BAB 12

4.8K 203 3
                                    

Seperti biasa, tiga sekawan itu akan melepak di Flowky Cafe selepas habis waktu kerja. Pelanggan tetap katanya. Sampai orang kafe tu dah kenal dan tahu air apa yang mereka akan minum.

Hari ni mereka berempat bukan bertiga. Sebaik saja habis kerja, Hanif menjemput Hanim dari sekolahnya. Baru habis kelas tambahan. Balik saja dari sekolah, dengan Hanim sekali diangkutnya ke kafe naik motorbike.

Hanim melihat ketiga-tiga abangnya itu diam sesama sendiri. Pelik. Selalunya bising aje mulut mereka. Ada sesuatu berlaku ke?

Hanim memandang wajah abangnya. Diam. Mika dan Faiq juga ditatap sekali. Diam juga. Macam ade yang tak kena je?

Hanim menarik nafas dalam-dalam sebelum buka mulut. Nak tak nak kena lah tanya.

"Abang-abang ku bertiga, kenapa diam je? Ada masalah ke?" soal Hanim. Wajah ketiga-tiga jejaka itu dilihat pelik. Berkerut je dahi mereka ni.

Diam. Soal Hanim tidak dijawab. Ni geram Hanim dibuatnya. Masing-masing tidak melayan. Apatah lagi memandang wajah Hanim. Mendengus geram Hanim dibuatnya.

Kunci motorbike milik Hanif yang berada di atas meja itu dirampas lalu bangun.

Ketiga-tiga kepala laju memandang wajah Hanim. Pelik. Tangan Hanim ditahan Hanif.

"Kenapa Hanim ambil kunci motor abang?" soal Hanif.

"Nak balik. Baik Hanim borak dengan dinding daripada tunggu jawapan abang tu," kata Hanim geram. Tangannya naik di silang ke dada.

"Hanim tu tak ada lesen lagi. Satu lagi, Hanim mana reti bawa motorbike abang kan?"

Akhirnya Hanim mengalah. Dia duduk kembali dengan wajah geram. Kunci ditangan di hempas di hadapan Hanif. Mika dan Faiq diam memandang.

"Sebenarnya kita orang tak de masalah. Cuma tengah lawan," kata Mika selamba.

Hanim menayangkan wajah pelik. Lawan? Lawan apa tengah-tengah kafe ni. Buang tabiat ke apa?

Hanim diam menunggu sambungan dari abang-abangnya itu. Air di hadapannya di sedut sekali. Haus tekak.

"Lawan siapa cakap dulu dia kena bayar," sambung Mika lagi. Kini giliran Faiq dan Hanif diam.

Hanim masih menayangkan wajah peliknya. Hai, dah tua-tua pun main macam tu ke? Tak padan dengan umur. Main lawan-lawan macam tu pula ye.

Hanim diam. Biarlah abang-abang dia nak buat apa pun. Yang dia kisah, airnya ada orang belanja. Jimat duit. Boleh menabung beli iphone baru.

"Tapi, tadikan Hanif bersuara dulu. Maksudnya dia kena bayar lah kan," kata Mika. Tergetus tawa Mika.

Hanif yang dengar dah redha. Hari-hari muka aku kena bayar. Main game ke tak ke memang muka Hanif lah kena bayar.

Faiq yang dengar kata-kata Mika terus senyum meleret. Tapak tangannya di bawa naik menepuk tapak tangan mika. High five gitu.

Hanim sudah memandang wajah abangnya. Tiada reaksi dari Hanif. Biasalah si beku ni. Hanim dah terbiasa dengan perangai abangnya yang satu ini.

Diluar memang susah Hanif nak senyum. Apatah lagi jumpa dengan orang yang dia tak kenal dan tak selesa. Agaknya dah kahwin nanti macam mana lah ek?

"Abang ku sayang, selamat membayar ya. Adinda nak pulang ke rumah. Bonda adinda nanti membebel," kata Mika dengan nada gurauan. Wajahnya memandang Hanif yang tidak bereaksi.

Mika bangun dari kerusi langsung keluar kafe. Meninggalkan mereka bertiga. Takut mak membebel lah tu balik lambat.

"Hanif, kau okey tak bayar?" soal Faiq. Dia risau juga kalau Hanif tak mampu. Maklumlah Hanif hanya dari keluarga biasa-biasa bukan macam Faiq. Kerja tanggung sendiri.

NOAH'S || CWhere stories live. Discover now