BAB 20

4.9K 203 0
                                    

Feya melabuhkan punggung di sebuah bangku tepi kolam. Wajahnya didonggakkan ke langit melihat bintang-bintang berteraburan. Langit gelap ditemani bulan terang yang menerangi bumi. Bertemankan air kolam yang tenang itu. Tenang fikiran Feya dibuatnya.

Namun hatinya masih kusut memikirkan sesuatu. Ada sesuatu yang dia masih belum beri pada Faiq. Pasti kalau ditanya, Faiq kecewa sebab Feya masih belum bersedia.

Bagaimana Feya mahu beritahu pada Faiq? Seminggu perkahwinan, Faiq langsung tidak meminta pada Feya. Berat hati Feya mahu menolak. Tapi dia mahu Faiq bahagia. Feya tidak mahu kebahagiaan hanya berpihak padanya. Semestinya kebahagiaan pada mereka berdua.

Tapi bagaimana? Feya masih belum kuat dengan itu.

"Termenung apa tu?" sapa satu suara dari belakang. Tanggannya melingkar di leher Feya. Memeluk Feya dari belakang.

Feya tersenyum mendengar suara itu.

"Termenung habib," jawab Feya selamba.

"Really?"

Feya angguk laju. Faiq mengucup ubun-ubun kepala Feya.

"Habib duduk sebelah Feya boleh?"

Faiq melepaskan tangannya dari leher Feya. Punggungnya dilabuhkan di bangku sebelah Feya. Feya mencapai jari jemari Faiq.

"Habib, kenapa habib tak minta hak habib pada Feya?"

Faiq terpinga-pinga dengar soalan Feya. Sesuatu? Faiq langsung tak faham apa yang dimaksudkan Feya. Kalau boleh dia nak Feya tak berkias. Faiq memang tak faham kias-kias ni.

"Maksud Feya?"

"Seminggu kita kahwin. Habib tak nak jadikan Feya milik habib selamanya?"

Faiq mula faham. Feya mahu serah diri padanya. Sudah dikata seawal perkahwinan. Faiq tidak akan sentuh Feya selagi dia tidak bersedia. Dia juga berkahwin bukan sebab nafsu.

"Kenapa cakap tentang ni? Habib tak nak paksa Feya. You know me, right?"

"Tapi habib layak untuk itu. Habib tak paksa Feya langsung. Feya minta maaf. Kalau malam ni habib nak Feya, Insya Allah Feya sedia."

Faiq senyum kecil melihat Feya serah diri. Sejujurnya dia mahu Feya, tapi dia juga tidak mahu paksa. Feya juga tidak pernah cakap tentang hal ni. Jadi Faiq hanya diam selama seminggu dan tidak mahu rosakkan mood Feya.

Tapi lain pula yang jadi. Feya sendiri tawarkan diri pada Faiq atas perasaan kecewa. Feya kecewa kerana tidak memberi dirinya ada Faiq, suami halalnya.

"Betul ni Feya izinkan?" soal Faiq lagi. Dia sendiri kurang yakin dengan keputusan Feya.

Feya bangun dari bangkunya dan duduk di atas riba Faiq. Tangannya merangkul leher Faiq.

Faiq yang sudah pelik itu perlahan memeluk badan isterinya supaya tidak jatuh.

"Feya milik Faiq. Faiq milik Feya. I'm Noah's forever. Bismillah," ujar Feya perlahan di hadapan wajah Faiq.

Bibirnya dilabuhkan pada bibir Faiq. Faiq turut membalas ciuman Feya. Lama sehingga Feya melepaskan ciuman itu. Feya cuba mencuri nafas yang tidak cukup itu.

"You turn me on sayang. Habib takut tak boleh berhenti je ni."

"Itu yang Feya nak."

Faiq sambung ciumannya.

Tubuh Feya dicempungnya dan bawa ke dalam bilik selepas melepaskan cumbuannya.

Perlahan tubuh Feya diletakkan atas katil. Faiq melepaskan baju mendedahkan tubuhnya. Dengan lafaz kalimah Allah, malam itu menjadi saksi cinta mereka seutuhnya. Faiq mula menindih Feya. Ciumannya itu disambung semula. Tangan Faiq menjalar ke segenap tubuh Feya.

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now