tidak disukai.
"Cik Ya. Ada motor besharlah. Aqish nak aik boleh," suara budak kecil menarik perhatian Faiq yang sedang mengelamun itu. Dia memusingkan tubuhnya dan melihat motor miliknya.
Seorang wanita bersama dua budak kecil. Faiq mendekati motornya tanpa membawa helmet. Dia melihat wanita itu mendukung kanak-kanak yang masih berumuran sepuluh bulan.
Faiq menoleh ke wanita itu yang sedaya upaya menarik tangan Aqish yang mencuba naik motor Faiq.
"Feya?"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Amy, Feya bawa anak Amy ke taman depan tu ya?" soal Feya.
"Ha hati-hati. Kalau ada apa-apa call Amy terus," jawab Amy yang berupakan kakak sepupunya. Amy singgah bermalam di rumah Feya sebelum bergerak ke rumah keluarganya esok.
"Baik bos."
"Ayyash, mari Cik Ya dukung. Aqish pakai tali ni okey. Nanti Aqish tak boleh lari jauh dari Cik Ya," ujar Feya. Ayyash yang berada di dukungan itu hanya diam melihat Feya memakai tali di pergelangan tangannya dan tangan Aqish yang baru berumur empat tahun itu.
"Jom."
Feya dan Aqish jalan bersebelahan menuju ke taman. Feya berasa sedikit lega sebab sudah pasang tali tangan itu walaupun Aqish tidak genggam jubah Feya.
"Cik Ya. Ada motor besharlah. Aqish nak aik boleh," ujar Aqish. Dia berlari mendekati motor di tepi taman itu membuatkan Feya turut tertarik.